Friday, May 31, 2019

Resepi puding roti simple

Assalamualaikum

Bulan puasa ni..encik suami punya ngidam lain maciam...mmg x boleh bawak bincang betul la...ari tu dia request aku buat puding roti pulak...gigih la aku bersilat weii buat mender ni..haihhhh...jom tgk bahan apa yg korang perlukan utk buat puding roti ni..

Bahan-bahan:

Sebuku roti (aku pakai roti butterscotch) - sila koyak-koyakkan roti ni siap2 ye
Kismis (kismis kotak kecit pun ok..sbb x pakai byk kan)
3 cawan Fresh Milk
2 sudu Butter 
4 sudu gula
esen vanilla (ko sukat pakai penutup esen vanilla tu..humban satu penutup...bhahaha)
2 biji telur

Cara-cara:

Susu, butter, gula, telur dan esen vanilla tu gaulkan sebati pakai whisker..
Rendam roti yg dah dicarik-carik tadi
Masukkan dalam bekas or loyang
Tabur Kismis
Bakar dalam oven dgn suhu 180c selama lebih kurang sejam


Hasil puding roti aku...garing sket kat bahagian atas..


Kuah kastard

Bahan-bahan:

2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
3/4 cawan air
sedikit jagung dlm tin

Cara-cara:

Skalikan semua barang di atas dalam periuk...masak pakai api kecik ye..kang ada hangus pulak..Nampak dah pekat likat tu boleh laaa tutup api..korang kena sentiasa kacau..kalau x kang dia berketul..huhuhu..dah siap..

Nak lagi sedap..korang humban la semua dalam peti..makan sejuk-sejuk kan sedap...lagi sedap lepas dah letak kuah kastard tu..korang tenggekkan skali eskrim vanilla atas tu..perghhhhhhhhhhhhh lagi sedak weii..kla..selamat mencuba..till next entry..tata

Thursday, May 30, 2019

Nasi McD Kuah Kari Berapi Bersama Ayam Spicy..Perrrrghhhhhhhhhhhhhh

Assalamualaikum



Dulu-dulu McD penah buat nasik..nasik lemak..tapinye bg aku..hurmmm...i dont like it..bulan puasa ni dia boleh bawak kluo nasik ni pulek..haihhh..hari-hari anak aku si Yusuf zikir kat telinga ni..ibu..abg nak nasik McD..anak punya pasal kannnn..makanya aku pun order laaaaa utk dia buka puasa.. 


Akur order yg ayam seketul je..ayam harusla spicy ye..sbb anak aku suka makan pedas..Nasi ni didatangkan skali dengan kuah kari...dan ada coleslaw...kalau korang perasan..nasi dia kaler mcm kuning-kuning cekelat sket..nak kata nasik hayam..bukan..bhahaa..tapi nasik berperisa la..bukan nasik putih gitu kekdahnya..Aku sempat la rasa kuah kari dia...bapak pedas weiii...walaupun ciput je kuah dia..tapi cukupla utk portion nasik banyak tu kan...bila tgk anak aku gaul dengan nasik..perghhh..aku dah bleh bayangkan dah tahap kepedasan dia...tambah lagi beregu pulak dengan encik hayam spicy tu..bhahahaaa..kesimpulannya..walaupun nasik ni nampak biasa-biasa je...tapi anak aku suka la..mayb kombinasi kari berapi tu dengan ayam spicy tu buat nasi tu jadi sedak kan..semantara nasik ni tgh ada lagi..elok la korang try..kot kang nanti dah abis..x kluor lagi..kang ada pulak yg kempunan kan...kla..till next entry..babai...

Wednesday, May 29, 2019

Resepi sup ikan merah by encik suami

Assalamualaikum


Sup Ikan Merah

Weekend baru ni encik suami turun padang tunjuk bakat terpendam memasak dia..aku dah lama x gantung kuali kan..kasi chance la sket..menu pilihan hari ini ialah sup ikan merah. jom tgk bahan-bahan yg diperlukan..

Bahan-bahan:
ikan merah- sekor
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis
bunga lawang
karot-potong dadu
kentang-potong dadu
rempah sup ikan brand adabi (bunjut)
daun sup
daun bawang
blackpepper

Cara-cara:
tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan halia.
tumis bawang yg ditumbuk kisar bersama dengan kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau dan masukkan blackpepper + bujut sup ikan
masukkan air.
masukkan kentang dan karot.Masak kentang dan karot hingga empuk
Masukkan ikan
masukkan garam
Setelah masak boleh taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Siap.

Yg sebenarnya suami aku ada perah asam limau sket..mayb nak bg semua rasa ada..termasuk mcm masam-masam sket..tapi ko jgn le perah asam limau byk sgt pulak..bg cukup rasa sudah..bhahaha..okla..resepi aku dah share..buleh la korang try buat ye..kla..till next entry...tata..

Tuesday, May 28, 2019

Drama Curi-Curi Cinta - Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson

Assalamualaikum

Drama Curi-Curi Cinta

Sumber: Google

Aku pun tatau cemana aku boleh terjebak dgn cerita ni...slalunya aku layan online je la...nak tgk live mmg slalu x sempat..sbb dekat rumah banyak keje aku nak kena setlekan..masa memula tgk iklan..aku rasa cite ni best..tambah lagi dr novelist yg top jugak kan...jom baca sinopsis cite ni..

