Showing posts with label Yusuf Rif'at. Show all posts
Showing posts with label Yusuf Rif'at. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Yusuf Rif'at & Sunat

Assalamualaikum


10 Disember baru ni abg Yusuf sunat.Aku dan encik suami x de plan langsung nak sunatkan dia. Kebetulan anak sedara aku si Syafiq nak sunat on 10 Disember tu..sejak dia tahu Syafiq nak sunat, hari-hari dia zikir nak sunat.Penyudahnya masa hari kejadian Yusuf melalak mintak sunatkan dia.Haa..ko nak sunat sgt kan??Makanya gigih la aku call Azzahrah..tanya buleh tak kalau nak tambah sorang lagi calon utk bersunat..eh.Sib baik buleh..member terus senyum lebar. Frankly speaking aku mmg tak ready langsung Yusuf nak sunat. Aku takde buat homework apa-apa tentang sunat baik dari segi penjagaan, pemakanan..semua aku tatau.


Lepas solat zohor kitaorg terus gerak ke Azzahrah. Yusuf mmg cool habis. Ceria & bermain macam biasa. Takde nampak gelabah or takut. Mayb sbb ada geng kot.Memula Syafiq yg masuk bilik prosedur dulu.Syafiq keluar tu aku tgk masih mampu senyum walaupun mata bergenang mcm nak nangis.Time ni aku dah rasa lain mcm.Debar gitu mengenangkan cemana la encik suami dengan Yusuf dalam bilik prosedur.Tiba-tiba aku dengar suara org menjerit dlm bilik rawatan.Ahhh sudah..anak aku dah mula menjerit ni.Mundar-mandir aku duk depan pintu bilik rawatan. Macam-macam yg aku dengar. Antaranya sakit ayah..sakit doktor..tanakkk..menjerit mmg banyak laaa...last aku dengar Yusuf menjerit Allahuakhbar 2x..Tak lama tu pintu bukak..Yusuf lap airmata..Gigil lutut aku ni haa..😓😓😓😓


Aku terus setle bill meanwhile encik suami terus bawak Yusuf masuk dlm kereta.Nak tunggu bil & ubat sket punya lambat.Encik suami siap msg bgtau Yusuf dah meraung2 dalam kereta..menggigil tahan sakit. Dapat je ubat aku terus berlari menuju kereta & terus bagi ubat kat Yusuf.Sepanjang dlm kereta dia nangis. Mmg nampak dia trauma. Mcm aku kata tadi..aku x prepare lgsg utk sunat Yusuf. So by the time ko sampai rumah ko tatau nak letak anak ko kat mana..nak sangkut kain kat mana. Sib baik la ada atuk & nenek yg genius. Ko duduk bawah meja je laa ye bang..pastu tutup meja dgn selimut nak cover bird tu haa..kakakaka..Apa pun ni 1st pengalaman aku anak bersunat. Mmg horror weiii..Untuk panduan korg yg nak sunat anak..aku ada tepek beberapa info kat bawah.Kena ready mental & fizikal hokeh!💪💪💪


Takyah sangkut kain bagai..ko kasik je dia duduk bawah meja tu ha..pastu tutup meja pakai selimut.Setle!😜😜😜😜

Apa itu berkhatan dan mengapa ia perlu
Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala zakar. Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat dimana kotoran, virus dan najis terperangkap. Beberapa faedah yang telah dibuktikan termasuk:

Jangkitan saluran kencing (UTI)
10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing.

Kanser alat kelamin
3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.

Penyakit kelamin

Mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis STD iaitu HIV, syphilis (2 kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).

Phimosis

Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling zakar dan aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu zakar mati jika tiada rawatan.

Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)

Keradangan hujung zakar dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan dapat menghindari pengulangannya.
Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satupun belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Prosedur Berkhatan
Prosedur berkhatan agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara:

Kaedah khatan konvesional atau ‘dorsal slit’
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.

Kaedah ‘laser’
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.
Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam apabila telah baligh, dalam linkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika anda ingin melakukan khatan pada bayi.

Penjagaan selepas berkhatan
Ibubapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:

Bersih dan kering
Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi.
Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari.Secara umunya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.


Pengambilan ubat
Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim.

Biarkan mereka berehat
Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengka surut sepenuhnya.

Berpakaian longgar
Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari.

