Wednesday, October 31, 2012

A'eishah & SKBBB

Assalamualaikum


Info SKBBB

Ujian dan Pendaftaran Tahun 1/2013

Tarikh: 05.11.2012 (Isnin)
Masa: 1.30tgh -  2.30 ptg
Tempat: Kantin SK Bandar Baru Bangi

* Pastikan anak tuan/puan membawa alat tulis dan memakai pakaian biasa bersopan.

* Sebarang pertanyaan hubungi sekolah. 0389250033

TK.

Tghari semalam encik suami forward msg di atas kat saya..akhirnya..setelah banyak kali duk ulang tayang ayat yg sama kat saya dan asyik berteka teki kot anak dara dia dah terlepas test sekolah..akhirnya semuanya terjawab..sabo bang..ayang tau ler bile skul ni nak buat test...miahahaha...lega psal ni..tp blom lega pasal test tu..hahahaha..tgh duk pikir ni..cemana nak pi skul..maklum ler saya ni kan bekerja..kang kalau x teman kang kate x bg support pulak..hadoiii..nanti la eishah ye..akan ibu pikirkan cemana nak cabut pi skul sat..haiihhh..nampak gaya lepas ni anak ibu akan mengikut jejak ibu..sekolah kat mana ibu sekolah dulu..hihihi..indahnya zaman persekolahan..zaman berhingus..herk??okla..tu je nak update..Lepas test nanti saya update lagi..till next entry...


Monday, October 29, 2012

Toilet Train

Assalamualaikum



Alhamdulillah..sedar x sedar anak sayar Yusuf sudah pun 3 tahun June lepas..skrg ni ibu dan ayah tengah giat toilet train Yusuf sbb tahun depan dah nak hantar pi skul..rasanya dah 2 minggu..berbekalkan 2 helai panty utk toilet train yg kami beli di Mothercare..Yusuf dah berjaya kencing di bilik air..itu pun berapa belas kali pi bilik air..semuanya permintaan palsu..air kencing pun x keluar..huhuhuh..kencing di tandas dah lepas...masalah utama sekarang nak suruh dia berry di tandas..minggu pertama..Yusuf berjaya..berjaya apa?berjaya berry dlm panty..hadoiiiiiii..itu pun x mau mengaku walaupun peluh jantan dah kuar kat muka akibat cuba menahan dari berry...disebabkan oleh kejadian itu..saya telah momokkan yusuf dengan cerita2 pelesu..seperti..kesian dekat spender mickey..dia nangis sbb kena taik yusuf..eii..busuk..(sambil buat muke tahan busuk)..dan seperti yg saya jangka..yusuf jawab...ye ke ibu?mickey nangis die balik rumah die ke ibu?balik kg die ke ibu?hadoii....anak ohhhh anakkkkkkkk...apa pun ibu bangga sbb kamu dah pandai kencing di tandas..berrryyyy je failed lagi..x per...kita akan usaha sama-sama..ok yusuf??chaiyok chaiyokkk...

Perasaan

Assalamualaikum

Anak ibu..

Minggu lepas hari khamis saya dah mula bercuti gara2 Taska tutup..jangan tanya berapa baki cuti saya yg tinggal...soobbssssss...sepanjang cuti..cuma duduk di rumah dan keluar sekitar kl saje..niat di hati nak bercuti dan berjalan2..tp terbantut sbb anak saya eishah x der..balik kg dengan nenek dia..sooo terpaksa kansel coti2..sabtu..kami ke kl..cuma ke SOGO sbb saya nak beli toys bebi..pulang dr kl semua tido kepenatan..mlm lepas magrib kami keluar makan..dan round bandar Kajang..singgah metropoint sekejap..hurmm..mlm ni keluar dgn mata bebi bertampal..masuk metro point..sume mata memandang..lantak la..ader aku kesah???esoknye ke TESCO..beli brg2 keperluan anak-anak..sama juga..menjadi tumpuan..sbb kami tampal mata bebi selama 2 jam..paling menyampah bila masuk kedai Chicken Rice Shop..cashier pandang saya dgn muke berkerut sambil buat muke ppffftttttttttttttttt...ko x yah la nak buat muke LABUUUU...ko nak tau sgt ko tanye je aku..aku boleh bgtau..vengoongggssss...tgh makan duduk satu famili..semua anak pompuan...si suami duduk dekat dgn bebi..sambil pandang bebi si suami dtg dekat dan bertanya..ala..naper ni bebi..naper mata ni..saya dan suami pun bla bla borak dengan org tu..tetiba bebi nak nangis..dan si suami td pun ckp..ok ok..uncle x kaco dah..haaa...kan kalo mcm ni ok..saya x kesah la...tp tolong jgn pandang saya mcm ALIEN..saya ade perasaan..tolong hormat perasaan saya..tolong hormat perasaan saya sebagai seorang IBU..kalo korang IBU..korang tau apa yg saya rasa..rasa courious sangat..tanye jer la..x der hal pun..tp JANGAN LAYAN SAYA MCM TU..sooobssssssssssssssssssssssssss...itu baru tempek sebelah mata...lepas ni kita kuar pakai spek pulak ok bebi..kite tgk apa kater survey...