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Rasanya cite ni dah nak abis dah..aku x boleh blah betul la tgk layanan dia kat mak dan abg dia..tapi tu la...dlm dunia ni kdg benda ni betul-betul berlaku..ada je anak yg buat mak ayah gitu..nauzubilllahh..jgn lakita semua tergolong dlm golongan tu..mmg x bau syurga jawabnya..haa..ost drama ni best tau...aku suka lagu wany hasrita ni...korang dengar sendiri laa erk...mana tau kot ko pun suka kan..bhahahhaa..kalau korang nak tgk cite ni online..korang boleh klik dekat link bawah video clip tu ye..


Terlalu Memuja - Wany Hasrita

Nak tgk full episod drama CURI-CURI CINTA
πŸ‘‡
πŸ‘‡
πŸ‘‡
πŸ‘‡

Curi-Curi Cinta

Monday, May 27, 2019

PTPTN: KERTAS KONSULTASI RAKYAT

Assalamualaikum

Aku adalah salah seorang dari peminjam PTPTN..aku bukan dtg dr keluarga yg senang...so bg aku PTPTN mmg sgt-sgt banyak membantu walaupun kadang aku rasa nak marah dengan interest dia tu ha...tapi bila dah tukar ke ujrah dan aku buat potongan gaji...alhamdulillah...aku rasa ok sgt la...hari ni bukak email aku ternampak email dr ptptn...dorg ada la email..mintak kita bg cadangan..mcm-mcm cadangan la ko buleh tgk dlm tu..antaranya aku dah tepek kat bawah dan korang pun rasanya dah tau sbb isu ni dah masuk dlm paper dan kluor dalam tv.Konsep aku senang je...HUTANG ko mmg wajib bayo...yg aku heran..ko hutang kereta pandai pulak ko bayo..tapi hutang blajo ni ko x mo bayo..mana buleh cenggini weiii..
Kalo ko tak bayo...implikasi nye ialah anak-anak kita..maksud aku..budak-budak akan dtg la..dana dah x de kan..so siap sedia je la ko pinjam bank kalo x de duit nak masukkan anak kat universiti...ko kena tau ye..bukan sket-sket duit ko perlukan utk daftar masuk anak ke universiti...daftar pun dah ribu riban..belum lagi makan minum...pekakas keperluan belajar anak..tu semua ko kena pk..

Disebabkan ramai beno peminjam tegar..maka ptptn pun bukak la cadangan kat org awam..especially peminjam la..mcm nak dgr luahan apa masalah ko sebenarnya yg sampai takmo bayar pinjaman kan...tapi tuuu laaaa...kalau ikutkan..ko toksah tanya pun x pe..lagi byk kepala...byk cadangan..lagi ko pening kepala...dah la ko tu slalu sgt buat keputusan U-TURN kan..ehhhhh 😷😷😷😷😷 kalau tanya aku...sekatan ke luar negara tu dah cun sgt dahhh..at least dorg ni ada la usaha nak bayo kan..kang x bayo x bleh nak melancong pulekss..yg heran melancong buleh..nak bayau hutang x buleh..konfius lak aku..bhahahhaa..kot ko kate gaji ko tu x sampai 2k lagi...mana dtg pulek duit ko nak pi melancong tuuu...bagusla ko setle kan dulu hutang...hidup pun aman damai kan..jom tgk antara cadangan-cadangan yg diberikan dlm kertas konsultasi rakyat.

 Penangguhan Bayaran Balik Bagi Peminjam Berpendapatan RM2,000 Ke Bawah

Kalau ikutkan memula mmg dorang ada bgtau dulu..gaji sekian-sekian baru mula baya or baya berapa ntah..aku pun dah lupa..sbb banyok beno U-TURN nye...😝😝😝😝😝..aku pun pening..

Menangguhkan Pembayaran Balik Bagi Peminjam Berpendapatan Bawah RM4,000

Nak tunggu gaji banyok ni jawabnye ko dah nak pencen pun masih la bayau hutang kot...haihhh


 
 Menggantikan Sistem Bayaran Balik Sedia Ada Kepada Skim Bayaran Balik Berasaskan Pendapatan Untuk Peminjam Baharu – Income Based Repayment (IBR)

Yg ni la yg aku rasa ramai org ngamuk ari tu sampaikan dorang U-TURN balik..bhahaha..sabo je la aku..yg ni aku mmg x setuju laa..aku dah lama baya potong gaji ikut perjanjian yg dah dipersetujui..tetibe sebab yg degei x mo baya punya pasal..kiteorg terjebak sama...ape kes...ko buat je la peraturan tu dekat yg degei lgsg x bayo tu kan..bhahaha


 
 Potongan Gaji Mandatori

Aku rasa cara ni la paling berkesan skali..mcm kami yg duk sektor kerajaan ni...ko jgn main-main la...ptptn siap bg surat utk berbincang bayar balik wei....dia siap bg tarikh...n dia mai kat organisasi ko tu..mana lagi mau larikkkk...sila la bayo potong gaji bulan-bulan lepas tu..yg kije private ko jgn tanya aku..sbb aku tatau dorg buat mcm kami ni ke idok..
 Melaksanakan Penguatkuasaan Sepenuhnya

PTPTN berhak untuk mengambil tindakan berikut mengenai peminjam yang culas:
a. Pengisytiharan Muflis: Peminjam hutang boleh diisytiharkan muflis. Dalam keadaan ini, jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN ditentukan berdasarkan kemampuan peminjam dan akan diuruskan oleh Jabatan Insolvensi.
b. Writ Penyitaan dan Penjualan: Langkah ini melibatkan penyitaan dan penjualan harta pemecah hutang yang dikenal pasti. Tindakan ini diambil bagi mendapatkan wang yang tertunggak yang perlu dilunaskan peminjam.
c. Garnish: Wang yang dimiliki peminjam dalam akaun bank akan diperintahkan untuk digunakan sebagai bayaran balik pinjaman
d. Saman Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor Summon)
 Penguatkuasaan Yang Lebih Tegas Terhadap Mereka Yang Tidak Membayar Balik Dalam Tempoh Yang Lama

Haaa..sile laa buat..buat balik sekatan ke luar negara tu balik..at least dorg ni ada la jugak usaha nak bayo kan...ni takde kena apa-apa tindakan..mmg lemak berkrim laa meke..Antara Langkah-langkah penguatkuasaan baharu yang dipertimbangkan untuk diperkenalkan:
      1) Sekatan untuk pembaharuan passport
      2) Sekatan untuk pembaharuan lesen memandu
      3) Sekatan untuk pembaharuan dan pendaftaran lesen perniagaan
      4) Sekatan untuk pembaharuan cukai jalan
      5) Senarai peminjam culas dipamerkan kepada umum
      6) Sekatan untuk kelulusan pinjaman PTPTN kepada ahli keluarga terdekat peminjam yang culas

 Melaksanakan Sistem Penjamin

Lepas ni semua org takmo jd penjamin dah..bhahahaa..ko yg pinjam..org lain lak kena tanggung masalah ko...hishhhhh

Pemansuhan Pengecualian Bayaran Balik Graduan Kelas Pertama Atau Digantikan Dengan Pengecualian Separa

Yang ini pun mcm kesian jugak la....kira dulu-dulu budak mcm ada motivasi jugak laaa kan berusaha nak dpt 1st class..no nak mansuh..tatau le nak kata apo lagikkk
 
 Mengurangkan Jumlah Pinjaman, Dan Secara Beransur-ansur Menamatkan Pinjaman Kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Dan Kursus Yang Berprestasi Rendah

Yang ni..mcm aku ckp tadi laa...siap sedia laa bergadai n buat loan bank utk anak sambung belajar di masa akan dtg.. 

  
Menaikkan Caj Ujrah 1% Kepada Peminjam Baharu

Bab nak naikkan caj ujrah ni aku x setuju la...mcm not fair pulak kat kami-kami yg dah lama bayar dengan caj ujrah ni...disebabkan yg x bayo buat pasal..kami skali pulak terheret sama...haihhhhh..aku rasa bila tukar ke ujrah ni laa nampak pergerakkkan hutang belajar aku tu..kalau x dulu...harrrooooommmm.. 

Kesimpulannya...hutang tetap hutang..wajib kena langsaikan...aku pun gaji bukan besor mana..tapi mikir sbb hutang kan..mmg le kena bayo..dlm dunia ni pun x de yg free..ko nak berak pun ko kena baya rm0.50..ko baya sket-sket..lama-lama kang insyaAllah habis...dr duk merempan nak preee....at least hutang tu gerak jugak n makin sket...tu pandangan aku je la..kot kalo korang ada cadangan bernas..ko buleh la cadangkan dekat ptptn ye..jap aku tepek link..


Thursday, May 23, 2019

Cara Mudah Bagi Anak Makan Ubat oleh Dr. Ezairy

Assalamualaikum


Asik-asik share resepi je kan..ari ni nak share pasal ni pulak..kebetulan melintas dekat fb aku..cepat-cepat la aku save...bukan apa..sbb aku mmg slalu kena hadap benda ni..especially dengan anak sulung aku...mmg streeesssss sungguh nak bg makan ubat...skrg dah form 1 pun masih sama lagi weii..boleh mengigil dia kalo nak kena makan ubat..dulu-dulu..kalau nak abiskan satu syringe...dekat sejam ko kena tunggu πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”..dahh..takmo sembang banyak..meh tgk apa yg DR Ezairy ni nak share..

Ada ketikanya kita sering marah anak yg susah utk makan ubat. Janganlah dipaksa kerana deria rasa kita dgan kanak2 lain terutamanya pada usia mereka bawah 5 tahun.  Dr. Ezairy kongsi beberapa cara berkesan berdasarkan pengalaman ibu bapa pesakit utk kita cuba amalkan dirumah

1) Guna Picagari
 


πŸ’ŠElak gunakan sudu. Dos ubat yg diberitahu oleh doktor perli diikuti. Justeru penggunaan syringe @ picagari adalah perlu bagi memastikan anda mmberi ubat mengikut kuantiti yg betul

2) Teknik Yang Sesuai & Betul
 

πŸ’ŠLetakkan anak di pangkuan. Utk bayi kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk @ separa duduk
 

