Tuesday, September 25, 2012

Lepaskan...


Assalamualaikum

Di sini kehidupan pertama saya bermula..di sini terlalu banyak yg saya pelajari..di sinilah saya belajar hidup berkeluarga..berdiri di atas kaki sendiri..dan di sini jugalah penuh dengan 1001 kenangan..baik suka atau pun duka..berat..mmg berat untuk saya lepaskan satu-satunya harta yg saya ada..hasil titik peluh sendiri..hasil pertama yg saya ada sejak mula bekerja..rumah ini sama usianya dengan anak saya YUSUF..kami berpindah di sini saat saya sarat mengandungkan YUSUF..rindu..sungguh saya rindu..setiap kali berada di sini..satu perasaan aneh akan muncul..Allah..seronoknya berada di rumah sendiri..anak-anak gembira berlari ke sana ke mari..rindunya saya pada suasana di rumah ini satu masa dulu..di sinilah kami temui ramai jiran yg sekepala..di sini jugalah ikatan silaturahim itu terjalin..mungkin ramai yg tertanya kenapa saya menyewakan rumah ini..saya punya alasan yg tersendiri..cukuplah saya sendiri yg tahu..tak perlu saya kongsikan di sini..moga jodoh kita masih kuat wahai rumah kerana saya benar2 sayangkan kamu dan hati ini terlalu berat untuk melepaskan kamu..semoga siapa pun tuan kamu nanti dpt menjaga kamu dgn baik seperti mana saya dan encik suami menjaga kamu dulu..ada jodoh..saya pasti akan kembali ke sini..PASTI..

Monday, September 24, 2012

Kuat..

 Assalamualaikum

Kadangkala kita rasa kita kuat..padahal tak kuat mana pun..bila Tuhan turunkan musibah..dan dan tu lah tiba-tiba kita rasa seperti jatuh tersungkur..serentak dengan itu kadangkala terasa macam tidak adilnya dunia ini..padahal kita tak nampak sebenarnya byk sudah nikmat dan hikmah yg Tuhan berikan..cuma kadangkala kita tak nampak sebab terlalu meratapi dan menangisi atas apa musibah yg telah DIA turunkan..naiiffffnya kita..Orang selalu kata..sabar..ada hikmah disebaliknya..hati mudah nak menerima..tapi bila tiba masanya otak seakan menolak dan automatik semangat menjadi selembik agar-agar..apa yg saya tulis pun saya tak tahu..mungkin sekadar cuba meluahkan apa yg terbuku di hati...sorii..

Friday, September 21, 2012

Hati..



 Assalamualaikum

Bila mana hati resah gelisah..lidah kelu untuk berkata-kata cuba mencurahkan apa yg terbuku di hati..jari-jemari laju menaip cuba meluah dan berkongsikan apa yg terbuku di hati..Allah..emosi oh emosi..tolonglah stabil kerana banyak kerja yg perlu saya selesaikan di pejabat..otak yg ligat berfikir menyebabkan saya sendiri tidak tahu apa yg saya cuba sampaikan kepada pelajar..pandangan terasa kosong..manakala jiwa terasa kacau bilau..selagi mana masalah dalaman diri tidak selesai..lagi itu la keadaan saya akan berterusan sebegini..Allah..sungguh..saat ini hanya satu yg saya mahu..BERHENTI KERJA..bodohkah saya kerana memilih jalan itu?mungkin bg orang lain BODOH..tapi bg saya..kerjaya mendidik dan membesarkan anak-anak lebih memberikan kepuasan kepada diri saya..Alahai..apakah yg sedang kamu lakukan di rumah wahai anak? Bagaimana kamu di sekolah hari ini?sudah mandikah yusuf?Ashrof tgh buat apa?Sungguh...setiap minit dan saat ibu x sudah2 memikirkan kamu bertiga..semoga kamu bertiga baik2 saja di rumah..

Thursday, September 20, 2012

Persoalan..

Assalamualaikum

Sejak smlm dan hari ini ramai yg private msg saya di FB bertanyakan apa yang terjadi..cukuplah saya luahkan di sini saja..cukupla saya luahkan serba sedikit apa yg bersarang di hati saya..sekurang-kurangnya saya rasa sedikit lega..maaf..bukan saya tak mahu berkongsi..tapi masanya belum tiba dan banyak lagi urusan yg perlu saya selesaikan..saya perlukan sedikit ruang..untuk saya kumpulkan kekuatan untuk melalui ujian yg kedua..maafkan saya sekali lagi..Buat anakku Ashrof..andaikata satu hari nanti kamu terbaca catitan ibu ini..ibu nak kamu tahu...ujian pertama telah pun kita laluinya bersama..bulan 10 ni kita bakal lalui ujian yg kedua..semoga Tuhan sentiasa memelihara kamu sayang..kita akan lalui semuanya bersama..itu janji ibu pada kamu..



Akhirnya..

Assalamualaikum

Photo: masih di sini..


Akhirnya hari itu tiba jua..saya tau..lari ke mana sekalipun saya kena jugak tempuh hari itu..berdebar?mmg berdebar sehinggakan tidur malam saya terganggu..mcm2 yg bermain dalam fikiran..Allah..permudahkan segalanya Ya Allah..Peliharakan anakku ya Allah..Pagi itu kami bangun seperti biasa..sama seperti org yg berkerja..kerana saya perlu mendaftar terlebih dahulu di klinik pakar..lagi pula temu janji kami pada hari itu seawal 8 pagi..Tiba di ruang pendaftaran..sewaktu beratur mengambil nombor giliran..jantung terasa mahu berhenti..mulut x sudah2 menyebut Ya Allah..Ya Allah..di depan mata saya menyaksikan 2 org pakcik yg sudah berumur jatuh terlentang ke belakang sewaktu menaiki esklator..panik?mmg panik..kelihatan 2 org staff yg bertugas cuba membantu 2 org pakcik tu..lutut saya secara automatik menggigil..selesa mendaftar kami terus ke tingkat tiga..kami dpt no yg paling awal..8001..tapi seawal hampir pukul 9 baru no kami di panggil..ujian pertama ialah utk melihat tahap power mata anak saya..3 kali ubat dititikkan ke dalam mata utk mengembangkan anak mata..setiap 10 minit doc akan panggil utk titikkan ubat ke dalam anak mata ashrof..dan setiap kali itu la ashrof akan menangis kerana ubat itu sedikit pedih..hasil drpd ujian pertama..ALLAHMDULILLAH...power mata Ashrof normal utk umurnya..Ujian kedua..kami diarahkan utk ke bilik 40 berjumpa dengan pakar..di sini nanti pakar akan lihat urat mata Ashrof..sepanjang berada dalam bilik pakar..kaki seakan tidak boleh berdiri kerana..kaki saya tidak berhenti menggigil..saya cuba fokus dgn setiap ujian yg doc lakukan ke atas ashrof dan sedaya upaya saya cuba fahamkan apa yg cuba doc terangkan..Selesai mendengar penerangan pakar..kami diarahkan utk ke bilik 86..di sini nurse akan titikkan ubat utk mengembangkan anak mata Ashrof..skali lagi Ashrof menangis..sabarlah sayang..ini semua utk kebaikan kamu..anadaikata semua kesakitan itu dpt ibu pindahkan kepada ibu..ibu rela sayang..disebabkan anak mata ashrof masih belum mengembang..skali lagi ubat dititikkan..sedang Ashrof lena dalam tidurnya..doc pakar datang..pd mulanya Ashrof tidak dikejutkan..tapi saat doc mula pegang mata Ashrof..Ashrof terjaga..nak tak nak..doc terpaksa bungkus Ashrof dalam selimut..Allah..hampir luruh airmata melihat Ashrof menangis kuat..kaki saya x berhenti menggigil membuatkan saya terpaksa mundar mandi di dalam bilik tersebut..dalam hati..saya menangis..sungguh..mmg saya sedih..Doc ambil masa agak lama utk memeriksa urat mata Ashrof..selesai semuanya doc arahkan kami ke biliknya..Allah..berdebarnya..Allah..permudahkan segalanya Ya Allah..Hasil dari pemeriksaan doc..urat mata Ashrof semuanya normal dan ok..Sebelum ni doc ada memberitahu kami..mata kiri Ashrof sedikit berat..bukan dia tidak menggunakan langsung mata kirinya..dia ada menggunakan mata kirinya..tetapi sedikit berat..lebih cenderung menggunakan mata kanan..Doc menyerahkan sehelai surat kepada kami..ada 1 lagi ujian yg perlu dijalankan di klinik swasta..hasil ujian drpd klinik swasta nanti akan diserahkan pd doc utk temujanji pada november nanti..pada masa itu la nanti doc akan decide apa rawatan yg diperlukan sama ada perlu observation lagi..operation etc..Allah..tamak ke saya Ya Allah..mcm2 yg saya minta...sepatutnya saya bersyukur sekurang-kurangnya power mata dan urat saraf mata Ashrof normal..Maafkan hambamu ini Ya Allah kerana kadangkala terlalu tamak meminta terlalu banyak benda daripadaMU..15 Okt ni kami akan ke klinik pakar di Jalan Ipoh..semoga dipermudahkan segalanya ya Allah dan semoga menemui rawatan yg terbaik buat anakku AMIR ASHROF..aminnnnnn..

Tuesday, September 18, 2012

Berdebar

Assalamualaikum

Hari ni hari Selasa..Esok saya bercuti..ada benda penting yg perlu saya lakukan esok..Sejak Jumaat lalu hati saya x keruan..maaf pd pelajar-pelajar baharu..sungguh..saya mmg tidak fokus tatkala mengajar mereka..saya tatau apa yg saya terangkan..fikiran saya kacau bilau..hari ini..dalaman saya selembik agar-agar..Allah..tenangkan hatiku Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan ya Allah..Hati saya tertanya2..apakah prosedur yg akan dilakukan esok..adakah prosedur itu akan menyakitkan anak saya atau tidak..Semoga tuhan sentiasa memelihara kamu wahai anak..Ibu x pernah putus berdoa untuk kamu..

Friday, September 14, 2012

Sekadar Renungan..

HARTA paling bernilai yg IBU miliki..

Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu
Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun.
Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya
Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH.
Pada 4 bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi S.A.W. Dan pada 4 bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan 4 bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)