Wednesday, October 24, 2012

Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki

Assalamualaikum

Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.

Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "

(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam

3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam

4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah

Erti doa surah al-waqiah

“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan.

Sumber: melurhasanah


Tuesday, October 23, 2012

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum

Antara surah pilihan yg slalu encik suami suruh baca dalam solat harian..Surah AL-IKHLAS

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"

At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"

Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Ka'ab), terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib), jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari At-Tirmizi).

Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan;

Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.

Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."

Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).

Di dalam kitab Fawaid as-Syarji menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda "Ketika masuk rumah bacalah surah Al-Ikhlas". Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu, maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.

Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.

Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.

Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran. Bagaimanapun bagi sesetengah orang ia menjadi berat untuk dilakukan oleh kerana banyaknya dosa yang ditanggung.

Mengikut pengalaman ornag yang mengamalkan surah Al-Ikhlas ini, apabila kehilangan sesuatu barang, bacalah surah ini sebanyak 21 kali sambil mencari barang tersebut.


Sumber: Google.com


Amir Ashrof-Part I


Assalamualaikum

 
Semalam bukak FB..ternampak beberapa private msg yg saya x baca2..ramai jugak yg bertanyakan pada saya mcm mana saya boleh discover mata Ashrof tu..hurmmm..mcm mana nak cerita..ok..tarik nafas dalam-dalam..fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....semuanya bermula ketika Bebi Ashrof berumur 4 bulan..saya dan en suami bawa bebi ke Poliklinik Bukit Mahkota utk imunisasi baby..Kebetulan hari tu hari Jumaat..pulang dr pejabat kami terus singgah ke klinik..memandangkan Eishah dan Yusuf ada skali..kali split..en. suami bawa budak2 ke pasar malam manakala saya bawa baby ke klinik..lepas inject tiba2 doc ckp..ehh..mata anak u belah kiri abnormal ni..Lazy eye..Allah..saat tu rasa kaki tidak berpijak di atas bumi..terasa diri seakan melayang-layang..Allah..benarkah apa yg saya dengar ini Ya Allah..kebetulan pintu bilik dibuka..kelihatan encik suami dan anak-anak masuk..sungguh..saat itu saya tak dpt fokus apa yg cuba doc sampaikan..saya terus ckp..sekejap doc..bang...tolong...dgr doc nak ckp apa..doc bla bla bla kat encik suami..n buat surat untuk berjumpa dengan pakar mata di Hospital Serdang..Bermula saat itu..mulut saya terkunci seakan bisu..otak saya cuba menerima apa yg doc sampaikan td..makanan yg encik suami belikan di pasar malam saya pandang kosong..tak tertelan di mulut ni..sedangkan Baby Ashrof masih menyusu badan ketika itu..saya cuma minum susu dan air kosong..begitulah keadaan saya sehingga hari Isnin..Ya Allah..x dapat saya gambarkan apa yg terbuku dalam hati ini..yg tau tentang perkara ini cuma adik bradik dan kak Shida..Akhirnya Isnin tiba jua..saya EL pada hari itu..kami tiba awal di Hospital Serdang..x lama..giliran kami berjumpa doc tiba jua..Ya Allah..hati sedikit hampa..Baby Ashrof tidur..doc pula mcm pelik kenapa kami ke sini kerana kata doc umur baby masa ni mmg otot mata tgh develop dan x kuat lagi..dan andaikata saya nak cek juga..saya boleh dtg selepas baby 6 bulan..Walaupun hati sedikit lega mendengar jawapan drpd doc..tapi saat itu mmg kehidupan saya sudah berubah..saya terlalu memikirkan Ahsrof sehinggakan berada di ofis saya slalu terasa sedih mengenangkan mcm mana keadaan dia di Taska...Saya yg dulu mmg tidak sama dgn saya yg skrg..hati rasa nak berhenti kerja sgt..kepala saya dah x boleh pk mender lain selain Ashrof..Akhirnya..Ashrof 7 bulan..dan saya kembali ke Hospital Serdang dengan berbekalkan refer letter dulu..Doc terus set appointment utk buat beberapa test..bermulalah episod saya berulang alik ke hospital memenuhi temujanji Ashrof bertemu dgn doc..Jgn tanya bagaimana perasaan saya skrg...kerana perasaan itu tetap sama mcm dulu..saat saya menulis..hati terasa sebak..setiap kali melihat baby berkacmata..saya menangis dalam hati..jgn mudah mengatakan saya lembik kerana bukan anda yg melaluinya..yg melaluinya saya..cuma saya mohon..doakan semuanya berjalan dgn baik seperti mana yg saya harapkan..ibu sentiasa doakan penglihatan kamu pulih normal seperti sediakala sayang..apa saja kita akan harunginya bersama..itu janji ibu pd kamu...

P/S: Buat teman2 FB..harap x der yg bertanyakan pasal ni lagi dlm FB..saya perlukan ruang utk saya kumpul kekuatan..kerana ada beberapa appoitment lagi yg kami perlu pergi selepas ini..apa pun..serba sedikit saya akan cuba update dlm blog..tq..

Apakah??

Assalamualaikum

Jam tangan dah boleh pusing-pusing..
Kain dah terasa longgar kat pinggang ni..
alahaiiiiii...berat turun lagi...
current weight..45kg...sooobssssssssssssssssssss

Monday, October 22, 2012

Pandai

Assalamualaikum

Weekend skrg ni masa terasa terlalu pendek..byk yg perlu saya buat dan bereskan..utk Ashrof..awal pagi saya dah mandikan..bg makan or susu..mulakan dengan eye patching or pakai spek..slalunya lepas tu saya bawak keluar..tgk burung dan ambil udara segar..skrg bebi Ashrof dah pandai bukak spek..alahai sayang..ibu buat semua ini utk kebaikan kamu..skrg mungkin kamu tak biasa sayang..lama kelamaan kamu pasti akan biasa..dulu weekend terasa panjangnya masa..skrg masa saya rasakan terlalu pendek..Ya Allah..permudahkan segala urusan kami Ya Allah..aminn..






Friday, October 19, 2012

Ku Pilih Hatimu - Ussy feat Andhika Pratama




Ku Pilih Hatimu

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu

Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati



Thursday, October 18, 2012

Amir Ashrof & Kaca Mata

Assalamualaikum

Atas nasihat doc..pulang dari berjumpa pakar kami terus ke kedai cermin mata utk buat spek bebi..1st soalan dr pembantu kedai..sapa nak pakai spek..bila tunjuk bebi..1st impression dia..buat muke sedih..sambil sebut kesian n usap2 muke pipi bebi..alahai...dalam hati ibu ni lagi la ada taman..lepas tu dia ckp nak buat spek bebi ni ada surat doc x?saya jawab ada dan mmg doc yg suruh buat..malangnya dekat kedai tu x byk spek utk bebi dan yg ada pun materialnya besi..saya tak mahu material yg membahayakan anak saya..cukupla dengan plastik..atas pertolongan pembantu kedai tu..kami ke sebuah lagi kedai spek sblh tutti fruitti..alhamdulillah..ada lebih banyak pilihan dan encik suami pulak x agak2 nak kaler itu la ini la..hello bang..mcm suke jer bebi pakai spek??haiihhhh...lepas bg surat doc n bayar semua..kami terus balik rumah..penat..sehari hari ni berjalan..sampai bebi pun dah tidur kepenatan...spek siap rabu atau khamis..akhirnya..smlm..rabu..encik suami telah pun berhenti di kedai spek untuk ambil spek bebi..ibu sedikit nervous..encik suami pass plastik spek pada ibu..ibu bukak..alahai...keciknya spek kamu sayang..dapatkah kamu membiasakan diri dengan benda ini nanti..sooobbssss(nangis lagi dalam ati)..sesampainya kami di rumah..terus pakaikan pada bebi..dan hasilnya seperti di bawah..


Percubaan pertama..cuba utk tanggalkan spek..tp ibu cuba umpan tangan bebi dgn biskut..nyum nyum makan biskut..

time ni tuan punya badan pun dah lupe spek tergantung atas idung

magrib smlm..uchu amik gambar pakai spek..siap kena gelak..sabo je la bebi..ikut ati ibu sekeh paler uchu mu..miahahaha

latest..gambar pagi td..uchu shyra yg ambik n upload dlm fb..(nangis jap dlm ati ibu tgk)

Apapun..semoga kamu dapat menbiasakan diri dengan spek ni sayang n semoga tuhan sentiasa permudahkan urusan kita..aminnnnn

Amir Ashrof @ Syifa' Al-Hidayah

Assalamualaikum

Semalam saya bercuti lagi..selepas pulang dr berjumpa pakar di KL..saya membuat keputusan utk berikhtiar di Syifa' Al-Hidayah juga..x salah kalau kiter ikhtiar..janji puas ati sbb kita dah lakukan semua yg terbaik..lebih kurang pukul 7.30 kami dah gerak dr rumah..kali ni saya bukan saja ditemani encik suami..tapi adik ipar saya juga kerana kebetulan appointment dia juga pada hari yg sama..sampai di sana dalam 9 kot..saya pun x ingat..ramainya org tgh beratur masa ni..lepas ambil no kami makan dulu di restoren berdekatan..Ashrof sangat behave..cuma x lama lepas tu dia gelisah nak tidur..kali org yg ke 19..tapi menunggu sket punya lama..alahai..x per la..kena biasakan diri..dekat hospital hari tu pun mcm tu..rasanya no kami hanya di panggil pd pukul 1..lebih kurang tu la..dah dpt ayat semua kami terus bergegas balik..sbb adik ipar saya nak ke rumah bbsitter..dan kami pulak nak gi ambil spek bebi..walaupun cuti..tp penatnya lebih dr hari bekerja..nanti saya sharekan apa ayat quran yg saya dapat utk 1st appointment ni..bersambung di lain entry..

Tertidur kepenatan..no giliran masih lagi belum di panggil..

Lepas ni turn kita baby..so..isi minyak dulu...

Malam...tidur awal sbb kepenatan dan hari ini baby mula selsema dan batuk..alahai...

Tuesday, October 16, 2012

Rapuhnya Hati..

Assalamualaikum

eye patching utk stimulate mata kiri Baby Ashrof


Usah ditanya apa yg saya rasakan skrg..tak terluah dek perkataan apa yg saya tanggung skrg..bukan merungut..bukan juga saya menolak ketentuan tuhan..tapi hati sedikit risau..kerana yg melaluinya hanyalah anak kecil yg baru mengenal dunia..Allah..sakit hati ibu ini sayang melihat mata kamu ditampal begini..maafkan ibu sayang..apa yg ibu lakukan adalah untuk kebaikan kamu sayang..semoga kamu mampu bertahan untuk melalui semua ini bersama dengan ibu..lama kelamaan kamu akan biasa sayang..Ibu janji..kita akan laluinya bersama..x kan pernah ibu biakan kamu melaluinya keseorangan..semoga tuhan permudahkan segalanya buat kamu sayang..ibu akan lakukan dan usahakan yg terbaik buat kamu..itu janji ibu pd kamu..


Amir Ashrof Part II

Assalamualaikum




 
Semalam saya bercuti..kerana saya perlu bawa Ashrof berjumpa dengan pakar mata di Kuala Lumpur...Kami bergerak lebih kurang hampir pukul 8..hari hujan..saya mmg dah set dalam kepala..kami mungkin terlewat tiba dek kerana kesesakan lalulintas..betul seperti apa yg saya jangkakan..selepas tol sungai besi..trafik bergerak perlahan..kami tiba di PWTC lebih kurang 9.30..hampir 1 jam setengah kami di dalam kereta..mujur Ashrof tidur sepanjang perjalanan..kali ni saya ditemani mama..Dugaan sungguh bila kami tersalah tempat..Klinik tersebut sepatutnya di Bangunan UMNO Selangor Jalan Ipoh..disebabkan takut tersesat jalan dan lambat..mama mencadangkan kami menaiki teksi walaupun tempat tu dekat saje..pertama kali menjejakkan kaki ke Klinik itu..perkataan pertama yg terdetik dalam hati saya..Allah..usangnye tempat ini..sangat2 old skul..sampaikan saya tertanya2..betul kah keputusan yg dibuat oleh pakar serdang yg merujuk kami ke sini..Semasa tiba di sana kelihatan boleh tahan jugak ramai patient yg datang ke situ..semuanya budak kecik lebih kurang baya eishah..kiri kanan duk bercerita dan berkongsi pengalaman..seriau pulak saya mendengarnya..alahai..ada yg dr terengganu..dari johor..pendek kata semua hospital government refer patient mereka ke sini..skrg baru la saya tau kena kami pun di refer ke sini..hampir 2 jam kami terpaksa menunggu..lebih kurang 11.30..kami dipanggil masuk ke bilik doc..time ni ashrof sangat2 mengantok sampaikan doc terpaksa minta saya suapkan sedikit coklat m&m dekat Ashrof..nak bg cerah mata gamaknye..lepas cek sana sini..doc explain beberapa benda pd kami..perkataan pertama keluar dr mulut doc ialah..need operation..Allah..kalau x kerana mama berada di sisi saya..rasanya dah lama saya jatuh terduduk..walaubagaimanapun doc mencadangkan agar kami melakukan eye patching utk stimulat mata kiri Ashrof disamping buat satu spek utk Ashrof..3 bulan lagi kami akan kembali ke sini lagi kerana doc nak lihat progress mata Ashrof..setakat ini..itu saja yg dapat saya ceritakan..saya mohon kawan2 mendoakan agar apa yg sedang kami lakukan sekarang dipermudahkan tuhan dan memberi perkembangan positif untuk mata Ashrof..



Friday, October 12, 2012

Denda

Assalamualaikum

Sambung lagi cerita pasal eishah..pulang dr pejabat saya tanya eishah..kenapa takmo pi skul?dia jwb sambil sengih..takut teacher denda..alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii eishah...takat denda jer pun..apa la sgt...denda zaman skrg pun bukan mcm denda zaman saya dulu2..takat denda manje2 gitu jer denda zaman skrg ni eishah oiii..ibu dulu siap kena duk luar kelas gara2 lupe buat keje math..denda kena kutip sampah pun pernah..alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii budak-budak zaman skrg..tersangat la manje weiii..tp dgn saya x yah la nak manje2..kalo ko salah..ko tetap salah..hari ni sile angkut beg skolahmu n ke sekolah ye sayangku..lantak le teacher nak buat cemana pun sbb dah tentu yg dorang buat tu utk kebaikkan budak2 jugak..Genius Aulad ni cukup bagus bg saya..kalau anak lemah dalam sesuatu subjek..dorang siap buat program mento menti..ko adoo??mana lagi nak cari skul cenggitu..ak harap ko yg ajo anak ko?hurmm...agak2 berapa sgt masa yg dapat utk ajo...tp jgn la letak high expectation sgt..kita as parent pun main peranan penting jugak..mentang2 hantar skul..harap dorg jer yg main peranan utk anak jadi pandai..No way...x buleh mcm tu..eishah dulu time 5 thn mmg saya gelabah tahap gaban sket sbb dia punya malay reading ke laut weii..dek kerana gelabah..saya cari buku yg mcm skul dia..pastu ajar dia membaca tiap2 malam..ko ngantok cemana pun..sekejap pun ko kena jugak baca dgn ibu eishah oi..akhirnya hujung tahun tu member dah pandai membaca..bravo eishah..Book fair 2012 ibu siap beli 6 buku cerita english n 6 buku cerita malay utk eishah..syok jer dia membaca..tahun depan ibu beli lg ok?ok..dah melalut..sblm letak noktah..ada pesanan khidmat masyarakat..agak2 ada yg masih mencari tadika utk anak korg tahun depan..GENIUS AULAD mmg highly recommended laa...terbaeeeekkkkkk...ok..babaiiii...sambung next entry pulok..


Thursday, October 11, 2012

Kepada Encik atau Cik Bon




 Assalamualaikum

Lately ni rasa mcm tetiba blog saya ramai vistor pulak..I LOIKEEE...tak pernah ader cik/encik ANON..tetiba muncul..ari ni Encik/Cik Bon pulak..hihihihi..terima kasih la yer sbb sudi singgah n baca..siap tinggal jejak lagi...terima kasih banyak2..Anyway...to En BON/Cik Bon..welkangggggggg...Glamer sungguh En/Cik Bon sampai ader entry spesel utk dia..ngaaaaaa

Alahai anak..

Assalamualaikum

Minggu lepas rasanya 4 hari anak saya eishah x ke skul..demam batuk dan selsema..smlm dia ke sekolah seperti biasa..pagi ni encik suami msg..eishah menangis tanak ke skolah..mandi pun x nak..alahai anak..kenapa mesti begini..acapkali saya terdengar eishah menyebut beberapa nama guru..garang dan sebagainya..tapi saya katakan pada dia..teacher garang sbb nak bg eishah pandai..hari ini saya tatau apa pula alasannya..apa yg dia takut sgt nak ke skul saya sendiri pun x pasti..ni lah dugaan membesarkan anak2..belum reda lagi serabut di kepala saya memikirkan tentang Ashrof..skrg timbul pula satu lagi benda yg perlu saya pk dan atasi..semoga Tuhan permudahkan segala urusan kami dalam cabaran membesarkan anak-anak2..amin..