Bertemu doktor
Dapatkan nasihat doktor jika:
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
• bengkak berterusan selepas 2 minggu
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

 Sumber: The Asia Parent

Kla..Aku tau aku dah lama x update blog.Bukan takmo update.Tapi hujung tahun aku sibuk siapkan report & kpi yg nak dicapai..Kang aku sambung lagi..till next entry..babaiiii


Friday, April 1, 2016

Yusuf graduation day

Assalamualaikum 

Ini pun cerita tahun lepas...abg yusuf dah darjah 1 pun tahun ni..Yusuf tadika dekat sini masa umur 4 thn...sampai le 6 thn..huuuu..gigih..3 thn kottt...dah sama mcm masa ibu diploma dulu..kebetulan time konvokesyen tu ibu masih on maternity leave..so gigih laaaa maii tgk anak konvo..zaman2 kita dulu mmg x do la ni semua..takat pegang sijil je seketul..jubah2 nan hado...untung budak2 zaman skrg...baru 6 thn dah pakai jubah konvo..mcm yusuf ni..dah 3x pakai jubah...kikiki..ni kira btol2 konvo le ni sbb tahun depan dah sekolah rendah...jom layan gambo..


Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS Dun Bangi

Macam2 kaler jubah ada youuu...tadika kemas yusuf jubahnye kaler hijau..kemain menyerlah lg dlm gambo..sebelah Yusuf tu Dania..sepupu Yusuf merangkap anak sedara saya..

Aeishah, Ibu dan Yusuf..sile abaikan muke tombam ibu..

Thursday, December 4, 2014

Yusuf Rif'at dan benjol

Assalamualaikum

Oiiii...banyakknye laa draft dalam belog i ollssss..banyaknye hutang entry..anak teruna ni dah beso panjang dah heh..tahun depan sudah 6 tahun..ini entry zaman bile ntah tersimpan dalam draft tu haa..belek2 kat post..mak aiiii..banyoknye draft...banyoknye entry x update..alang2 gambo dah ade dlm dratf..publish kan ajoo...tapi sorii..mmg x ingat langsung ini member umur baper tahun la time nii..gamaknye 5 thn or 4 thn kot..


Gambar ni encik suami yg send...anak teruna ni meraung2 nangis..sbb apo..sbb dagu luka main pisau cukur ayahnye..penyudahnye ayah ye tepek plaster..dah  jadi rupe itu...


Si Yusuf dan benjol mmg x dapat dipisahkan..selain drpd main periuk belanga..beliau juga suke buat aksi terjun tiruk di merata-rata tempat..akibatnya adalah seperti di atas...ayahnye pulak suke beno amik gamboo...elok ibu dah sapu gamat ayahnye amik gambo..terpaksa pasrah tgk kamera..dah mcm bola golf pulak haku tengok melekat kat dahi tuu..akakakaa...


Wednesday, October 30, 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013 @ KEMAS

Assalamualaikum 

Awal bulan 9 hari tu Tadika Yusuf ada buat jamuan raya..so mak pak kena sumbang makanan..kebetulan ibu keje malam..so apa lagi..ibu buatkan yusuf makaroni bakar with cheese..ngaaaa..


Tadaaaa...special utk jamuan raya abg choppp..


Tu dia..meriahnya kaler..masing2 segak berbaju melayu dan comel berbaju kurung..alang2 jamuan raya depa celebrate skali besday Julai Ogos n September Babies..Meriahh giller...kek sampai 3 bijik..makan la puas2..


Tekun Yusuf tgk kawan2 duk berdiri kat depan..


Ok...semua yg dirai dah berkumpul kat depan utk potong kek n nyanyi2..


Mula2..geng lelaki dulu potong kek..


Time ni Yusuf ok lagi..dalam kategori behave lagi..


haaaa..kannn...die start dahhhhhhh..


mula buat muka dahhhh...


Time ni member dah kenyang..siap ckp kat cikgu..cikgu..boleh tak yusuf nak balik...habis sumer org kat situ pakat gelak kat die..sabo je haku..






Tuesday, October 29, 2013

Sukaneka Tabika KEMAS 2013

Assalamualaikum

Ya ammpunnn...si Yusuf punya sukaneka udah berkurun..baru nak post weiii..April lepas tadika KEMAS buat hari sukaneka..anak saya Yusuf kemain excited..sebelum tu byk kali dah saya dengo lagu2 dolu2...ingatkan amender la..ropenye lagu utk dorg excercise time hari sukan tu nanti..haha


Tu dia..beratur depan skali tuuuuu


Muka kemain ceria..1st time join sukan..