 πŸ’ŠPosisi baring menelentang dilihat mudah untuk mmberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat utk masuk ke saluran pernafasan & seterusnya ke peparu

3) Cari Ruang & Kawasan Yang Tenang


πŸ’ŠPenting bg kita sebagai ibu bapa utk mncari ruang yg selesa & cukup pencahayaan
 


πŸ’ŠMmberi ubat sama sprti mmberi mkn @ minum kpda bayi. Sekiranya ruang sempit, kita akan cenderung mmberi ubat dgan cara yg tidk betul

4) Jangan Paksa
 


πŸ’ŠJangan sesekali paksa anak yg sedang meronta-ronta. Ini akan myebbkan anak anda tersedak & muntah. Beri mereka tenang & beri makan ubat

5) Beri Peluang
 


πŸ’ŠBeri peluang pada anak pegang picagari ubat & letkkan ke dlm mulutnya sendiri. Ini akan mmbantu mereka makan ubat dgan rela tanpa dipaksa

Tuesday, May 21, 2019

Resepi bihun goreng singapore sedap dan mudah

Assalamualaikum


Iftar smlm aboh request bihun..yg sebenarnya aku sgt-sgt jarang buat bihun..biasanya aku cuma buat mee goreng..tapi dah aboh request..takkan la aku tanak buat kan..dah alang-alang aboh request bihun..kita buat bihun goreng singapore laaa..lagipun sambal kicap dah ada..boleh la guu kan dengan keropok keping skali nanti..jom aku share apa bahan-bahan yg diperlukan utk buat bihun goreng singapore ni..

Bahan-bahan:

- Sebungkus bihun (rendam supaya meehon lembut)
- 5 6 biji bawang merah
- 5 6 ulas bawang putih
- 2 sudu besar udang kering
- sedikit halia
- blackpepper- ikut pada tahap kepedasan korang
- udang (aku x pakai udang sbb x de udang..tapi aku letak fish cake and fish ball)
- karot (potong panjang-panjang)
- daun bawang dan daun sup

Cara-cara:

- Blend bawang merah, putih, udang kering, halia dan lada hitam. Kalau korang pakai lada hitam yg belum kisar tu..ko humban la skali dalam blender tu ye..mcm aku..aku pakai blackpepper yg dah siap kisar.
- Tumis semua bahan kisar td sampai naik bau.
- Letakkan sedikit garam dan gula. Macam aku..aku ada letak sket serbuk ayam knorr.
- Masukkan udang.
-Kemudian masukkan bihun yang telah direndam tadi dan masukkan sayur-sayuran yg dah dipotong. (aku ada tambah air sket sbb aku risau bihun aku kejung..bhahahha)
-Dah siap...boleh la taburkan daun sup dan daun bawang..Nak nampak meriah sket...cili merah tu boleh la ko potong skali dan tabur atas bihun.

Senang kan nak buat bihun goreng sinpaore..nak lagi sedapp...korang guu kan la skali dgn cili kicap...konfem bertambah-tambah la ko makan jawabnya..klaaa....resepi aku dah share..buleh la korang try nanti ye..kla...till next entry...tata..

Friday, May 17, 2019

Bantuan Khas Aidilfitri 2019 Penjawat Awam

Assalamualaikum

Setiap kali menjelang raya..rasanya benda ni la yang paling dinanti-nantikan oleh penjawat awam..termasuk aku la tu...mcm2 versi gambar dan maklumat yg orang sebarkan melalui whatsapp..ada yg gunakan berita last year la...cuma ubah tahun..bhahahhaa...time tu rasa mcm nak lompat bintang dah..skali fake news...last year mmg yg golongan pertengahan dan gred 44 ke atas tak dapat duit raya termasuk aku la tu πŸ˜“πŸ˜“..dapat sampul kosong pastu ko isi sendiri...mcm aku..aku x de la harap sgt sbb aku pun tahu kedudukan kewangan negara skrg cemana..kalo dorg bg..alhamdulillah..tak bg...nak buat cemana kan..anggap je la x de rezeki..tapi smlm nampaknya tahun ni kerajaan bg bantuan khas aidilfitri utk hampir semua gred...so bersyukurlah dengan berapa pun jumlah yg dorang bagi..bab ni aku takmo ulas panjang-panjang...sebab berita ni pun dah tular sejak dr smlm lagi kan...klaa..till next entry..tata..

Segar Cake & Bake: Kedai Kek sedap dengan harga yg berpatutan

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share satu kedai kek feveret aku dan keluarga..eh jgn kata keluarga..semua staf aku kat vet ni pun suka dengan kek ni...asal ada makan-makan or nak celebrate birthday sesapa..gigih kiteorg turun bangi pi kedai kek nii..Antara kek feveret kiteorg ialah Double Cheese cake..nyummmmeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.Mothers Day ari tu tekak rasa nak makan kek kan..so gigih la aku call dulu...tanya kek ni ada ke x...slalu asik la takde...eh skali budak tu kata ada..laju je aku booking sebijik..ptg kang bleh pi ambik..


