Monday, December 14, 2009

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi bayi & kanak-kanak?

gamba dicedok dr google..

Korang penah menghadapi masalah untuk memberus gigi anak korang tak?ataupun anak korang mmg jenis yg payah sungguh nak gosok gigi..bg berus gigi pun dier bantai baling dlm mangkuk jamban..x pun..dier bantai berus mender lain lak..kat bawah ni ader tips cara2 camner nak jaga kebersihan gigi bayi n kanak2...sumber diceduk dr web kementerian kesihatan msia..korang bleh refer myhealth portal utk keterangan dan info lebih lanjut..

Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.


Tips utk bayi...

-Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

Tips utk kanak-kanak..

-Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :

-Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
-Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :

-Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja. (agak2 bleh imagine x bijik kacang soya tu beso maner jer??)
-Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

2 comments:

  1. salam kenal erni,
    thanks for sharing...

    masa jumpa paed kashful utk 9mons check up, dia suruh lap gg bb dgn kain cotton ajer. mgkin sebab masa tu baru ada 2 batang gg atau masih kecil lagi.

    ReplyDelete
  2. hi...oo..yer ker?yusuf dah nak masuk 7 bulan..sebatang gigi pun x dak agi..hikhikhik

    ReplyDelete