Thursday, July 26, 2012

Anak Itu Kupu kupu Syurga

Assalamualaikum

Sempat menjenguk ke blog teman pd ptg ni..hati sedikit tersentuh bila ada yg tergamak mengata yg bukan-bukan tentang kanak-kanak..Tidakkah mereka tahu..Anak itu KUPU-KUPU SYURGA?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.

Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanakkanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"

Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Sumber: Pakcik Google

Fadhilat Surah Al-Kafirun

Assalamualaikum

Sekarang baru saya tau kenapa setiap kali saya bertanyakan surah apa yg sesuai dibacakan dalam solat..encik suami selalu suruh baca surah nii..



Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:

•Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.

•Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.

•Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.

1. Menyamai Seperempat Al-Qur’an

•Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.)

•Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim).

•Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).

•Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)

2. Membebaskan Diri Dari Kesyirikan

•Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.” (al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah.”

•Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).

•Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” (H.R. al-Tirmidzi)

3. Sunnah Membaca Bersama Surah Al-Ikhlas

Disunnahkan membacanya dalam solat dua raka’at sebelum Tawaf. Hal ini berdasarkan riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Jabir bahwasanya Rasulullah SAW pernah membaca keduanya. Demikian juga, disunnahkan membaca keduanya pada solat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dalam Shahîh Muslim.

•Dari Abu Hurairah ra. Berkata, “Rasulullah SAW telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar.” (HR. Muslim).

•Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah SAW membaca surah al-Ikhlash dan al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (HR. Ahmad)

•Dari ‘Aisyah r.ha. Bahawa Nabi SAW bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).

•Dari Ibnu Masud katanya, “Rasanya tidak dapat saya hitung betapa kerapnya saya mendengar Rasulullah SAW dalam kedua rakaat solat sunat sesudah solat Maghrib dan kedua rakaat sunat sebelum fajar, membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad.” (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi).

•Nabi pernah mendengar seorang sahabat membaca surah pertama (Al-Kafirun) pada raka’at pertama, lalu Baginda bersabda, “Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.” Seterusnya, ia membaca surah kedua (Al-Ikhlash) pada raka’at kedua, lalu Nabi bersabda, “Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya.” (HR. Thahawi, Ibnu Hibban dalam Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).

•Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlash dalam solat fardhu, Allah akan mengampuni dosanya dan dosa orang tuanya. Dan ia tidak akan melahirkan anak yang celaka, walaupun semestinya anak itu tergolong pada anak yang celaka, Allah SWT menghapusnya dari lembaran catatan orang-orang yang celaka dan menetapkannya di lembaran catatan orang-orang yang bahagia, menghidupkannya dengan kehidupan yang bahagia, mematikannya sebagai syuhada’, dan membangkitkan (dari kuburnya) seperti orang yang syahid.” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 127).

•Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., dari ayahnya berkata: “Surah Al-Ikhlash adalah sepertiga Al-Qur’an dan surah Al-Kafirun seperempat Al-Qur’an.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/687).

•Dari Ali r.a., “Seekor kalajengking menyengat Rasulullah SAW beliau segera meminta air dan garam, yang dipergunakan untuk mengusapnya sambil membaca surah Al Kafirun, Al Falaq dan An Naas.” (HR. Thabrani).

Sumber: shafiqolbu

Wednesday, July 25, 2012

Bukan mudah menjadi seorang ibu..

Assalamualaikum

Pertama kali disahkan mengandung hati berbunga riang..sungguh..mmg itu yg saya nanti-nantikan..tapi bila mengenangkan tanggungjawab berat yg bakal saya galas..hati sedikit risau..mampukah saya?Bila saya sudah punya 3 anak..baru saya tau betapa susahnya mama membesarkan saya adik beradik..dengan pelbagai karenah...setiap kali anak-anak saya demam..mama akan kata..mcm tu la mama rasa..penat mcm nak tumbang..sorg demam...berjangkit ngan yg lain..Allah..penat mmg penat..kalau la saya tau betapa besarnya pengorbanan mama membesarkan saya..SUMPAH saya tak NAKAL n buat mama susah hati..Bila dah bekerja..merasa la bagaimana menanggung perasaan bila anak tak sihat tapi diri sendiri terpaksa datang bekerja..Allah..saya benar2 rasa mahu berhenti kerja setiap kali memikirkan benda ni..Bersalahnya rasa bila terpaksa menghantar anak yg tidak sihat ke rumah pengasuh..namun saya tabahkan hati walaupun terpaksa mendengar suara anak meraung-raung memanggil nama ibu..maafkan ibu sayang..ibu perlu bekerja utk menyediakan segala keperluan anak-anak ibu..Saya tau..pasti ada suara-suara sumbang yg akan berbunyi..org lain ada anak jugak..tp x der pulak slalu cuti dan EL..setiap org Tuhan turunkan ujian yg berbeza..mungkin KAMU yang berkata-kata itu...belum pernah diturunkan ujian-ujian seperti kami ini..Apa pun itu rezeki kamu..dan saya cukup bersyukur dengan apa yg Tuhan berikan kepada saya kerana saya tau..setiap ujian yg Tuhan turunkan ada hikmah disebaliknya..rehat td mendengar cerita seorang teman tentang anaknya..Allah..hati saya sedikit tersentuh..kesian..kalau saya ditempatnya sudah tentu saya juga tidak keruan..Seorang ibu sanggup lakukan apa saja utk anak-anaknya..Kak Na..kamu mmg seorang Ami yg kuat..kagum melihat kamu menguruskan anak-anak..walaupun hati risau tapi kamu masih mampu tertawa..Besar pahala yg seorang Ibu dapat apabila menjaga anak yg tidak sihat...Semoga Tuhan permudahkan segala urusanmu wahai kakak..

Monday, July 23, 2012

Dugaan Awal Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat berpuasa kepada semua teman blogger..maaf lambat wish..bukan apa..banyak benda yg berlaku lately ni..minggu lepas 4 hari saya tidak masuk ke pejabat..maaf boss...anak saya Ashrof tak sihat..bermula dgn flu..lepas tu demam..pagi selasa tu saya bawak ke pakar kanak-kanak Azzahrah..seperti yg dijangka..utk selsema saya cuma diberi ubat spray hidung..nasal spray tu..redho je la sbbnye baby mmg x buleh makan ubat selsema..selain dr selsema..tekak pun merah..batuk..dan demam..so nak tanak doc on antibiotik utk tekak yg merah tu..bermula la episod ibu berjaga malam gara-gara Ashrof yg tak boleh lena nak tido..kesian bile tengok bebi tido menonggeng..tido x sampai setengah jam merengek nangis..blakang ibu ni jgn ckp la..rasa mcm nak patah duk dukung Ashrof yg dah 3.2kg..sabar je la...terima dengan rasa syukur ujian yg turunkan walaupun hati sedikit SEBEK..x per..tuhan rindu nak mendengar rintihan dan doa drpd kami berdua..sebab tu kami diturunkan ujian.. :) Ini la cabarannya membesarkan anak-anak..bukan senang nak membesarkan anak-anak..Sepanjang cuti segera..Ashrof dan Yusuf saya jaga sebaik mungkin di rumah..walaupun sedikit penat..tp demi anak-anak..saya gagahkan juga..Sambil jaga anak..x lupa juga saya masak utk kakak dan ayah encik suami yg datang bertandang menjenguk adik ipar di hospital..alhamdulillah..walaupun sedikit penat masih diberikan sedikit kudrat utk meraikan adik beradik yg dtg dr jauh..Hari Khamis masih tiada perubahan pd Ashrof..air liur masih meleleh, hidung tersumbat..dan paling merisaukan dia sudah mula kurang menyusu..Allah..hati saya mmg x keruan dah saat itu..lantas saya mintak encik suami bawa saya dan Ashrof sekali la ke pakar kanak-kanak Azzahrah..kali ni doc cuma tukar ubat batuk..tuka bg Ventolin pulak dan ubat spray utk kebaskan mulut Ashrof time menyusu..Allah..saya pulang dengan rasa hampa dan risau..dalam kerisauan saya panjatkan doa moga2 demam Ashrof kebah dan mula menyusu seperti biasa..Alhamdulillah..Sabtu pg Ashrof nampak semakin sihat..demam dah baik..cuma skali skala kedengaran batuk berkahar diselang seli dengan bunyi dengkuran gara2 hidung tersumbat..Hari ini..Isnin saya kembali kerja seperti biasa..cuma hati skali skala teringatkan Ashrof di rumah pengasuh..moga-moga x der lagi jangkitan selsema dan batuk drpd rumah pengasuh..mengenangkan Yusuf yg batuk2 bermula dr malam td..dan mengenangkan anak dara saya A'eishah Naqiyyah yg berpuasa di rumah..mampukan dia bertahan pd hari ini?harap2 Eishah mampu bertahan..Entry Puasa Pertama A'eishah Naqiyyah akan say UP bila ada masa terluang nanti..






Nasi Arab utk adik beradik dr Trg

Thursday, July 12, 2012

Semoga Kuat Semangat Sayang..Part II

Assalamualaikum

Ptg smlm keadaan Sofiyya kembali tak stabil..tidak sedar, kejang, menangis dan bg respond sekejap..kemudian mender yg sama berulang sebanyak 3x..Allah..tak terbayang bagaimana tubuh kecil itu menahan kesakitan..Ya Allah..kurangkanlah kesakitan yg terpaksa tubuh kecil itu tanggung ya Allah..Malamnya..Sofiyya tidur lena..keletihan mungkin..dan skrg Sofiyya dirawat sebagai pesakit Meningitis..Pagi td saya menelefon Kamilah bertanyakan khabar..alhamdulillah..nampak semuanya ok..Tghari saya dpt sms dr encik suami..Kamilah menangis meminta pendapat drpd encik suami..Doc minta kebenaran untuk ambil air tulang belakang buat kali ke 2..Allah...sungguh saya tak terkata...Ya Allah..permudahkanlah segalanya Ya Allah..mohon rakan blogger mendoakan semoga Sofiyya Khadeeja pulih seperti sediakalan dan dikurniakan ketabahan buat papa dan mama Sofiyya..

 Lena..gambar ptg smlm..

 Gambar di Emergency pagi semalam..

Beberapa hari sebelum kejang kembali semalam..


Sumber Gambar: Handphone Papa Sofiyya Khadeeja

Wednesday, July 11, 2012

Doa-Doa Yg Mustajab

Assalamualaikum

Doa-Doa Yang Mustajab

Beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:

1. "Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

2. Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
3. Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

4. Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:

"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.


Sumber: iluvislam


Semoga Kuat Semangat Sayang..

Assalamualaikum

Ntah kenapa setiap kali kalau dpt panggilan dr adik ipar..hati saya pasti resah dan berdebar2..sungguh..perasaan itu mmg saya tak dpt nak elakkan..Sabtu malam..kami dpt satu panggilan dr nombor yang tidak dikenali..Allah..rupanya adik ipar saya yang call...mereka skrg di ward..Sofiyya Khadeeja kejang lagi..Allah..hanya itu yg terkeluar dr mulut saya..tak dapat dibayangkan saat ini bagaimana adik ipar saya Kamilah di sana..semoga dipermudahkan segala urusan mereka..pagi ahad saya sms bertanyakan khabar baby..Allah..yg saya dpt hanyalah..baby tgh kejang lagi sekarang..Ya Allah..kasihanilah tubuh kecil itu Ya Allah..kurangkanlah kesakitan yang ditanggungnya Ya Allah..Ahd pagi itu Sofiyya kejang 2x..niat dihati mmg nak menjenguk adik ipar di hospital..tapi apakan daya..saya punya 3 anak kecil yg perlu diuruskan..hanya suami yang ke hospital menjenguk mereka..pagi td..ada miscall di handphone encik suami..misscall dr adik ipar..bagitau mereka dah discharge..hati ini rasa sedikit lega..tapi menjadi risau semua bile dia memberitahu mereka skrg berada di emergency..kerana Sofiyya Khadeeja kejang lagi pagi ni..Ya Allah..hanya padamu tempatku bermohon ya Allah..permudahkanlah urusan mereka ya Allah..serta sembuhkanlah Sofiyya Khadeeja ya Allah..InsyaAllah..x der aral melintang..tghari ni saya cuba jenguk mereka di sana..buat teman2 blogger..tolong doakan supaya Sofiyya Khadeeja sembuh seperti sediakala..terima kasih..

 Sofiyya Khadeeja cuba distabilkan di Emergency Room..

Semoga kuat semangat sayang..


Sumber gambar: Dari handphone PAPA SOFIYYA KHADEEJA

Tuesday, July 10, 2012

Waktu-Waktu Mustajabnya Doa

Assalamualaikum

 Waktu-Waktu Mustajabnya Doa

1. Satu pertiga malam

Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:

 Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

2.  Sewaktu hujan turun

Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

3.  Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat

Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

4.  Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat

Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

5.  Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

6.  Setiap sujud di dalam setiap waktu solat

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

7. Waktu dhuha

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

1.  Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

2. Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya.

3.  Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.

Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

4. Menghulurkan pertolongan.

Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

5.  Sabar.

Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Sumber: iluvislam

6 cara membuatkan anak merasa disayangi

Assalamualaikum

6 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

Sumber: iluvislam


Friday, July 6, 2012

Satu Masa Dulu..

Assalamualaikum



Home Made Food

Assalamualaikum

Sebagai seorang ibu..sudah semestinya kita mahukan yg terbaik untuk anak-anak..ibu-ibu yg pertama kali mempunyai anak sudah tentunya teruja untuk menyediakan makanan bayi seawal umur 6 bulan..begitu juga saya..Alhamdulillah..4 hari lg Ashrof bakal  berusia 6 bulan..lama saya google dalam internet..cuba compile segala mcm resepi yg sesuai utk bayi umur 6 bulan..akhirnya..alhamdulillah..terjumpa satu bahan dalam bentuk pdf..sharing is caring..so di sini saya sertakan link untuk ibu-ibu di luar sana download buku resepi ni..selamat mencuba resepi baru untuk anak-anak..Andaikata x dpt nak download..boleh tinggalkan komen di sini..InsyaAllah saya akan emailkan resepi tersebut..


Nasi Arab Kabsah

Assalamualaikum

Alhamdulillah..Syukur pd MU ya Allah..kerana pada tahun ini diberikan kesihatan yang baik utk kami terus melakukan amal ibadah kepadaMU..di bawah adalah menu berbuka puasa hari yg ke 6 saya dan encik suami..Nasi Arab Kabsah..sebelum nak jadi nasi arab ni..mcm2 yg jadi..adoii..x pasal2 encik suami namakan nasi arab ni NASI ARAB FIGHT..maybe kerana masa nak buat tu masing2 ikut kepala sendiri..apa pun outputnya sangatla sedap..kami x makan sorg..malah kami ajak skali adik bradik yg lain makan..alhamdulilah..semua makan bertambah-tambah...so kat bawah ni saya selitkan resepi..mana tau kot ada yg nak cuba..selamat mencuba..



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Resepi Rempah Kabsah

Bahan - bahan:


1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan

Resepi Salatah

PENYEDIAAN SALATAH


* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* 1/2 biji bawang besar
* sedikit daun ketumbar
* lemon
* garam & gula secukup rasa

 Cara-Cara:

1. kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.


Sumber: Resepi Raidah



Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Assalamualaikum

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”

Huraian

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sumber: JAKIM

Thursday, July 5, 2012

Butterfly OST Melly Goeslow feat Andhika Pratama



Sayang..

Assalamualaikum

Tempoh hari..

A'eishah: Ibu ni..kalau dengan bebi senyum je..
Ibu: Terdiam kelu x terkata..

Aeishah sayang..andaikata satu hari nanti A'eishah dah besar dan terbaca coretan ibu ini..ibu nak A'eishah tahu..A'eishah la anak yg paling ibu sayang..sama seperti mana ibu sayangkan adik Yusuf dan Adik Ashrof..Maafkan ibu kalau kadangkala perbuatan ibu membuatkan kadangkala A'eishah rasa A'eishah diabaikan..terasa seperti tidak di sayangi..Setiap kali solat ibu x pernah lupa doakan untuk A'eishah dan adik-adik..Itulah tandanya yg ibu terlalu sayangkan A'eishah dan adik-adik..Setiap saat A'eishah dan adik-adik dekat di hati Ibu..Keutamaan Ibu tetap pada anak-anak Ibu..A'eishah jangan pernah sesekali rasa yg ibu x sayangkan A'eishah sayang..Ibu mohon maaf sekiranya apa yg Ibu lakukan selama ni membuatkan A'eishah terasa seperti disisihkan..maafkan Ibu sayang..Puasa dah hampir..tahun ni kita puasa sama2 sayang..Ibu akan ajar A'eishah untuk menjadi muslimah sejati..Anak yg solehah dan taat pada Ibu dan ayah...kerana A'eishah dan adik-adik la satu2nya yg Ibu ada untuk mendoakan Ibu dan Ayah bila kami di SANA..Semoga A'eishah menjadi seorang anak Penyejuk hati Ibu dan Ayah..Ibu dan Ayah nak A'eishah tahu..Ibu & Ayah sayangkan A'eishah dan adik2..sayang sangat..


Salam Kasih Sayang,
Ibu
Catatan 5 Julai 2012 (10.54 pg)

Kasih Hingga Ke Syurga..

Assalamualaikum

Insan yang bergelar SUAMI yang sanggup berkorban apa sahaja untuk ISTERI tersayang..
Berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..