Amender pulak dia buat tu..warm up gamaknye..buat stretching..kakakaka


Ok..cikgu dah mai..budak ni x makan saman..bukan dgr pun ckp cikgu...


Tarik nafas..lepas...tarik nafas..lepassss...


Bila nak start ni..


Ashrof pun ikut..nak bg sokongan n semangat kat abg punye pasal..


Baby UMNO


Time ni Yusuf dah duduk tgh padang..tgh duk berjoget..


Tu dia....sakan berjoget...


Pusing-pusing..gelek-gelek..


Dah sudah gelek tunggu turn lak..dia main bawak bola pingpong pakai sudu..


Yusuf org ke -3..tp mcm biasa la..org tgh berlari die buat keje lain kat blkg..penyudah ko tatau cemana nak main..nak tanak cikgu terpaksa berlari nge ko skali..x per la nak oiiii..tahun depan cuba lagi okeh???





Friday, January 4, 2013

Yusuf Rif'at @ 4 years old

Assalamualaikum 




Beberapa hari sebelum masuk tahun 2013 saya bawa anak saya Yusuf ke kedai gambo..ambik gambo pasport sbb tadika nak..bila cikgu nak baru la hegeh2 nak ambik gambo..hadoiii...punye la payah nak ambik gambo weiii..semua aksi ultraman die pi buat depan aunty kedai gambo...lap peluh saya time tu..setelah beberapa kali mencuba..akhirnya..inilah outputnya..sebelum ni..senget laaa idung kembang laa..aunty tu siap suruh kuncupkan lubang idung n besarkan mata..boleh korang imagine cemana budak umur 3 tahun setengah nak paham..kembangkan idung mmg ler terer...tp kuncup???hadoi..pitammm patploh kali..dah ambik gambo die buleh pi kat aunty tu ckp..nak tgk nak tgk...bile aunty tu tunjuk..dia kater..OK...hurmm..OK la sgt..(tgn kat dada mata ke atas)..miahahaha

Monday, October 29, 2012

Toilet Train

Assalamualaikum



Alhamdulillah..sedar x sedar anak sayar Yusuf sudah pun 3 tahun June lepas..skrg ni ibu dan ayah tengah giat toilet train Yusuf sbb tahun depan dah nak hantar pi skul..rasanya dah 2 minggu..berbekalkan 2 helai panty utk toilet train yg kami beli di Mothercare..Yusuf dah berjaya kencing di bilik air..itu pun berapa belas kali pi bilik air..semuanya permintaan palsu..air kencing pun x keluar..huhuhuh..kencing di tandas dah lepas...masalah utama sekarang nak suruh dia berry di tandas..minggu pertama..Yusuf berjaya..berjaya apa?berjaya berry dlm panty..hadoiiiiiii..itu pun x mau mengaku walaupun peluh jantan dah kuar kat muka akibat cuba menahan dari berry...disebabkan oleh kejadian itu..saya telah momokkan yusuf dengan cerita2 pelesu..seperti..kesian dekat spender mickey..dia nangis sbb kena taik yusuf..eii..busuk..(sambil buat muke tahan busuk)..dan seperti yg saya jangka..yusuf jawab...ye ke ibu?mickey nangis die balik rumah die ke ibu?balik kg die ke ibu?hadoii....anak ohhhh anakkkkkkkk...apa pun ibu bangga sbb kamu dah pandai kencing di tandas..berrryyyy je failed lagi..x per...kita akan usaha sama-sama..ok yusuf??chaiyok chaiyokkk...

Friday, September 21, 2012

Hati..



 Assalamualaikum

Bila mana hati resah gelisah..lidah kelu untuk berkata-kata cuba mencurahkan apa yg terbuku di hati..jari-jemari laju menaip cuba meluah dan berkongsikan apa yg terbuku di hati..Allah..emosi oh emosi..tolonglah stabil kerana banyak kerja yg perlu saya selesaikan di pejabat..otak yg ligat berfikir menyebabkan saya sendiri tidak tahu apa yg saya cuba sampaikan kepada pelajar..pandangan terasa kosong..manakala jiwa terasa kacau bilau..selagi mana masalah dalaman diri tidak selesai..lagi itu la keadaan saya akan berterusan sebegini..Allah..sungguh..saat ini hanya satu yg saya mahu..BERHENTI KERJA..bodohkah saya kerana memilih jalan itu?mungkin bg orang lain BODOH..tapi bg saya..kerjaya mendidik dan membesarkan anak-anak lebih memberikan kepuasan kepada diri saya..Alahai..apakah yg sedang kamu lakukan di rumah wahai anak? Bagaimana kamu di sekolah hari ini?sudah mandikah yusuf?Ashrof tgh buat apa?Sungguh...setiap minit dan saat ibu x sudah2 memikirkan kamu bertiga..semoga kamu bertiga baik2 saja di rumah..

Thursday, November 24, 2011

Cekik @ Cubit

Assalamualaikum

Pulang dr pejabat semalam..yusuf terus hulur tgn kat saya..pelik la pulak..pasai apa pulak ni..dia duk ngadu sakit ibu..dekat mata ada kesan airmata..rasanya baru sudah nangis kot..saya tanya encik suami..pesal yusuf ni..ermm..rupanya bergado kat rumah mak tok..dia duk kacau sorg budak perempuan yg lebih besar sket dr dia..saya pun x pasti..tp dia sebut kak long..sabo je la haku..tgk dr luka kat tgn nampak mcm dalam..tp kecit jer..pujuk la jugak dia..tp dalam-dalam pujuk saya pesan jugak kat dia jgn kacau org..sebab dia suke beno kacau org..kat rumah kakak dia la yg jadi mangsa..selain kakak dia..saya dan encik suami jugak dibuli oleh yusuf..setiap malam dia mempunyai kuasa veto utk mengarahkan sapa yg buat susu utk dia..ko adoo??dia jugak punya kuasa veto utk mengarahkan ibu or ayah tido sebelah dia..ayah dia tu x pe la jugak..saya ni..adoii..ngan perut beso camni..nak tanak terpaksa le tido kat bawah ye kengkawan ngan dia..betapa terseksanya nak bangkit dr tido bile tido ngan yusuf..semua sakit..haihhhhhhhhhhhhhhhhh..selain daripada buli kiteorg..budak kecit ni suke pot pet n menyanyi..malam2 dia akan zikir..subhanallah alhamdulillah..malik wallah allah abat..gitu la bunyinye..sampai die tido dengan sendirinya..doa makan mmg lancar dah baca..paling tak tahan dier suke ulang tayang tanya ayat yg sama..ni rumah sapa ibu??haihhhhhhhh...dia tanya dia yg jawab..saya rasa tahun depan saya nak anto dia skolah..tp tatau kat mana yg terima budak umur 3 tahun..nanti la survey lagi..kalo x do..alamatnye 4 tahun la pi sekolah..okla..takat tu je update tentang yusuf..babaiii


 Dulu ada rambut...comel x??

Skrg udah botak..ensem x?

Monday, July 25, 2011

Sorok Barang..

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal Yusuf..anak saya ni cukup terer bab sorokkan barang..dah ler pandai sorok brg..bile kite tanya mana brg tu..dia buleh tunjuk brg tu kat mana die simpan..setengah budak bila kita tanya dia tatau or tanak tunjuk kat mana dia simpan brg tu..

Situasi 1

Saya tengah berkemas nak g umah mama..carik vitamin saya x jumpe..yg jumpa cuma platik beg jer..vitamin sumer ntah ke mana...geledah bawah sofa..semua ceruk saya carik tak jumpa..dah tau...ini mesti kerja si yusuf..time tu yusuf dah duk dlm kete dah...saya panggil die masuk dlm umah balik..

Ibu:Yusuf...bat bat ibu mana?
Yusuf: Bat bat ibu??(sambil berjalan ke arah sofa..naik atas sofa..tgn kecik tu duk korek celah-celah sofa)..ni ibu!!!!sambil tunjuk vitamin saya..
Ibu+Ayah: Senyum sambil pandang sesama sendiri..

Situasi 2

Ibu:Yusuf...telefon ibu mana???
Yusuf: telefon??(sambil berlari ke arah peti ais..bukak peti ais n kuarkan tepon ibu)..ni telefon ibu!!(sambil sengih
Ibu: Bertuah punye anak..jadik eskrim tepon aku..

Sekian cerita yusuf utk kali ni..

Bluweeekkkkkk