Monday, March 21, 2011

Kakitangan sokongan IPTA 'miskin'

Hampir separuh daripada 55,000 dapat gaji RM647 sebulan

SHAH ALAM: Hampir separuh daripada 55,000 kakitangan sokongan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih hidup di bawah paras kemiskinan kerana menerima gaji RM647 sebulan walaupun nasib mereka sudah diperjuangkan sejak empat tahun lalu.

Presiden Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM), Datuk Omar Osman, berkata ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara berpendapatan tinggi.

“Nasib kakitangan sokongan di 20 IPTA yang sentiasa bekerja keras membantu melahirkan graduan tidak boleh diketepikan memandangkan kebanyakan IPTA sedang mengejar kedudukan terbaik.

“Universiti adalah tempat mengeluarkan produk yang akan menjadi pemimpin negara. Jadi pembabitan kumpulan sokongan ini sangat penting kerana mereka menjadi jentera bagi setiap universiti dalam melaksanakan dasar,” katanya selepas mempengerusikan perjumpaan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Skim Saraan Universiti (SSU) di sini, semalam.

Omar berkata, GAKUM akan menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memohon kenaikan gaji minimum kakitangan sokongan IPTA gred 1 hingga 16 kepada RM1,100 sebulan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Berita Harian Online

Emm..x tau nak ckp apa..kang ckp lebih x pasal kena sue..maklum ler..saya ni bekerja di sektor kerajaan..tapi banyak jugak komen yg saya tgk dlm FB berkaitan dengan isu ni..antaranya..

1. Ada yang kata..kalau nak naik tu..biar la naik sesama..maklum ler..yg bekerja di situ bukan hanya kakitangan sokongan sahaja..semua gred jawatan bertungkus lumus bekerja keras utk lahirkan graduan yang terbaik drpd IPTA..

2. X kurang jugak yg bunyi..penat jer blaja tinggi-tinggi tapi gaji sama level dengan yg lain..

3. Emmm...banyak lagi laaa komen2 yg lain..per kata korang komen...kang saya paste kan aje kat sini..ngaaaa....

P/S: Tuan tanah mmg nak komen..tapi x buleh..so komen dalam hati jer ler...

5 comments:

  1. makin hari harga barang makin naik... tp, gaji x naik2... yg kaya tetap la makin kaya... yg miskin ni plak ape citer... x kan nak biar dorg mcm tu aje... pihak tertinggi kerajaan perlu pandang pekerja2 bwh ni sebab dorg bnyk menyokong produktiviti kjer org atasan....


    *klu ade kejer kat gomen site tu sile2 lah uar2kan ke org luar jugak.. jgn dok simpan utk anak beranak korang jer...


    *emo sebab peluang niza masuk gomen semua terlepas ke suku sakat dorg yg 'jerung'2 nih...

    ReplyDelete
  2. alamak...marah nampak nieza...itu la pasal...kakak den pun sama..mintaknyer banyok..x dpt2..haihhhh..siannn...sabo nieza erk?kkekgi kalo ader job kosong kang erni kabo ke nieza...ngaaaa...

    ReplyDelete
  3. oh.. yeke?? cm gini rupannyeee... naseb x kerja di sektor kerajaan. ngeeeeeeeee~

    ReplyDelete
  4. haihh...mari la join gomen...best wehhh..x kenal maka x chentaaaa...hikhikhikhik

    ReplyDelete
  5. hahahaha... org apply aritu yg upm holdings tuh.. tapi dok tahu dapat ke dok.
    ngaaaa~

    ReplyDelete

 
Images by Freepik