Assalamualaikum
Gambar: Google.com
Tahun depan anak aku Fawwaz dah masuk 3 tahun..Aku rasa at that time..ok dah kot aku potty train dia...tapi tu laaa...nak kena tengok dulu keadaan time tu..dia dah ready n faham bahasa ke idok..kalau ok..baru aku bleh cuba tips-tips kat bawah ni kat Fawwaz..
1. Simpan Karpet
Bagi hint kepada anak yang kita nak melatih dia untuk buang air kecil
dan besar dekat toilet. Sekurang-kurangnya biarlah 3-7 hari lebih awal.Boleh bisikkan semasa mereka dalam fasa tidur-tidur ayam. Waktu ini minda separa sedar mereka lebih mudah menerima arahan.Ketepikan semua kapet atau apa saja yang ada di atas lantai, yang akan membuatkan kerja lebih leceh jika anak terbabas.
2. Beli Seluar Yang Selesa Untuk Anak
Beli seluar yang senang buka. Jangan nak ikut fesyen sangat, sampai nak buka seluar pun ambil masa sampai 5 minit.Ada anak yang tak suka pakai seluar dalam. Jadi biarlah ikut keselesaan dia.Sediakan juga toilet bowl yang sesuai dengan usia mereka.
Kadang-kadang kesian tengok anak bertungkus lumus mencangkung atau
panjat tandas duduk.
3. Gunakan Bahasa Yang Anak Mudah Faham
Gunakan bahasa yang mereka mudah faham. Contohnya ‘shee’ untuk buang air kecil atau ‘yak’ untuk buang air besar.
4. Kerapkan Tanya Anak
Kerap tanya dan kerap bawa anak jalan-jalan dalam toilet. Hari
pertama, bolehlah mulakan dengan setiap setengah jam. Tapi biasanya
orang buat dua jam sekali, tengok banyak mana anak minum.
5. Jangan Lupa Puji
Puji anak setiap kali mereka berjaya buang air dalam toilet. Jangan
sesekali tunjuk yang anda kecewa dan marah mereka bila anak terbabas.Kalau terbabas, katakan dengan lembut, “Tak apa sayang, kita cuba lagi, ok? Sayang ibu terlupa nak pergi toilet, ye?”
6. Bagi Ganjaran
Tak perlu bagi mahal-mahal, bagi sticker hello kitty setiap kali anak berjaya buang air dalam toilet pun dia dah cukup happy.
7. Letak Plastik Atau Pelapik
Pada peringkat awal, ibu bapa boleh letakkan pelapik atau alas pada
tempat tidur mereka. Gunakan alas yang kalis air. Jadi, tak perlulah nak
jemur tilam hari-hari.
8. Rajin Singgah Toilet Semasa Keluar Berjalan
Jangan kelirukan anak, masa nak berjalan je ibu bapa pakaikan pampers. Sebabnya takut anak terbabas.Ini salah ya. Ibu bapa kena rajin singgah toilet dan pastikan anak betul-betul boleh ingat yang dia dah tak pakai pampers.
9. Kencing Dulu Sebelum Tidur
Ini part penting. Sebelum anak tidur, pastikan mereka kencing dulu.
Kalau tertidur, kejutkan mereka supaya pergi kencing dahulu dan kemudian
baru sambung tidur.
Sumber: Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment