Assalamualaikum
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa
Nabi saw bersabda: “Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya,
kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”
Waktu untuk menunaikan Solat Hajat
Boleh dilakukan bila-bila masa (siang / malam) kecuali waktu yang
dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika
matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat
malam,/ separuh malam.
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat.
Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara paling ringkas):
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Bilangan Rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
- Baca doa iftitah
- Baca Al Fatihah
- Baca Surah Al Kafirun 1 kali
- Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
- Baca Al Fatihah
- Baca Surah Al Ikhlas
- Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
- Membaca Tahiyat Akhir
5. Berdoa selepas memberi salam
Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dan lain-lain
• Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar.
• Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk
mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah
melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar
Hajat yang dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan
Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti:
Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan
untuk orang lain
FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT
- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
- Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
- Tidak putus asa dengan takdir Allah
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon ( Insyaallah)
Tambahan
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir
tetapi berdoa di dalam hati sahaja (tidak boleh dilafazkan kerana masih
lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya)
Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas
memberi salam (boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)
Sumber: Harian Islam
No comments:
Post a Comment