Thursday, April 26, 2012

Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya..

Assalamualaikum

Saya baru teringat pg tadi..salah sorang anak murid encik suami akan menjalani pembedahan esok pagi..hari ni dah check in di Hospital Putrajaya..niat di hati nak ikut encik suami gi melawat di samping bagi semangat..tapi apakan daya..tuan tanah kedaung sgt sebok dgn keje yg menimbun menunggu dateline..haiihh..sibuk la sgt..utk SHAH..semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat semuanya..tenang dan pk positif..insyaAllah tuhan permudahkan semuanya..aminnnnn...

Wednesday, April 25, 2012

Semoga cepat sembuh sayang..

Assalamualaikum

Pg td sampai saje di ofis saya terus msg kamilah..tanya khabar bebi n cemana result LP semalam..baca msg kamilah pun rasa nak nangis..

'ntahla..mcm tak sanggup..milah dah paham yg dia ketuk lutut tu dgr doc xplain kat pelatih dia..bila dia ketuk kiri kaki kanan dia terangkat jugak jd mcm x normal..dia mcm suspect meningitis..tp erni jgn kabo ke org..nanti confirm dulu..ya allahh..'

Bile baca msg tu..saya tatau nak reply apa selain drpd suruh dia banyakkan bersabar..Allah..tabahkanlah hati kamilah dan izami utk menempuh semua ujian ni..x lama kemudia sampai lg msg dr kamilah..

'result dah dpt..confirm jangkitan kuman kat otak..details pasal kuman tau dalam 5 hari lg..skrg kena bg antibiotik sampai 14 ari n kena monitor lagi..ya allah kuatkan semangat aku..'

Lagi la saya tatau nak reply apa..sedih pun ada..risau pun ada..apa pun..apa yg kami semua boleh buat ialah doakan yg terbaik utk sofiyya..apa pun hari ni bebi nampak sihat..minum susu dan senyum seperti biasa..buat teman2 blogger..doakan agar sofiyya khadeeja kembali sehat seperti sedia kala..tq..

 Sofiyya Khadeeja..dalam dakapan Tok Mie

Sentuhan kasih sayang seorang atuk dan nenek..

Meningitis

Apakah itu meningitis?

Meningitis ialah radang membran yang meliputi otak yang cenderung merebak dengan cepat. Terdapat banyak jenis meningitis. Dua yang utama ialah meningitis jenis virus dan bakteria. Meningitis virus adalah jenis yang sering dijumpai dan agak ringan (sesetengah pesakit tidak sedar pun bahawa mereka telah dijangkiti). Jenis jangkitan bakteria jarang berlaku namun, mengancam nyawa dan oleh itu, perlu dirawat segera.

Meningitis bakteria juga datang dalam pelbagai bentuk (meningokokus dan pneumokokus adalah dua yang utama). Ia memang satu penyakit yang serius dan teruk, apatah lagi, apabila komplikasi juga berlaku dengan cepat, boleh menjadikannya lebih berbahaya. Bergantung kepada jenis, didapati bahawa meningitis bakteria mengakibatkan maut dalam 10 ke 20 peratus kes, dan boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius seperti pekak atau kerosakan otak, jadi rawatan segera adalah penting. Septisemia (keracunan darah) adalah komplikasi serius yang disebabkan kemasukan bakteria ke dalam aliran darah serta pembiakan yang cepat. Meningitis jenis septisemia adalah yang paling berbahaya.

Apakah simptomnya?

Tidak terdapat satu pola tetap untuk penyakit ini yang boleh dijadikan panduan jitu. Tempoh inkubasinya ialah antara dua hari dan tiga minggu, bergantung kepada jenis meningitis. Simptom-simptom boleh berlaku mengikut turutan tertentu ataupun sebaliknya. Dalam banyak case, ia seakan-akan influenza iaitu terdiri daripada suhu badan yang tinggi atau demam, sakit kepala yang teruk, loya dan muntah, tidak suka pada cahaya serta leher yang tegang. Tidak semua simptom boleh diramalkan; sesetengah bayi akan menjadi lesu dan tidak bermaya, sementara bayi lain akan menjadi kejang disertai dengan pergerakan tersentak-sentak.

Kadangkala terdapat ruam yang disebabkan oleh septisemia, yang akan timbul di bawah kulit seperti satu kelompok titik-titik kecil. Ia kelihatan seperti tanda-tanda pin halus dan boleh timbul di mana-mana bahagian badan anda. Jika tidak dirawat, ia akan mula kelihatan seakan-akan lebam diikuti dengan kerosakan kulit dan perubahan warna menjadi ungu.

Anda boleh gunakan "ujian kaca" untuk memeriksa ruam yang disyakki. Tekankan sisi sebuah gelas yang lutsinar ke atas ruam tersebut. Jika ia bukan ruam meningitis, ia akan pudar; tetapi jika ia ruam meningitis, ia akan kekal kemerahan. Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Ruam adalah salah satu tanda akhir sepsis yang mana selepas itu, keadaan anak anda akan menjadi kritikal dengan begitu pantas; tetapi, nasib baik ada tanda-tanda awal untuk anda perhatikan.

Pada bulan Januari 2005, pakar-pakar dari Universiti Oxford di UK menarik perhatian ramai kepada simptom-simptom awal septisemia yang boleh dikenal pasti beberapa jam sebelum penyakit mencapai peringkat kritikal. Tanda-tanda awal sepstisima merangkumi:

• tangan dan kaki yang sejuk dan suhu yang tinggi;

• warna kulit yang luar biasa pucat seperti kelihatan amat putih pudar, kebiruan atau gelap di sekitar bibir;

• sakit kaki yang meruncing yang menyukarkan pesakit itu berjalan atau berdiri;

Jika bayi anda belum lagi boleh berdiri atau bercakap, sakit otot atau sakit anggota atau sendi akan menyebabkan bayi anda meragam. Bayi-bayi yang sihat selalu juga mempunyai tangan dan kaki yang sejuk, sebab itu perhatikanlah pola pernafasan yang pantas dan luar biasa termasuk badan mengigil, yang merupakan simptom-simptom lain bagi penyakit tersebut. Adalah baik sekiranya ibu bapa boleh mendapatkan rawatan perubatan apabila mereka mengenal pasti simptom-simptom awal ini, supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.

Sentiasalah memeriksa bayi anda jika anda mempunyai sebarang rasa syak mengenai penyakitnya yang semakin teruk. Jika tiada ruam yang timbul tetapi keadaan anak anda merosot dengan cepat, bawalah dia ke hospital dengan segera.

Bolehkan bayi baru lahir mendapatnya?

Meningitis neonatal selalunya disebabkan oleh E.coli, streptokokus kumpulan B atau listeria. Risiko adalah lebih tinggi di kalangan bayi-bayi pramatang dan mereka yang mempunyai berat badan kurang daripada 2kg (kira-kira 4 paun dan 6 aun). Bayi-bayi lain juga mudah mendapat meningitis, malangnya, ia adalah lebih sukar untuk didiagnosis.

Baby Watch, dirasmikan oleh Victoria Beckham dan Dr Hilary Jones untuk Yayasan Pengkajian Meningitis di UK, menasihatkan para ibu bapa supaya berpandu kepada gerak hati mereka dan mempunyai sikap berwaspada terhadap tanda-tanda tertentu seperti tompok lembut di kepala bayi (fontanel) membonjol serta kulit yang pucat, bertompok-tompok atau bertukar biru. Bayi-bayi yang dijangkiti meningitis selalunya demam, sukar untuk bangun dari tidur, tidak mahu menyusu langsung dan memperlihatkan ekspresi yang kosong dan termenung. Kadang-kala ibu bapa juga akan menyedari raungan atau tangisan yang nyaring serta menyedari bahawa bayi mereka masih meragam apabila diangkat.

Bilakah patutnya saya mendapatkan bantuan?

Jika anda syakkan meningitis, dapatkan rawatan dengan segera di Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital terdekat. Jika ia berkaitan bakteria, rawatan awal dengan antibiotik adalah penting untuk mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan atau mungkin menyebabkan kehilangan nyawa. Letaklah kepercayaan sepenuhnya kepada gerak hati anda.

Bagaimanakah meningitis didiagnosis?

Diagnosis dilakukan dengan tebukan lumbar – ahli profesional kesihatan akan memasukkan jarum yang berlubang ke bahagian bawah tulang belakang, terus mengeluarkan sampel cecair, dan memeriksanya. Prosedur mengambil kurang daripada 20 minit dan mungkin menyebabkan sakit kepala selepas itu.

Apakah rawatan yang diberikan?

