Thursday, April 28, 2011

Friday, April 22, 2011

Panggilan Hangit

Kejadian berlaku pada pukul 12:28 tengahari pada hari Khamis..

Kring kring kringgg...
Saya: Helllo...(dengan suara kontrol ayu sbb time tu tgh pulun kuih pau inti kacang)
Pemanggil: Hello..ini Pn Erni Suraya ka?
Saya: Iye saya..
Pemanggil: Saya drpd fakulti pertanian..saya nak tanya kenapa saya x buleh akses semua online database pertanian?
Saya:Emmm..iyer ker? (dlm hati aku rasa mcm kenal sgt ngan sore minah ni..tp tgn aku sibuk duk godek komputer dah time ni)..Sekejap ye..
Pemanggil: Cemana awak buat kije ni?
Saya: Ini cik NONA ke?
Pemanggil: Kahkahkahkah..cuak ler tu..
Saya: Kat mana?ada meeting ke ari ni?(dalam ati abis kontrol sore takut kantoi dier tau aku cuak..demmm!!!binawe hang nonaaaa!!!!!!!!!!)

**** CIK NONNN...ader lori ada bass...lain hari haku balass....binaweeeeeeeeeeeyyyy!!!!


Thursday, April 21, 2011

Runsing..

Ada benda yg mengganggu fikiran saya..
x pe la..InsyaAllah..sekiranya x de apa-apa halangan..
harap semuanya dapat diselesaikan dengan tenang..
Will blog about it later after everthing setle down..
Mohon permudahkan segala urusan YA ALLAH...

Tutu





Dude Herlino feat Asmirandah-Bunga bunga cinta ost Dalam mihrab cinta[HD]




Bunga-Bunga Cinta OST Dalam Mihrab Cinta

tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah
 tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta
memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

Sumber: YOUTUBE

 

Wednesday, April 20, 2011

Bila Anak Mogok Ke Sekolah..

(Kes 1)

“Abang fikir kenapa agaknya anak kita Salman liat benar hendak ke sekolah dua tiga hari ini? Banyak betul alasan yang diberi, sakit perutlah, peninglah,” adu Sarimah kepada suaminya, Zainal.
“Tak mengapa. Seminggu dua nanti okeylah tu. Tak usahlah kita paksa-paksa dia,’’ balas Zainal.

(Kes 2)

“Kalau kamu tidak mahu lagi ke sekolah nanti mama kurung dalam bilik. Mama tak akan beri kamu main di luar.”

Merujuk kepada dua kes di atas jelas sekali tidak ramai ibu bapa yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan masalah school refusal atau keengganan ke sekolah di kalangan kanak-kanak.

Kaunselor di Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Ek Zakuan Kalil, tidak menafikan sikap anak yang menunjukkan keengganan ke sekolah kerap membuat ibu bapa menjadi panik.

Bagi mengatasi sikap tersebut, sesetengah ibu bapa berusaha memujuk dengan mengumpan anak-anak dengan perkara yang mereka suka seperti duit atau permainan. Tidak kurang juga yang terus memarahi dan menghukum anak seperti kes kedua.

Menurut Ek Zakuan, perkara sama tidak mustahil berlaku di kalangan ibu bapa lain, malah mereka bingung menghadapi perubahan sikap si anak yang tiba-tiba mogok tidak mahu ke sekolah dengan memberi pelbagai alasan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.

Apabila ini berlaku, ibu bapa sering diburu perasaan ragu-ragu, apakah anak itu berkata benar atau sebaliknya!

Kata Ek Zakuan, adakalanya alasan sebegitu disebabkan tindak balas psychosomatic si anak yang mengalami tekanan emosi sehingga menyebabkan mereka berasa sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.

Bagaimanapun, memaksa anak ke sekolah dengan menggunakan kekerasan bukan jalan penyelesaian yang terbaik sebaliknya menjadikan mereka lebih takut ke sekolah.

“Ibu bapa wajar mengenepikan sikap terlalu memanja atau melindungi sehingga semua alasan anak enggan ke sekolah diterima tanpa soal.

“Cara yang baik bagi mengatasi masalah anak yang takut ke sekolah ialah dengan menggunakan teknik-teknik tertentu seperti teknik systematic desensitization atau gradual exposure di mana usaha membiasakan kanak-kanak dengan perkara yang mereka takuti secara berperingkat dan bersistematik,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menerangkan lebih lanjut mengenai apa yang dimaksudkan, kata Ek Zakuan, langkah tersebut dianggap lebih berkesan dalam usaha menarik semula minat kanak-kanak ke sekolah berbanding menjauhkan diri dari tempat yang menakutkan mereka selama ini.

Ini kerana dengan cara tersebut membuatkan kanak-kanak terbiasa dengan keadaan tersebut.

Ujarnya, pada hari pertama ibu bapa boleh membawa kanak-kanak ini melihat kawasan sekolah dari luar pagar kemudian masuk ke sekolah semasa hari cuti.

Ibu atau bapa boleh menjelaskan kepada kanak-kanak tentang persekitaran sekolah, termasuk membawa ke padang sekolah, bilik darjah, kantin dan bilik guru.

Manakala hari keduanya, ibu bapa boleh memujuk kanak-kanak agar cuba berada di sekolah untuk beberapa jam, menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan rakan-rakan.

“Jika ada perubahan, minta anak agar berada di sekolah hingga habis waktu. Dalam keadaan ini kerjasama rakan-rakan serta guru amat diperlukan bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak ini,’’ ujarnya.

Kerjasama

Beliau menambah, kaedah itu hanya boleh berjaya dengan adanya kerjasama semua pihak termasuk guru-guru, rakan-rakan sekolah dan ibu bapa sendiri.

Mengenal pasti punca anak enggan ke sekolah merupakan langkah pertama yang perlu diambil setiap ibu bapa.

Jika punca telah dikenal pasti, sebagai contoh, kanak-kanak ini takut kepada guru kelas yang dianggap garang bagi mereka, ibu bapa bolehlah bertemu dengan guru tersebut.

Ceritakan masalah yang dihadapi si anak ini seterusnya meminta kerjasama guru agar dapat sama-sama menarik minat anak ke sekolah semula.

Sepanjang bersama kanak-kanak, ibu bapa perlu memberi gambaran positif kepada mereka bahawa ke sekolah merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Sebagai contoh dengan menyatakan, jika kamu pergi ke sekolah, kamu dapat berjumpa dengan rakan-rakan,’’ jelasnya.

Beliau menegaskan, sebagai ibu bapa sikap suka mengambil mudah keengganan anak ke sekolah tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya perlu bertindak segera agar ia tidak berlarutan sehingga boleh menjejaskan perkembangan mental kanak-kanak itu sendiri.

“Jika kanak-kanak yang sudah menunjukkan gejala-gejala enggan ke sekolah tidak dibantu, apabila dewasa nanti mereka akan menjadi individu yang cepat mengalah, mudah berputus asa dan menjadi seorang yang suka lari daripada masalah,’’ ujarnya lagi.

Menjelaskan lebih lanjut mengenainya, Ek Zakuan berkata, enggan ke sekolah bukan satu penyakit sebaliknya ia merupakan gejala kepada sesuatu penyakit.

Ditanya mengenai berapa lama tempoh fobia ke sekolah kepada seseorang kanak-kanak, ujar Ek Zakuan, ia bergantung kepada pendekatan yang diambil ibu bapa.

Makin lama anak dibiarkan tidak masuk sekolah, makin lama masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan.

Jika ini dibiarkan berterusan akan muncul pula satu ketakutan lain dalam diri kanak-kanak ini.



PUNCA ANAK ENGGAN KE SEKOLAH

- Masalah dengan kanak-kanak lain seperti diejek atau dipulaukan.

- Masalah dengan guru.

- Ancaman kecederaan fizikal daripada pembuli.

- Malu atau takut setelah diejek atau dibuli.

- Masalah dalam pembelajaran.

- Masalah pergaulan seperti kemahiran bersosial yang rendah dan rasa rendah diri.

- Konflik keluarga.

- Masalah psikiatri seperti kemurungan, Anxiety Disorders, Attention Deficit Hyperactivity Disorder'(ADHD) dan lain-lain lagi.

Tip mengatasi anak enggan ke sekolah

- Fahami punca sebenar mereka enggan ke sekolah.

- Berikan gambaran yang positif tentang sekolah serta kepentingan sekolah kepada masa depan mereka.

- Dalam usaha mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu bersikap tegas dan konsisten dalam menangani tingkah laku anak yang negatif.

- Dapatkan kerjasama daripada pihak sekolah dalam menangani masalah yang dihadapi.

- Dapatkan bantuan profesional jika masalah berlarutan.

Tuesday, April 19, 2011

Putih

Assalamualaikum

Ehehe..dah lama x update blog..banyak cerita yg bersusun tunggu nak keluar..ini cerita semalam..pulang dr pejabat...encik suami bercerita tentang anak dara dia..nak dijadikan cerita..ntah pesal smlm si eishah gedik nak pakai cincin n rantai..saya sendiri x perasan bila masa dia ambik rantai tu..takpe la..rantai silver jer pun..beli kat Beijing dulu..ngeeeeeeeeee....cuma saya sayang sket sbb locketnye tu crystal..ok..melalut sudah..encik suami kata...time dia ambik eishah tu..principle yg nganto..siap pesan kat encik suami..brg tu suruh simpan..takut ilang..ngeee...padan muke si eishah..terkulat2 tersimpul2 malu le dier kat situ..cerita tak abis lagi kawan-kawan...masuk dlm kereta encik suami pun sekolahkan eishah..encik suami kata (lebey kurang gini la dialognye)

Dialog 1

Eishah: Ayah...teaher G***A tu putih kan?
Ayah: Haaa??
Eishah: Ulang dialog yg sama mcm kat atas.

Dialog 2:

Encik suami: Eishah dengar kan apa teacher I**N kata tadi..
Eishah: Dengar ayah..tapikan yah..tangan teacher I**N putih..comel jer..
Encik suami: Ha?
Eishah: Iye..tangan dia comel je..kan ayah kan?
Encik suami: (gelak guling-guling)

* Haihhh..anak haku ni..lain org nak sampaikan..dia pusing ke lain la pulaknye..budak-budak skrg mmg mcm2...Between..lupe nak citer..ari pe ntah..dia pulang dr skul muke mcm merajuk..sedih..rasanya dia kena denda dengan teacher kot..nasib la shah..saper suruh hang tak ikut kata teacher..itu baru teacher..kalo ibu denda lebey lg dr tu..ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...





Friday, April 15, 2011

Politik Di Tempat Kerja

Assalamualaikum

Lewat tengahari saya terima kiriman sms daripada seseorang..emm..dia bercerita dengan nada sedih berkaitan dengan assessment nye..emm..gitu laa dugaan alam pekerjaan..baik di sektor kerajaan, badan berkanun kaaa...swasta ka..sama saja..ini semua POLITIK DI TEMPAT KERJA..dulu saya slalu dengar org kata..bekerja di tempat yg ramai kaum melayu..dugaannya lagi maha hebat..time tu saya sedikit blur..ok perrr...ramai melayu..tapi bila dah melangkah alam pekerjaan..skrg baru mokcik paham..ngeeeeeeee...dulu masa saya tengah blaja lagi..aboh pernah bercerita..katanya..bila dah bekerja..jgn terlalu tegas x bertempat..siap bg contoh..katanya di tempat kerjanya dulu ada seorang perempuan ni..still single..bila stafnya bercuti anak sakit etc..dia marah-marah x tentu pasal..x de tolak ansur..nak dijadikan cerita..perempuan ni pun berkahwin..lepas dah kawin..dia pulak yg asyik coti manjang..makanya..org pun mula la bercakap blakang dan pulang paku buah keras balik kat dia..lagi satu cerita yg aboh cerita kat saya..ada satu ketika..di organisasi aboh..timbul isu claim overtime..sehinggalah keluar pekeliling dokleh claim overtime suka-suka ati..tapi rasanya tgk nature of job jugak la..agak-agak kalo tugas ko sebagai pemandu..nak kena bawak bos besar ke hulu hilir..dah tentu la sepatutnya buleh claim overtime..nak dijadikan cerita..adala sorang pemandu ni membawa org penting dalam sebuah organisasi ni..tiba-tiba dia pun berhenti di tepi jalan n terus keluar dari kereta..maka..terpingga-pingga la org besar tu..pasai pa pulak dia berhenti ni?so dia pun tanya la..skali jawab la pemandu ni..dah pukul 5 ni..waktu bekerja saya sudah abis..kalau kerja pun x dpt claim..ngeeeeeeeeee....tatau la saya betul ke tak..itu pun cerita aboh pada saya..betul ke tak..wallahualam..tp yg pastinya mana-mana organisasi sama jer..pendek kata kena la pandai bawak diri..agak-agak kalo ko tu jenis yg YES BOS..ANGGUK-ANGGUK GELENG-GELENG..maka selamatla kamu..ngeee...kalo ko jenis yg asyik nak menjawab..itu tanak ini tanak..sile la ko bersedia..ngeeee...lagi satu..org lain kipas guna kipas cap KDK..ko kipas gune yg x de cap..paham-paham la sendiri..saya ni bab-bab kipas mmg sumpah haku tak reti..rezeki kat tangan Allah..kalau dah tuhan nak bg tu..ko x kipas pun rezeki tu golek-golek dtg sendiri kat kita..ngeeee...saya dah melalut..saya cuma nak bercerita pasal sms yg saya terima dr kawan saya saja..katanya nampak gaya x der la rezki utk anak dia...sedih jugak mendengarnya kerana..rasanya markah yg org tu bg hanya utk org2 yg betul2 x buat kerja..sedangkan member ni kerja ok saje..yg peliknya..yg dtg lambat n slalu ilang pulak yg cemerlang..saya sendiri tak faham cemana sebenarnya cara assessment ni..apa pun saya harap saya tak tergolong dalam golongan org2 yg suke nak tutup periuk nasik org lain..saya sentiasa ingat pd karma..kalo skrg saya buat begitu pd org..tak mustahil saya juga akan rasa benda yg sama..tak saya yg rasa.mungkin anak atau keturunan saya yg lain yg akan rasa..emm..x mo ckp banyak..that just my 10 cent opinion..lain org lain pendapat..

Tuesday, April 12, 2011

Bangun Awal

Assalamualaikum

Ok..tajuk entri pagi ini ialah bangun awal..sebab apa bangun awal?ohh ada kesah disebalik bangun awal ye kawan-kawan..bukan takat bangun..tapinya ibu terpaksa bekerja di awal pagi..ini semua gara-gara eishah terkucil atas tilam..ini bukan tilam lembik tu yer kawan-kawan..ini tilam ala-ala dunloppiloww tu ye kawan-kawan..nak terputus urut kentut ni kalo den angkat tilam tu..ngeeeeeee...elok je kul 5 time tu..si yusuf kejutkan saya..nak susu...ngan selambe kodok saya turun dr katil skali rasa sejuk je kat kaki..tgk2 si eishah berbungkus dlm selimut..dlm hati saya..ahhhhhh..sah dah minah ni kencing atas tilam..ngan suara ala-ala garau..(maklum ler..baru bangun tido)..saya kejutkan dia..dan perambat dia masuk bilik mandi..ohh..cara perambat mestilah berhemah yer kawan-kawan..kalau x ada yg mogok tanak g skul..lagi parah..penyudahnya pukul 5 pagi tu saya suruh dia mandi..pastu siap pakaikan baju skul lagi...ngeeeee....penyudahnya..lepas saya siap gosok baju bagai...tgk tgk si eishah tgh syok layan tidur atas katil bilik dia...hentam sajalah..yg pastinya baju dia kedut seribu la bila dia bangun dr tidur td..ngeeeeeee...dah siap-siap semua..nak turun bawah tu dia dah buat drama..sakit perut la pulaknya....adoiiiiiiii...dia dah mula dahhhhh...itu yg saya laungkan kat encik suami yg ketika itu ada kat dapo tgh bancuh nescafe..hehehe..encik suami kata..ugut ler..ckp jer jom pi klinik jumpa doc nazim..saya pun apa lagi..try test ler dengan ugut cara encik suami..emmm..x jalan wesss..dia tetap bantai melalak atas tangga..penyudahnya saya nampak pemadam lipstik yg saya belikan utk eishah di KLIA tempoh hari..apa lagi..saya pun buat drama la dgn dia..ehhh..ni eraser lipstik kak long ni...ibu letak dlm beg la..pii skol ari ni buleh tunjuk kat kengkawan..haaa..ambik ko...terus dia diam angguk2 geleng-geleng kepala..ngeeeeeee...YESSSSSS..taktik menjadi...so ari ni  belum pukul 730 saya dah terpacak di opis..dr membuang masa..baik saya tulis entri ni..hehehehe..skrg kalo si eishah kencing atas tilam saya x marah dah mcm 1st time dulu..sbb apa?sbb saya time kecit pun cenggitu jugak..ala..korang pun sama...pernah x dulu-dulu korang mimpi rasa nak kencing sgt..pastu korang masuk bilik air..tak pun berenti semak mana-mana n kencing...ohhhhhhhhhhhh..heaven sungguh time tu dapat melepaskan hajat..tapi rupanya bukan melepaskan hajat di jamban..tapi di atas tilam..esoknyer mama suruh ko pikul tilam tu n jemur sendiri di luar..padan muka..tapikan..saya pelik la..bab kencing atas tilam memalam tu normal le kan..tapinya x penah pulak saya dengar org terBERRY atas tilam...ehhhh...


Sepetang Di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...

Saya sendiri dah tak ingat gambar ni saya ambil weekend bila..haihh...tepuk dahi lagi..yg pastinya petang itu anak-anak sangat seronok dapat berlari bebas di sekitar Tasik Cempaka Bandar BarU Bangi..Saya dan suami agak lewat tiba di sini kerana petang itu encik suami ada kelas..anak-anak terlebih dulu ke sini bersama dengan pak ngahnya..pancit jugak la saya berjalan satu taman ni..manakan tidak..parking punya la jauh..haihhhhh..berpeluh ketiak mokcik ni nak buleh ke jumpa kat mana budak2 ni haaa...Layan gambar jer la..malas nak bercerita..lenguh mulut wehhh..







Loving couple...ewwwwaaahhhh
One happy familyyyy...aik?3 org anak haku??ngeeeeeeee

Bluweeeeekkkk


Monday, April 11, 2011

Makan Malam

Assalamualaikum..

Emmm..ari ni nak cite pasal menu..pasal makanan..ini menu..ermmm..bile ntah..saya sendiri pun lupe..ini la jadinya bila banyak benar entri tertangguh...redhoo jer laaaa...skali skala rasa bersyukur la jugak kawin dengan org senegeri ni..tekak selera sama..dua kali dua kala timbul rasa bosan..asyik2 lauk ini..adoii aiii...sememangnye org ganu tidak boleh dipisahkang dengang budu dan belacang..ngeeeeeeeeeee...

menu of the day...sayur masak lemak..ikan goreng dan sambal belacangggg

salah satu daripada makhluk yg tekak dia sama taste dengan ayah n ibu..nyum nyum nyummm...

P/S: resepi x der...sbb dah nama pun lauk simple..so nak buat pun pakai campak2 je dalam periuk..ngeeee...

Friday, April 8, 2011

Seperti Budak Sekolah

Assalamualaikum..

Pagi yg mulia..pagi jumaat lagi tu...
tapi mood saya sgt tidak bagus..
awal-awal pagi mood sudah terbantut dek beberapa insiden hampeh..
pernah x korang rasa...eiiii...aku ni dah besar la weii..
sila layan aku mcm org dewasa..
aku ni dah kerja la weii..
sila jangan layan aku mcm budak sekolah..
aku sekolah dulu pun x de la seteruk ni wehh..
agak-agak la weii...saya bukan budak sekolahh lagi...
saya sudah bekerja..sila jgn buat saya stress..yg saya tau hari ni saya nak balik awal..babai la dulu awal-awal kat semua...
ada aku kesah????
sile jgn sibuk-sibuk nak kesah hal saya..
jaga hal sendiri sudah!

Thursday, April 7, 2011

Gulai Lemak Kuning

Assalamualaikum..

Fuhh fuhh fuhh..berabuknya belog saya..dah lama saya tak menulis di sini..cerita punya la banyak..tap nak mengarang sket punya malas..ok..entri kali ni berkisarkan tentang makanan..bukan nak share resepi..tapi nak cerita pasal makanan feveret eishah..saya pun x ingat dah minggu bila kami ke sini..

Ini adalah salah satu food court yg terdapat di Semua House Jalan TAR..kebiasaanya..kalo mai sini kami mmg wajib singgah di gerai makcik ni..banyak pilihan lauk..sedap dan paling penting..lauk gulai lemak masak kuning ada di sini...ngeeeeeeeeeeee....eishah suka sangat makan gulai lemak masak kuning..setiap kali mai sini mmg lauk tu je la yg dia pilih..melainkan kalau mokcik tu x masak lauk tu..baru la dia amik lauk kuah lemak putih..sampaikan makcik tu pun dah kenal kiteorg wehh..bila dah lama x dtg..skali dtg dia akan tanya la..pii mana??lamanya x nampak..eishah pun panggil mokcik tu nenek..nenek angkat..ngeeeeeeeeee

Ini bukti yg anak saya sgt suka makan nasik lauk lemak kuning ni..nasik separuh pun buleh licin..kalau kat rumah saya masuk lauk ni..bertambah-tambah la si eishah makan...