Monday, April 12, 2010

Serba Salah

Saya dah plan nak amik cuti since dpt tau tarikh appointment aboh utk buat minor surgery di hukm lagi..tp perasaan jd serba salah..sbbnyer..bos tgh maternity leave..n 2nd bos tgh bercuti hingga esok..skrg yang tinggal..saya dan 2 org staff yg lain..kalo saya cuti jugak esok..alamatnya joget lambak la 2 orang staff kami esok..camner ni..what should i do..saya betul2 nak berada di hospital esok utk menemani aboh..kedua2 orang kakak saya semuanya tak boleh bercuti..tambah teruk..satu2nya kakak harapan saya utk temankan aboh esok..kakinya terseliuh..aduhaiiiii..GOD...Plissss...help meeee....

Tuesday, April 6, 2010

Untuk Mama & Aboh Yang Paling Saya Kasihi..


Ya Allah Ya Tuhanku..


Lembutkanlah suaraku terhadap mereka

Indahkanlah ucapanku dihadapan mereka

lunakkan watakku terhadap mereka

dan haluskan hatiku untuk mereka




Ya Allah Ya Tuhanku..

Anugerahilah mereka balasan yang terbaik atas didikan mereka padaku

peliharalah mereka sebagaimana mereka memelilaharaku di masa kecilku




Ya Allah Ya Tuhanku

Apa saja derita yang telah mereka rasakan

duka yang mereka derita.atau hak mereka yang terhilang kerana perilakuku

jadikan semua itu penyebab yang menghilangkan dosa-dosa mereka

meninggikan darjat mereka

dan menambahkan pahala kebaikan mereka

wahai Yang Merubah keburukan dengan kebaikan yang berlipat ganda




Ya Allah Ya Tuhanku

Bila maghfirahMU telah mereka capai

maka anugerahi mereka syafaat untukku

Dan bila aku yang meraih maghfirahMU

maka berilah aku syafaat untuk mereka

sehingga dengan kelembutanMU kami berkumpul di istana kemuliaanMU


Ya Allah Ya Tuhanku

Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku

Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil

Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMU

Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka Ya Allah

Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka

Kasih sayang mereka ku balas dengan kata-kata menentang

sedangkan ku tahu Ya Allah

Engkau melarang menyebut walaupun perkataan 'HUH' kepada mereka

Didikan dan asuhan mereka ku ambil ringan


Aku lupa Ya Allah

Berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini

Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku

Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan ku

Tidur malam mereka ku ganggu

Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan ku

Tidak pernah mereka mengadu letih

Tidak pernah mereka mengadu sakit

Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku

Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku


Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah

Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku Ya Allah



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia yang agung dan anugerah yang terdahulu..


Amin..Amin...Ya Rabbal Alaminnn...