Meningitis virus tidak bertindak balas dengan antibiotik, jadi rawatannya berasaskan rehat dan penjagaan rapi. Jangkitan ini akan hilang dengan cepat, walaupun sakit kepala dan rasa letih akan berlanjutan bagi masa yang agak panjang. Kadangkala, walaupun jarang, meningitis virus boleh menjejaskan otak dan menyebabkan ensefalitis (radang otak). Dalam kes-kes ini, rawatan antivirus diperlukan manakala meningitis bakteria memerlukan rawatan antibiotik dengan segera.

Adakah meningitis berjangkit?

Kebanyakan kes meningitis bakteria menyerang secara individu tetapi kadang-kala meningitis meningokokus berlaku secara berkelompok. Mereka yang mempunyai kontak yang dekat (selalunya didefinisikan sebagai berkongsi rumah) dengan seseorang yang mempunyai meningitis bakteria atau septisemia meningokokus akan diberikan antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan. Jangkitan akan merebak dengan bersin atau, bagi orang dewasa, dengan ciuman. Bakteria yang menyebabkan masalah tersebut adalah jenis yang sangat biasa, yang secara semula jadinya, hidup di belakang hidung dan tekak kita dan ramai orang mempunyainya tanpa jatuh sakit. Mujurlah, jangkitan meningokokus jarang berlaku di Malaysia.

Meningitis virus direbakkan, sama seperti virus yang lain, dari individu ke individu lain, sesetengahnya melalui batuk dan bersin, dan yang lain disebabkan tahap kebersihan yang rendah, contohnya, tidak mencuci tangan selepas ke tandas. Meningitis virus dahulunya juga datang dari komplikasi penyakit seperti demam campak dan beguk tetapi pemvaksinan MMR telah menghapuskan ancaman ini.

Bagaimanakah meningitis boleh dicegah?

Bayi-bayi sekarang akan menerima vaksin Hib (Haemophilus influenzae jenis B) pada usia dua, tiga dan lima bulan dengan suntikan penggalak pada 18 bulan. Pemvaksinan Hib juga memberikan perlindungan terhadap jangkitan bakteria seperti artritis septik dan selulitis.

Vaksin pneumokokus boleh didapati tetapi buat masa ini ianya hanya merupakan vaksin pilihan, bukan wajib. Bakteria pneumokokal ialah penyebab bagi satu dalam 10 kes meningitis.

Masih tidak terdapat vaksin lagi terhadap meningokokus kumpulan B,iaitu kumpulan yang biasanya menyebabkan meningitis meningokokus. Kajian menunjukkan bahawa merokok dalam rumah boleh meningkatkan kebarangkalian anak mendapat meningitis, jadi berhentilah merokok untuk mengurangkan risikonya. Di Malaysia, vaksin terhadap meningokokus kumpulan A,C,W,Y boleh didapati untuk kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun.

Sumber: babycenter.com

Sofiyya Khadeeja Part II

Assalamualaikum

Pagi ni ke opis dalam keadaan sedikit lemau..keadaan smlm sgt kelam kabut..rentetan dr kejadian kejang berulang buat kali yg kedua..sofiyya khadeeja admit di Hospital Serdang..Di opis saya x tenang nak bekerja..sekejap2 sms adik bradik di trg dan encik suami..time2 kritikal mcm ni la nset encik suami bateri kong..adoii aiii..saya mulakan dengan bagaimana bermulanya semua ni..

8 April yg lalu..around 8 p.m..time tu adik ipar saya tinggal 3 beranak di rumah kerana suami bekerja shift malam..baby dah nampak lain..mula2 tangan menggigil mcm terkena kejutan letrik..so adik ipar saya urut slow2 tgn baby..x lama tu tangkap kat mata pulak..time ni adik ipar saya dah kol suami suruh balik n dalam masa yg sama kol kakak ipar utk dtg tgk bebi..so kakak ipar saya dtg..x tgk dah..terus tutup lampu,kunci rumah, bawak bebi masuk kereta and zaaaasss gerak ke Hospital Pakar Annur..dalam kete dah kaki pulak kejang..menurut adik ipar saya..sepanjang dalam kereta hampir 15 mini bebi diam x bergerak..bila dah sampai dekat PKNS tu baru la bebi bunyi n bergerak mcm biasa..so bile sampai ke Annur..dorg refer ke Ampang Putri..Ketika berada di Ampang Putri..2 ujian telah dilakukan..MRI dan EEG..kedua2nya menunjukkan Bebi normal..so discharge tanpa tahu punca kenapa bebi jd mcm tu..and doc pun x declare bebi kena sawan..

