Wednesday, April 27, 2016

Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum 

Ini cerita khamis lepas...punya laa buntu tatau nak masak apa...penyudahnye decide bekalkan anak2 dengan nasi putih dan satu jenis lauk...lauk pilihan kali ni ialah ayam masak kicap pedas...ni antara lauk kegemaran anak2...tp kali ni saya x ikut style saya...kali ni saya try resepi dr Azie Kitchen..dah banyak kali saya ambik resepi dr sini..semuanya menjadi dan sedapppp...okla...tanak bebel panjang2..jom tengok apa bahan2 yang diperlukan utk buat menu nii..

 
 Ayam Masak Kicap Pedas
Bahan bahan:

Ayam - lumur garam kunyit dan goreng  
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng  
1 labu bawang besar - hiris bulat  
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris  
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai  
Daun sadri/daun bawang - hiris  
Susu pekat manis  
Lada hitam - tumbuk kasar  

Rempah penumis: 
Kayu manis
bunga lawang
buah pelaga




Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia



Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Selamat mencuba and till next entry...daaaaaaaaaa....






No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik