Friday, September 3, 2010

Tersepit..

Seawal 7.20 pagi saya sudah sampai ke perkarangan pejabat..hati berkecamuk..fikiran bercelaru..Ya Allah..Sungguh saya benar-benar tersepit..terlalu banyak hati yang saya perlu jaga sehinggakan hati sendiri kadang kala terabai..hati sendiri tiada siapa yang mampu memujuk selain daripada diri saya sendiri..selalunya..saya takut naik ke pejabat seorang diri kerana keadaan di atas gelap gelita..tapi pagi ini saya sendiri tidak tahu dari mana muncul keberanian untuk naik ke pejabat yang gelap gelita..mungkin disebabkan hati saya sudah terlalu sarat dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk dan hanya di blog ini sahaja tempat saya meluahkan perasaan..hari ni hari terakhir utk saya membuat keputusan sama ada akan bercuti bermula isnin depan atau sebaliknya..sungguh!!hati saya benar-benar berbelah bagi..dan seboleh-bolehnya saya mahu manfaatkan baki cuti yang ada sebaik mungkin..buat teman-teman sepejabat..andai kata saya bercuti bermula isnin depan..usah ditanya mengapa saya bercuti seawal ini dan mengapa saya bercuti panjang kali ini..ini kerana..saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang terbaik untuk menjawab semua soalan kalian..

No comments:

Post a Comment