After 2 weeks..mmg genap 2 minggu..semalam..24 April..pukul 530 pagi..kebiasaannya adik ipar saya akan gosok baju lepas menyusukan bebi..tapi kali ni die x buat mcm tu..dia rasa x sedap hati..betul la mcm dia sangka..x lama tu bebi kejang..kali ni satu badan..so dorg terus bawak ke Annur..dekat annur bebi muntah dan still kejang..the worst part is dorg tunggu doc almost 20 minit..sabo je la haku..doc bagi ubat sawan kat bebi tapi still tak ok..so doc refer ke Hospital Serdang..nak naik ambulance pun nak kena tunggu jugak..so dorg gi Hospital sendiri je la..sampai Serdang..bebi still kejang lg..doc kat emergency bg oksigen n time ni mmg kesian..bebi dah berselirat dengan wayar mcm gambar kat bawah ni..

Adik ipar saya ckp bebi nangis lama..hampir 4 or 5 jam..and doc ckp mcm ade something yg abnormal masa bebi kejang..so doc decide utk buat CT Scan..lunch hour saya cabut pi tgk adik ipar di Hospital..Allahh...luluh rasa hati ni tgk dia menangis sorg diri sambil pegang handphone..sebak tatau cemana nak pujuk..maklum la..saya sendiri pun x kuat..dalam hati ada taman..lama saya temankan dia di hospital..belikan makanan..sbb dr pukul 5 td dia x makan apa2..time tu bebi lena tido sbb ubat tido pun x abis lg..n ptg ni jugak akan tau result ct scan..if result sumer normal..then doc decide utk ambik air tulang belakang..ini gambar bebi selepas CT scan..


By the time saya sampai di opis..status di FB adik ipar saya menunjukkan doc baru sudah ambik air tulang blakang dan bebi hanya akan sedar selepas 6 jam..Allah..kesiannya..x dpt saya bayangkan bagaimana tubuh sekecil itu menahan kesakitan..Allah..sembuhkan sofiyya khadeeja seperti sediakala..x sanggup saya melihat tubuh sekecil ini menanggung kesakitan..hopefully today doc dpt kenalpasti ape sebenarnya penyakit Sofiyya..buat kamilah dan izami..tabah..dan berdoalah yg terbaik utk sofiyya khadeeja..mohon teman2 blogger ada dpt mendoakan utk sofiyya khadeeja juga..will update soon result LP nanti..till next entry..


Sofiyya Khadeeja selepas proses mengambil air tulang belakang


Tuesday, April 24, 2012

Sofiyya Khadeeja..

Assalamualaikum


Sofiyya Khadeeja


Awal pagi dikejutkan dgn status fb..'Sofiyya Khadeeja kejang balik..'Allahuakhbar..belum sempat saya ceritakan bagaimana semua ni bermula..skrg benda ni berulang balik..Allah..x sanggup nak bayangkan bagaimana tubuh sekecil itu menahan kejang hampir 1 jam..kali ni sofiyya admited di Hospital Serdang..on d way ke pejabat kami bercadang nak singgah ke hospital..kesian pada adik ipar yg keseorangan..org tua jauh nun di terengganu..dulu sofiyya kejang sebelah badan..kali ni semua badan kejang hampir 1 jam..Masa admitted di Ampang Putri..sumer ujian menunjukkan keadaan kesihatan sofiyya normal..harap2 x de ape yg series n sofiyya khadeeja kembali sehat seperti sediakala..aminnn...buat mama n papa sofiyya..moga diberikan ketabahan utk menghadapi semua ujian ini..


Monday, April 23, 2012

Penat

Assalamualaikum

Mood pening sudah mari..so kite stop keje sekejap n gebang merapu meraban sket..alhamdulillah..almost 2 weeks saya mula bekerja setelah 3 bulan cuti menjadi seorang bibik bergajikan seorang pustakawan..heaven seyhh..oohh..tapi bila hari pertama mai keje..pengsan tgk bertroli tesis yg nak kejar dateline..semput semput..semua keje menunggu dateline..jumaat ari tu gatai ikut mama aboh pi famili gathering di Cameron Highland..oooohh..cite pasal Cameron pun x setle lagi..sile la bersabo ye kawan2..entry lain akan menyusul selepas ini..so stay tune..

Tuan tanah kedaung n bebi ashrof..iye..ini gambo paling latest saya..x yah nak kutuk..saya tau saye GOMOK..sekian terima kasih..

From Cameron Highland With Love





will story mory morning glory later...

Monday, April 16, 2012

April yg mendebarkan..

Assalamualaikum

Bulan lepas..Mac yang penuh dgn dugaan..suppose title entry ni pun sama dgn yg mac..bezanya ianya berlaku pada bulan april..lewat malam kami dikejutkan dgn berita SOFIYYA KHADEEJA..anak saudara encik suami..yg admitted di Annur Specialist Hospital..melihatkan gambar di bawah membuatkan badan saya seram sejuk dan x lena tidur..status yg tertulis di Facebook..baby kejang sebelah badan..Allah..anak itu sama usia dengan anak saya AMIR ASHROF..tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan adik ipar saya tatkala itu..sungguh...mlm itu mmg saya x dpt nak pejamkan mata..setiapkali bangun susukan baby saya akan online..mana tau ada status terbaru drpd mereka..yang pastinya malam itu mereka bermalam di Ampang Putri..


Keesokkan harinya sepatutnya saya sudah mula bekerja..tp memandangkan baby saya batuk berkahak..makanya saya EL..bawak baby jumpa doc..cadangnya ptg tu nak tgk adik ipar saya di ampang putri..tapi payah la pulak sbb ada anak kecil..lagipun ptg ni doc akan buat MRI pada sofiyya..kami di rumah berdebar sepanjang hari menanti result MRI sofiyya sambil berdoa moga takde apa2..



Setiap kali melihat gambar ni saya jadi sayu..gambar selepas MRI..mungkin ubat tidur yg diberikan terlalu kuat sehinggakan sofiyya tido utk satu jangkamasa yg lama..Alhamdulillah..result MRI semuanya normal..syukur ya Allah..esok sofiyya perlu melalui satu lagi ujian iaitu EEG..hopefully semuanya berjalan lancar..aminnn...

Gambar di atas diambil sebelum prosedur EEG dijalankan..Againn...Syukur alhamdulillah..ujian EEG semuanya normal..so doc decide not to give her ubat sawan sbb dorg pun x nak declare apa yg terjadi tu sawan..hopefully mender tu x berulang lagi..

Ini gambar beberapa hari selepas sofiyya discharge dr ampang putri..semoga sofiyya membesar dengan sihat..aminnnn....tengkiu kepada papa dan mama sofiyya kerana membenarkan saya merakamkan gambar-gambar sofiyya di sini..cerita mcm mana kejadian tu semua berlaku akan saya ceritakan kemudian sekiranya ada yg nak tau.. :)..till next entry..

Selawat Tafrijiyyah


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".




Friday, April 13, 2012

Love Story


Melly Goeslaw Feat Irwansyah - Love Story


Bila cinta endapkan semua harapan
Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu

Love story let’s make a history
Sejarah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah
Love story let’s make a history
Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
Namun cinta kita tetap akan utuh
Love story
Bila cinta (bila cinta) seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu (menggapaimu)

Tuesday, April 10, 2012

Mac yang penuh dengan dugaan..

Assalamualaikum

Saya tau blog saya dah berabuk..saya tau saya dah lama x update..bukan x de cerita..tapi saya syok sgt menjadi surirumahtangga bergajikan seorang pustakawan..HEAVEN seyyhhhh!!!!celik mata siapkan anak n suami..anak n suami kuar rumah tinggal saya ngan bebi je..time tu la saya mesin baju..jemur kain masak kemas umah bagai..tengahari suami n anak2 balik..mcm tu la rutin saya hari2..dan kerja saya di rumah makan jer..sampai la ni bdn masih terasa gemuk..padahal tgk dlm cermin KERING je..miahahaha...okeh..dah melalut..ini cerita bulan mac..kenapa penuh dgn dugaan..sbb mmg penuh dgn dugaan pun..cemana nak start erk??