Segar Cake & Bake
No. 8, Jalan 4-11 B, Bangi, Selangor, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-89266228


 Double Cheece Cake

First time aku rasa cake ni masa birthday aku...staf aku belikan...ya allah..sedapnyaa...series sedap..x muak langsung..texture dia pun lembut..ada rasa masam-masam lemon sket..dan atas tu bukan kacang..aku pun tatau apa..hishh..pandai makan je aku ni..selain dr kek ni..korang wajib try rainbow cake..mmg sedap sgt-sgt sbb lembut..dan x muakkkk..satu lagi kebiasannya rainbow cake ni coloring kuat kan..yg ni mmg x la...dorang punya red velvet pun sedapp...ehh pendek kata semua sedapp laaa...

 

ok..ni rupa double cheese cake td setelah dipotong..yg pasti...mmg sedak dan x muakkk..korang mmg wajib terjah la kedai kek ni..lagi satu..harga kek pun berpatutan..idak le mahal melampau...harga stgh kilo kek dlm rm40+..and harga utk sekilo dlm rm60+..selain dr kek..korang boleh jugak try donut dan roti dia..mesti korang suka sbb lembut dan sedap...semua staff aku kat sini pun dah terjebak...kalo pi kedai ni x lengkap kalo x beli roti..bhahahaa...kla...alamat dan no phone aku dah tepek...korang boleh la terjah kalau nak try...till next entry...babaiii

Thursday, May 16, 2019

Resepi Chicken Chop Mudah & Simple tapi SEDAP

Assalamualaikum

Minggu lepas anak bujang aku request menu western pulak..dah bosan makan nasik katanya...aku tanya dia nak makan apa..dia request chicken foldover mcm mekdi tu...ok abg...jgn kata chicken foldover...ibu to up dgn chicken chop skali...huhuhu..gigih la aku gi supermarket super seven dekat dgn IKRAM tu..semata nak beli fresh chicken chop...balik rumah terus aku bersihkan dah perap...senang petang karang boleh goreng terus...sementara tu aku rebus kentang utk buat mashed potato skali..jom aku share apa yg korang perlukan utk buat chicken chop..

Bahan-bahan uth perapan

πŸ‘‰Beberapa ulas bawang putih (tumbuk)
πŸ‘‰serbuk lada hitam (blackpepper)
πŸ‘‰Sos lada hitam (blackpepper) - aku pakai brand LIFE
πŸ‘‰Sedikit serbuk ayam KNORR

Cara-cara: 

Gaulkan semua bahan di atas...tak perlu tambah apa-apa garam sebab serbuk ayam tu pun dah masin..so rasa dia mmg just nice..perapkan beberapa jam..nanti time nak goreng korang boleh laaa celup dengan telur..dan salutkan dengan bread crumb..mcm aku..aku pakai bread crumb yg ada rasa spicy...korang cari je dekat supermarket..mcm2 bread crumb ada..yg x pedas ada..yg pedas berapi pun ada..bila pakai bread crumb...ayam korang akan jd rangup2 bahagian luar kulit dia tu..sedapppppp..

Utk mashed potato..korang just rebuskan kentang beberapa bijik..lepas tu korang lenyek dengan satu sudu besar butter..letak blackpepper sket...serbuk ayam knor sket...mcm aku..aku letak fresh milk sket...konon nak kasi rasa lemak-lemak sket..bhahaha....tapi sedapp laaaa...sbb anak buah aku tambah 3x...bhahahaha..utk resepi kuah blackpepper korang bleh klik sini Resepi Sos Blackpepper.

Oklaa...bg aku resepi ni sgt2 la mudah utk dibuat dan sedap..kalo kat luar satu set dah baper hengget kan..ni ko buat sendiri...ko tambah le byk kali ko nak..mmg puas ati..mcm aku...ayam aku perap tu aku frozenkan..so anytime budak2 nak makan..aku kluarkan..celup dalm telur...golek dgn bread crumb..dan humban dlm kuali..setle..eh lupa...anak aku kan request chicken foldover...aku buatkan wrap je utk dia...aku pakai ayam yg aku perap utk chicken chop..cuma aku potong kecik-kecik...n salut bread crumb jugak..anak aku punya laaa suka...siap terima kasih ibu byk kali...sbb masak sedap hari ni..huhuhuhu..kla...till next entry...tata..

 

Chicken Chop simple & mudah tapi SEDAPP

Wednesday, May 15, 2019

Mee bandung sedap dan mudah

Assalamualaikum

Aku bukanlah sejenis yg pandai memasak..aku tambah malas masak benda yang aku sorang je makan dan orang lain kurang suka dgn benda tu..setakat ni..yg aku boleh kata..perencah mee bandung yg paling sedap pernah aku rasa ialah cap Maharani ni..kakak aku mmg slalu beli..buat stock frozen dekat rumah..kot kalau org bgtau nak dtg..senang..benda dah ada...sedap pun sedap kan...nak buat pun x susah...cuma tumiskan je perencah ni...campak la ayam ke hapa yg korang nak campak...sayur dan last skali korang masukkan telur..setle...dia punya pedas..bg aku mmg dah cukup pedas laaa...pandai-pandai la korang tambah air..dan perasakan dgn garam dan gula ikut suka ati korang..mcm mana nak beli?aku dah tepek dekat bawah add FB dorang..ingatkan dorang ni jual perencah mee bandung je..rupanya mcm-mcm ada..perencah soto pun ada..kalau tgk dr Fb dorang..harga sepaket ialah RM9..postage aku tatau berapa..sbb kakak aku ni dia kirim dari kawan dia..




Tada...mee bandung hasil dr guna perencah maharani...udang takde..so aku campak hayam je laaaaa...bertambah-tambah budak-budak makan..sangat-sangat sedapppppp...raya dah x lama dah kan..boleh la korang buat stock kat rumah...kot laa org nak mai beraya kan..x yah susah-susah nak bersilat bagai..humban je perencah ni..setle masalah korang..kla...till next entry...tata..

Tuesday, May 14, 2019

Aku dan Bokitta

Assalamualaikum

Aku dah lama dengar nama tudung bokitta ni..tapi aku tak pernah rasa nak mencuba sebab aku ni sejenis yg susah nak mencuba sesuatu yg baru..mungkin takut muka nampak pelik kot..di campur lagi dengan muka aku yg mmg dah kg.com..kot kang nanti tambah pelik pulak..Lately aku nampak ex officemate aku asik laaa pakai bokitta...cantik pulak tu dia pakai..so aku pun usha-usha la tanya..rupanya bokitta ni ada byk design jugaklaa...lepas dah usha aku pi skodeng kat shopeee..memula aku ingat nak beli yg clone punya je..skali aku baca review...adeii...aku takmau laa belum apa-apa aku dah blacklist brand ni sbb x syok pakai kan...aku try approach menteri kewangan..nak beli original bokitta..laju je dia approved..bhahahaha...hasilnya...aku beli 2 helai bokitta seperti dibawah.. 



Bokitta Pink Dream - Printed Smooth Chiffon (Chic)
RM129


Bokitta Bloomistic - Printed Smooth Chiffon -Chic
RM129


Yang sebenarnya aku beli 3 helai..2 aku punya..satu lagi kakak aku punya..aku punya dua-dua printed..kakak aku beli plain color maroon..tapinya tu la..ari tu dia try dah dia kata x sesuai dengan muka dia pulak..dah dia suruh aku tolong jual...kot korang nak beli..boleh la tinggal komen ye..


Hari tu aku dah pakai yg color pink tu..smlm aku pakai yg ni pulak...seriously aku cakap..aku dah jatuh cinta dgn bokitta...sbb tudung ni sgt-sgt mudah utk dipakai..ikutkan pinlesss....tapi aku nak bg kemas mmg aku pakai brooch kiri kanan..inner dia sgt-sgt selesa..korang boleh pelbagaikan cara pemakaian...ramai yg tanya aku cemana aku buat awning gitu..bukan awning dia slalu melekat kat dahi ke..mcm aku ckp td...korang boleh pelbagaikan cara pemakaian nak awning muncung ke cemana..dan satu lagi materia dia pun sgt-sgt sedap dipakai..chiffon dia lembut je...ada setengah kawan aku yg pakai bokitta klon bagitau..kalau bokitta inspired niii kain dia kejung sket dan bila pakai kembang...aku belum try beli lagi yg insipred...so aku x boleh nak komen..tapi kalau korang pakai bokitta yg original..apa yg aku boleh katakan..kualiti dia mmg terbaik..kla...tu je kot nak share..till next entry...tata..








Monday, May 13, 2019

Aku dan cabaran 2 liter air masak

Assalamualaikum

Aku ni jenis yg kurang minum air masak..ye aku tau....habit tu sangat sangat la x bagus...budak-budak ni pun slalu brainwash aku bab minum air masak banyak-banyak..so gigih la aku beli botol air besar semata nak banyakkan minum air masak..tapi kadang ke laut jugakkk....ni masuk bulan puasa lagi laa...aku duk terfikir cemana la aku nak minum air secukupnya bulan puasa ni..kang ada yg dapat kencing kotor lagi..hazab weiii ulang alik tandas...kebetulan aku ternampak gambar ni org share dalam IG...kot la korang sama mcm aku kan..bleh la kita follow tips nii bulan puasa ni...oklaaa...till next entry..babaiiii


Friday, May 10, 2019

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM (PPDN)

Assalamualaikum


Last week aku banyak uruskan bawa mama ke PKU dekat tempat kerja aku ni..biasala..skrg ni giliran kita pulak la bawa org tua cek up..kecik-kecik dulu dorang yg bawa kita pi klinik kalau x sihatkan..now turn kita pulak..sepanjang kerja kat sini..aku jarang sgt laa pi pku..so everytime bila pi sini..aku mcm blur...ehh nak kena register kat mana...nak ambik ubat kena ambik no ke...nasib baik la kawan-kawan aku expert bab ni..ok..part PKU aku cite kat entry lain nanti...tapi aku nasihatkan..ko pi la PKU..mmg terbaikkk..baik dr segi rawatan..ubat-ubatan..bg aku terbaiklaa...cuma mcm aku ni jd kekangan sbb jarak rumah laa..aku kan duk Bangi..huhuhu..

Masa bawa mama check up hari tu...Dr ada bg refer letter utk bawa mama pi buat ultrasound...masa tgk nama tempat ni..aku mcm melopong sket la..sumpah aku x pernah pi dan tatau dekat mana..tapi sebab dekat Fakulti Perubatan kan...insyaAllah x sesat barat kot...tapi ya ampun..aku sesat masa nak pi buat appointment weii..sesat di dalam fakulti..sbb bangunan dia dekat-dekat dalam fakulti tu jugak..cuma dia ada own building..kecik-kecik comey je..


 Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear,Universiti Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor
 03-8947 1644

                                                                     Thursday8am–5pm
                                                                         Friday8am–5pm
                                                                     SaturdayClosed
                                                                       SundayClosed
                                                                      Monday8am–5pm
                                                                     Tuesday8am–5pm
                                                                Wednesday8am–5pm


Nak ambik gambar beria aku takut kang kena marah pulak..sbb biasanya tempat-tempat mcm hospital ni kan dorang x benarkan ambik gambar...tapi sbb nak share dengan korang tentang tempat ni..gigih la aku ambik gambar..sambil tu aku sharekan skali la apa perkhidmatan yg ditawarkan dekat sini ye sbb tempat ni dorang open for public skali..

Senarai Perkhidmatan Pemeriksaan

  • IMBASAN PET/CT (SIEMENS BIOGRAPH 64 TRUEPOINT)
  • IMBASAN CT (Computed Tomography)
  • IMBASAN MRI
  • IMBASAN ULTRASOUND

Dari kaunter pendaftaran tu..korang akan nampak 2 side..sebelah kanan utk MRI..yg sebelah kiri pulak utk ultrasound etc..mcm aku bgtau td la..bukan aku taknak ambik gambar..tapi tu la..takut org marah..tapi drpd apa yg mama cerita td..dlm tu ada byk lagi bilik lain...ikut pada jenis scan apa korang nak buat kot..lagi satu kat sini ada DR dan DR pakar..lepas dah buat ultrasound..tunggu la dulu sampai dia bg gambar result scan tu...memandangkan ni baru 1st time aku sampai sini...seriously aku mmg tatau prosedur cemana..so gigih la aku tanya puan nurse..lps dah scan dia kata dia akan bg gambar ultrasound..report Dr biasanya akan keluar dalam tempoh 7 hari bekerja..dorang akan hantar by email or patient boleh collect dekat sini..aku mmg pilih email la sbb senang..x payah nak pi sana kan..lagi satu..if korang kakitangan UPM..then korang boleh pakai GL..masa hari nak buat scan tu korang kena bawak skali GL tu...utk orang luar korang boleh bayar by cash or credit card..lagi satu..utk dtg sini korang perlukan refer letter dr DR ye..dpt refer letter dr DR..korang dtg dulu buat appointment..mcm aku..aku g buat appointment ari jumaat...Isnin tu dah dpt buat ultrasound..kejap je..x de que lama..

Guess what..belum tengahari lagi report Dr dah sampai kat email aku siap puan nurse call aku utk maklumkan report dorg dah email...mmg terbaikkkkkkkklaaaaaa...Tapi aku rasa tgk atas jenis scan yg korang buat jugak la..kalau MRI CT scan maybe ambik masa jugak la utk report keluar kan..Kalau korang tanya aku..dari segi servis dan keselesaan mmg terbaiklaa...takde la ramai..salah satu sbb mayb set by appoitment kan..sampaikan mama pun kagum laa..dan siap puji..sgt-sgt selesa kat sini..Korang boleh la cuba dtg sini kalau ada keperluan utk ini kan...dekat mana?dekat fakulti perubatan..alamat aku dah tepek skali..korang bleh waze..kalau sesat barat jugak or korang ada nak tanya apa-apa soalan...no phone pun aku dah letak skali...korang call je la..


Sebelum aku akhiri entry ni...saje nak share dgn korang..Hospital Pengajar UPM dah siap..dan mungkin bakal beroperasi x lama lagi..i guess mayb mid year ni kot...klaa..till next entry..babaiiii

Thursday, May 9, 2019

Beyblade - Permainan tgh top skrg

Assalamualaikum

Aku pun tatau le cemana mainan ni boleh top balik..tetibe je anak-anak aku duk zikir nak beyblade..memula encik suami beli seketul sorang je...siap dgn dia punya stadium la...bila aku tgk harga..adeii..seketul dah cenggitu rege dia kan..baiklaa aku beli kat shopee..


Gigih laa aku skodeng shopeee semata untuk anak..eleh alasan..padahal ko mmg suka shopping kat shopee....bhahahaa....belek punye belek..aku decide ambik yg satu set..maklum la..aku kan ada 3 anak laki..campur lagi dengan anak sedara aku..mmg x boleh la beli stik sket2 punya..kang dorang bergado berebut...aku pulak yg sakit kepala..


Set aku beli ni didatangkan skali dengan box ni...baru la tersusun dan x semak mata aku ni tgk barang mainan budak ni sepah-sepah..sejak nak masuk umur #patploh ni aku x bleh stress-stress and serabot-serabot...bhahahaha

Dalam box ni ada 12 set beyblades dan dia kasi satu handle + 3 launcher..korang jgn le tanya aku bab launcher2 ni..tapi rasanya launcher ni ada byk jenis..ada yg mcm tali tuuuu...aku tatau ape nama ntahh..


