Selepas insiden yang berlaku pada hari ini..dengan berat hati saya terpaksa maklumkan di sini..blog saya akan di private kan..cukuplah sampai di sini saja saya kongsikan segala kisah suka duka dan segala pemgalaman yang dah pun saya tempuhi sepanjang hidup saya ini..saya perlukan sedikit ruang..sedikit ruang untuk diri saya sendiri..saya perlukan ruang untuk saya bebas menulis apa yang saya rasa..dan saat ini saya rasakan saya tidak mahu berkongsi semua itu dengan semua org..cukuplah diri saya sendiri..cukuplah diri saya sendiri yang tahu rahsia yg ada dalam diri saya..maaf..maaf jika sepanjang saya menulis di sini..ada yang terasa hati..atau mungkin meluat dengan apa yang saya ceritakan..saya sekadar ingin berkongsi..dan saya hanyalah manusia yang lemah yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan...saya akan mula 'private' blog saya selepas hari raya aidilfitri..akhir kata..sebelum saya mengundur diri..saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kebahagiaan buat kalian semua...Aminnnn..
Friday, September 3, 2010
Tersepit..
Seawal 7.20 pagi saya sudah sampai ke perkarangan pejabat..hati berkecamuk..fikiran bercelaru..Ya Allah..Sungguh saya benar-benar tersepit..terlalu banyak hati yang saya perlu jaga sehinggakan hati sendiri kadang kala terabai..hati sendiri tiada siapa yang mampu memujuk selain daripada diri saya sendiri..selalunya..saya takut naik ke pejabat seorang diri kerana keadaan di atas gelap gelita..tapi pagi ini saya sendiri tidak tahu dari mana muncul keberanian untuk naik ke pejabat yang gelap gelita..mungkin disebabkan hati saya sudah terlalu sarat dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk dan hanya di blog ini sahaja tempat saya meluahkan perasaan..hari ni hari terakhir utk saya membuat keputusan sama ada akan bercuti bermula isnin depan atau sebaliknya..sungguh!!hati saya benar-benar berbelah bagi..dan seboleh-bolehnya saya mahu manfaatkan baki cuti yang ada sebaik mungkin..buat teman-teman sepejabat..andai kata saya bercuti bermula isnin depan..usah ditanya mengapa saya bercuti seawal ini dan mengapa saya bercuti panjang kali ini..ini kerana..saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang terbaik untuk menjawab semua soalan kalian..
Subscribe to:
Posts (Atom)