Awal Mac kakak saya ada bgtau kelenjar leher syafiq bengkak..ada dlm 3 biji gitu la..paling besar 2cm..so dia dah bawak jumpa doc..dan doc bg antibiotik..complete dengan ubat demam sumer sbb syafiq demam selsema n batuk x silap...maafla kalo x tepat mana saya cerita...maklum la cerita dah basi..2 ari berlalu bengkak tu nampak makin ketara..mama aboh bawak syafik jumpa haji loqman sementara nak tunggu ari jumaat..lepas balik dr jumpa hj lokman kat Gombak tu kakak saya ambil keputusan bawak syafiq jumpa paed di azzahrah..aboh kol saya..time tu hujan renyai2..aboh kater doc suspect kanser..terkedu saya kejap..doc suruh tunggu sampai jumaat utk buat blood test..jumaat tu kakak saya ke azzahrah balik..tp saya pelik sbb awal nye dorg balik rumah..dah setle ke?rupanya doc refer syafiq ke SDMC..mama pun ikut skali ke SDMC..kat sana Syafiq dibawa berjumpa dgn doc chan..pakar kanser kanak-kanak..ambik darah..supposed result tau on the spot..tp mesin dorg lak rosak..so nanti dorg akan kol..kalo result ok dorg x kol..tp kalo result x cantik dorg akan kol cepat..rasanya seminggu jugak kakak saya berkampung di rumah mama...termasuk la saya..pagi sabtu or ahad saya pulang ke rumah utk basuh kain baju yg menimbun..keje rumah pun x setle lg saya dpt 1 sms dr kakak saya..result darah syafiq x cantik..adoooii..lepas baca msg dah jadik x keruan..saya tanya lagi detail...katanya darah putih rendah bla bla bla..doc nak buat ct scan n ambik air tulang blakang..doc suspect leukimia..adoii..lagi nak pengsan saya dengar..x lama tu aboh pulak kata...suara dah mcm nak nangis kater syafiq luekimia..saya cuba xplain kat aboh n tenangkan aboh..letak telefon terus saya ajak encik suami ke rumah mama n aboh..ye la..keadaan ari tu dah x keruan..kat rumah mama saya cuba bg semangat kat semua org padahal dlm ati ada tamannn..

Ni catatan 5 Mac yg saya simpan dalam handphone saya..saya tuliskan kat sini..rentetan dari kejadian di atas..

pagi ni semua nampak xkeruan..angah n shahril cuba berlagak seperti biasa walaupun hakikatnye masih terserlah kerunsingan di wajah masing-masing..mama cuba berlagak seperti kuat..tapi pada hakikatnye lemah di dalam..Allah...remuk rasa hati ini melihatkan anak sedara kesayangan terbaring lemah tidak bermaya..kesian..sudahlah demam..malah dipaksa berpuasa pula...Allah..sembuhkanlah anak kecil ini..tidur malamnya terganggu dek ruam-ruam merah yg timbul di seluruh badan..kesian melihat jari jemari kecil itu menggaru di segenap badan..saya duduk di sisi syafiq..lembut saya berbicara seakan memujuk supaya dia tido..tido la sayang...maklang tolong gosokkan ya??dalam gelap malam hanya ditemani cahaya tv..terbaring lemah kakak yang saya kasihi..matanya terpejam rapat tapi saya tau..hatinya runsing memikirkan apa sebenarnya penyakit yang ditanggung oleh sang anak..allahuakhbar...di rumah sang atok sedih memikirkan keadaan cucu yang dikasihi..seumur hidup belum pernah saya melihat aboh menangis..tapi hari ini airmata aboh mengalir menahan sebak tatkala mengkhabarkan berita ini kepada adik beradik di terengganu..Allah...hanya padamu tempat kami bermohon..sembuhkanlah SYAFIQ EMRAN..permudahkanlah dan tabahkanlah hati kedua orang tuanya..sesungguhnya hanya padamu tempat kami bermohon ya Robbb!!



Gambar di atas dirakamkan selepas selesai menunaikan solat hajat beramai-ramai di rumah mama sehari sebelum prosedur mengambil air tulang dan ct scan..

Keesokkan paginya..awal pagi dorg dah gerak ke SDMC..dlm pukul 10 mama telefon membawa perkhabaran positif..doc tak jadi ambil air tulang belakang sbb bengkak dah makin surut..limpa dah x bengkak..cuma hati still bengkak sket..n bintik2 di badan syafiq adalah kesan dr allergic salah satu antibiotik..Alhamdulillah..syukur ya ALLAH..hasil dr pemeriksaan lanjut doc..syafiq cuma mendapat jangkitan virus..virus yg jenis lambat baik sket..hingga saat catatan ini ditulis..bengkak di leher syafiq masih ada..tp sgt kecil dan semakin surut..terima kasih Tuhan kerana memakbulkan doa kami semua....

entry lain akan menyusul lagi..so stay tune..