Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tuesday, April 9, 2019

Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung, Mak Ayah Wajib Tahu

Assalamualaikum

Masa anak 1st dulu..aku mmg x reti sungguh kalau anak demam..pernah aku bawak anak pi klinik..skali dr kata...apa la ibu...tapak tgn anak panas...dr situ pun dah boleh tau anak demam..terkedu kejap aku..rasa mcm..oh mengg..ibu apa la aku ni...soobbssss😔😔😔 tambah buat aku panik..anak aku ni selalu laa tonsil merah la apa la....bila sebut je tonsil...kekerapan anak ko demam tu mmg kerap..tambah teruk kalau dia punya tonsil bengkak...mmg tinggi la demam dia sampai tahap kena warded.

Masa belek fb ari tu aku ada ternampak posting tentang ubat masuk punggung ni..elok la aku share dan simpan kat sini untuk rujukan korang..dan aku skali...kredit kepada  Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna

Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung, Mak Ayah Wajib Tahu !!!

Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan je ubat ni dekat punggung dia (tempat berak), habis cerita.
Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya.

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni kita nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp untuk Demam/Painkiller, iaitu:


👉🏻Paracetamol, PCM (acetaminophen)

👉🏻Diclofenac sodium (voren)

Bila nak guna ubat Supp ini?

💊Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.

💊Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:

👉🏻Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.

👉🏻Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?

Jawapan kami, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?



🌡Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.


🌡Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?
🔵Dalam kes allergic PCM.

🔵Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.

🔵Jika pasti demam bukan disebabkan dengue..Sbb tu kne jmpa dktr bukan ambil sndiri..Jika tidak blh sebabkan pendarahan.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?
Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?

👉🏻Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.

👉🏻Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh.

👉🏻Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor.

👉🏻Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

👉🏻Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.

Dos Penggunaan :

Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.

💊Supp PCM 125mg:
6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

💊Supp PCM 250mg:
5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp
9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.

Dose utk Supp PCM formulanya 20-30mg/kg berat badan.Contohnya berat 10kg..10kg x 30mg= 300mg..jadi blh bg anak dose sebiji Supp PCM 250mg..

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 –1mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Contoh berat anak 10kg, supp Voltaren 12.5mg blh digunakan..

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk dose ubat dalam kes paediatrik yg tepat, rujuk doktor anda. Dos yang kita tulis ni hanya sebagai general guidelines sahaja.

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul



▪️Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).

▪️Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.

▪️Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.

Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama
dimasukkan ,ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

 Kredit: Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna

Thursday, November 9, 2017

9 Cara Latih Anak Bebas Pampers

Assalamualaikum

Image result for potty train 

Gambar: Google.com

Tahun depan anak aku Fawwaz dah masuk 3 tahun..Aku rasa at that time..ok dah kot aku potty train dia...tapi tu laaa...nak kena tengok dulu keadaan time tu..dia dah ready n faham bahasa ke idok..kalau ok..baru aku bleh cuba tips-tips kat bawah ni kat Fawwaz..

1. Simpan Karpet

Bagi hint kepada anak yang kita nak melatih dia untuk buang air kecil dan besar dekat toilet. Sekurang-kurangnya biarlah 3-7 hari lebih awal.Boleh bisikkan semasa mereka dalam fasa tidur-tidur ayam. Waktu ini minda separa sedar mereka lebih mudah menerima arahan.Ketepikan semua kapet atau apa saja yang ada di atas lantai, yang akan membuatkan kerja lebih leceh jika anak terbabas.
  
2. Beli Seluar Yang Selesa Untuk Anak

Beli seluar yang senang buka. Jangan nak ikut fesyen sangat, sampai nak buka seluar pun ambil masa sampai 5 minit.Ada anak yang tak suka pakai seluar dalam. Jadi biarlah ikut keselesaan dia.Sediakan juga toilet bowl yang sesuai dengan usia mereka. Kadang-kadang kesian tengok anak bertungkus lumus mencangkung atau panjat tandas duduk.

3. Gunakan Bahasa Yang Anak Mudah Faham

Gunakan bahasa yang mereka mudah faham. Contohnya ‘shee’ untuk buang air kecil atau ‘yak’ untuk buang air besar.
  
4. Kerapkan Tanya Anak

Kerap tanya dan kerap bawa anak jalan-jalan dalam toilet. Hari pertama, bolehlah mulakan dengan setiap setengah jam. Tapi biasanya orang buat dua jam sekali, tengok banyak mana anak minum.

5. Jangan Lupa Puji

Puji anak setiap kali mereka berjaya buang air dalam toilet. Jangan sesekali tunjuk yang anda kecewa dan marah mereka bila anak terbabas.Kalau terbabas, katakan dengan lembut, “Tak apa sayang, kita cuba lagi, ok? Sayang ibu terlupa nak pergi toilet, ye?”

6. Bagi Ganjaran

Tak perlu bagi mahal-mahal, bagi sticker hello kitty setiap kali anak berjaya buang air dalam toilet pun dia dah cukup happy.

7. Letak Plastik Atau Pelapik

Pada peringkat awal, ibu bapa boleh letakkan pelapik atau alas pada tempat tidur mereka. Gunakan alas yang kalis air. Jadi, tak perlulah nak jemur tilam hari-hari.

8. Rajin Singgah Toilet Semasa Keluar Berjalan

Jangan kelirukan anak, masa nak berjalan je ibu bapa pakaikan pampers. Sebabnya takut anak terbabas.Ini salah ya. Ibu bapa kena rajin singgah toilet dan pastikan anak betul-betul boleh ingat yang dia dah tak pakai pampers.

9. Kencing Dulu Sebelum Tidur

Ini part penting. Sebelum anak tidur, pastikan mereka kencing dulu. Kalau tertidur, kejutkan mereka supaya pergi kencing dahulu dan kemudian baru sambung tidur.

Sumber: Mingguan Wanita