Disebabkan handle ada satu je..dan aku ada 3 abdul..so aku add on laaa 2 lagi handle...sbb launcher kan dia dah kasi 3 kan...so potensi utk berebut tu dapat dikurangkan laa..bhahahaha..Harga utk satu set ni dalm RM80+...tapi ko kena bertabahla menunggu ye...sbb barang dr China...tapi x de la lama benar pun..x lebih dari seminggu pun ko tunggu...Agak-agak korang pun tgh mencari mender ni..sila la skodeng kat shopee...ada harga yg lagi murah dr aku ni...kla..till next entry...tata..

Monday, May 6, 2019

Home Made Cake By Siti Katijah

Assalamualaikum

Baru-baru ni adik ipar aku sambut birthday anak dia yg ke 2 tahun...masa memula adik ipar aku bawak keluar kek..melopong kejap aku tgk rupa paras kek ni...dia punya comei tu..gebu gebas sibjik teddy bear anak sedara aku tu..mayb sbb anak sedara aku sgt suka kat teddy bear...so ummi dia pun tempah laa kek bentuk teddy bear utk dia..


Comel kan....gebuuuuuu gituuu...aku lupa pulak nak tanya berapa kilo kek ni dan berapa harga dia..


Dah tinggal sket ni aku baru ada peluang nak ambil gambar kek belah dalam tu...belah dalam adalah kek sponge perisa stoberi...topping dia pakai fresh cream...layer pun pakai fresh cream jugak...sangat-sangat sedapp...kek dia pun lembut..kalau korang nak tempah macam-macam pesen kek boleh la korang roger dekat link bawah ni ye...macam-macam design kek ada...klaa....till next entry..babaiii..




Friday, May 3, 2019

Hada Labo - Review

Assalamualaikum

 
Sumber: Google

Masa mula-mula muka aku breakout...mcm-mcm product aku google..sampai laa aku terbaca pasal Hada Labo..ada yg kata product ni ok utk kes muka breakout..tetiba aku mcm teringat..si pinas tongteng pakai hada labo..dia kan acah-acah pelakon korea punya skin...bhahaha..tapi mmg skin dia lawo pun..jeles pulak aku...so aku tanya la pinas...hada labo ni ok ke x...so lepas dah puas ati dgn explainantion dia..aku decide nak cuba hada labo...1st step aku beli trial pack..yg light..skin aku ni payah sket..sbb skin type aku combination..dry and oil..hishhhhhh....

So mencuba laa aku dgn hado labo ni dengan harapan skin aku akan ok...bila pakai..apa yg aku rasa ialah kulit aku mcm merenyam je gatal..lepas tu jerawat aku lepas satu satu kluo...muka pun makin oily..mmg aku stress yg amat laa..lagi satu yg aku perasan...mmg tpt jerawat tu merah laa...muka aku mmg la x bersih mana..tapi nye idoklaaa jerawat naik lepas satu-satu..hisssshh stresssss...aku tatau laa korang pakai cemana...mungkin serasi laa kot..tapi utk muka aku mmg a BIG NO laaa to HADA LABO niii...lepas dr hada labo ni laa aku try pakai sabun HARROGATE ni .alhamdulillah skin aku dah makin ok..Aku just share experience aku pakai product ni je..mungkin serasi dengan korang..tapi tidak utk aku laa...klaa..till next entry..tata..

Thursday, May 2, 2019

Original Cake (IOI City Mall): (Chilled) Chocolate Cake made with HERSHEY'S Chocolate

Assalamualaikum

Kawan-kawan aku slalu duk cerita pasal kek ni..aku ni nama je ofis sekangkang kera dengan IOI Mall..tapinya x de aku g sana..kalau hari jumaat aku lagi rela tidur dekat ofis dari keluar berjimba bersama kawa-kawan..bagi aku hari jumaat adalah me time aku..berbalik kepada kek ni...budak-budak ni kata kek ni sedap...paling sedap yg coklat...aku dah pernah suruh si pinas tong teng beli..tapi diperamnya kek tu sampai 3 hari...bhahaha...penyudah ntah dia kasi sapa...Memandangkan dalam list foodpanda ada kedai ni..so aku pun try test laa...


Masa abg baju pink mai hantar..aku mcm wow....siap dalam kotak..kelas ko jahh...nice packaging gituuuu..


(Chilled) Chocolate Cake made with HERSHEY'S Chocolate

Brimming over with rich chocolate smell and creamy mouthfeel, the dark bittersweet baking chocolate chips in the cake not only convey rich chocolate flavour but teem with the magic of happiness. Chilled Chocolate Cake taste better, it creates a wonderful texture and locks in moisture so the cake doesn't dry out as quickly.

Aku beli saiz besar..saiz besar RM22..kalau yg kecik RM15..dorg ni mcm paham-paham je aku ni gelojoh..dalam box tu siap ada pisau lagi..bhahahaa....yg pastinya..kek ni sangat-sangat lah lembut...ringan gitu weiii...pastu tak manis sgt..ada la rasa coklat hersheys tu..mcm dia potong keping-keping gitu kat dalam...ikut nasib ko la..kot time ko ngap mendapat cekelat tu..alhamdulillah..lagi satu yg sedapnya sbb sejuk je kek ni..nama pun chill chocolate cake kan...kalau korang jenis kurang manis..aku mmg syorkan sgt la kek ni..mmg sedappppp sgt-sgt..komen aku dah kasi..apa tunggu lagi..pi la beli skrg...till next entry...tata..