Wednesday, September 22, 2021

Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai

 Assalamualaikum


Bahan-bahan:

Ikan siakap- dilumur garam, kunyit dan tepung jagung

  • Bawang merah – cincang
  • Bawang putih – cincang
  • Jus limau nipis
  • Cili merah – hiris
  • Cili padi hijau – hiris
  • Daun limau purut – hiris
  • Tomato – potong dadu
  • Halia – hiris
  • Daun ketumbar – hiris
  • Sos ikan
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

* Jumlah bahan-bahan diatas mengikut citarasa serta bersesuaian dengan saiz ikan. Jika mahukan sos yang banyak, lebihkan.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  2.  Dalam kuali berlainan, masukkan sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia hingga layu.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan. Sos tomato dan sos cili thai nisbahnya adalah 1:2.
  4. Masukkan lada merah, daun ketumbar, daun limau purut dan tomato.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah air dengan secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  6. Siram sos ke atas ikan. Sedia untuk dinikmati.


Friday, December 11, 2020

Menu Eat Clean Day 15

 Assalamualaikum


Breakfast: Cereal with fruits


Dinner: Chicken kebab with wrap and salad