Assalamualaikum
2 hari lepas org semua sibuk bercakap pasal supermoon..yg sebenornya..saya jarang tgk tv..bukan x mo tgk..tp kdg x sempat...so apa2 yg terkini kadang saya dpt tau dr newsfeed kat FB..sblm ni gerhana bulan pernah lee saya dengo...ini supermoon kot..bapak beso mana agaknye bulan tu nanti..so saya pun google laaa bab2 supermoon nii..ni info yg saya dpt dr WIKIPEDIA
Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh
yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus
lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi. Pada 14 november 2016 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.
Supermoon di Empangan Cardinia
Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi
berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang
berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat
dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogee. Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri ufuk.
Gambar dr perkarangan rumah nenek saya di TRG
Tidak dinafikan, bulan menjadi punca air pasang surut
disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan dan Bumi. Timbul
persoalan yang mengatakan fenomena ini akan mencetuskan bencana yang
lebih besar. Persoalan ini mempunyai kesahihannya kerana kesan tarikan graviti
yang lebih kuat ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat. Akibatnya
paras air laut akan dijangka meningkat dan air pasang besar akan
berlaku. Meskinpun begitu, ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan
kerana ia tidak akan mencetuskan bencana.
Nak jugak tepek..gambo supermoon encik suami ambik..dekat Bangi
ok..sekian cerita pasal supermoon..till next entry..babaiiii
No comments:
Post a Comment