Monday, April 18, 2016

Resepi Big Dawg Ala-Ala Fuel Shack

Assalamualaikum

Satu lagi resepi simple utk bekal anak-anak yg saya dah test n rasa sesuai utk anak-anak..sebenornye x penah makan pun kat Fuel Shack..so tatau cemana rasa...tp yg ni mmg best laa..budak2 pun suke..nak buat pun idokle susah mana..jom tgk bahan apa yg diperlukan utk buat mender ni..

Bahan-bahan:

Roti Frankfurter Gardenia ataupun apa2 jenis roti hotdog pun buleh
Sosej- rebus dulu
Sos Bolognese Kimball
Daging Kisar
Cheese Mozarella
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia (untuk ditumis dengan daging kisar)


Cara-cara:

1. Tumis bawang besar n bawang putih.
2. Masukkan daging kisar..tumis sampai nampak daging tu masak..masukkan sos bolognese..agak2 nak pedas sket bleh la masukkan blackpepper sket...
3. Masukkan garam n gula secukup rasa.
4. Belah roti hotdog kat tgh2..masukkan hotdog dan daging yg ditumis tadi..
5. Taburkan cheese.
6. Bakar dalam oven pada suhu  140-160°c dlm 7-10minit.. gunakan a[i atas dan bawah.

Selamat mencuba n till next entry..


 

Big Dawg Ala-Ala Fuel Shack



No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik