Saturday, January 30, 2010

Tips memujuk anak yg liat ke tadika..


Ni salah satu drpd masalah yg saya sedang hadapi sekarang.. anak saya A'eishah baru berusia 3 tahun 5 bulan..pada awal nyer saya dan suami x pernah merancang untuk menghantar dia ke tadika..tapi disebabkan pada awal tahun ni..dia sibuk sebut nak gi skool..so saya dan suami buat keputusan untuk hantar eishah ke tadika kemas sebelah rumah mak..maybe dah hari2 nampak budak2 tadika tu gi tadika..dia jd excited nak g skol jugak..penyudahnya ayah saya bayar yuran tadika untuk eishah..nak pergi ke tak nak terpulang pada dia..sbb nya..kami cuma nak bg pendedahan awal pd eishah jer..



2 minggu pertama..eishah seronok sgt gi skol..x payah nak suruh..pagi2 dia dah siap mandi dan tepat kul 8 dia gi sendiri je skol..x payah nak suruh..lepas 2 minggu dia dah mula menunjukkan tanda-tanda taknak ke skol..katanye..boring dekat skol..hari ni pun dia x gi skol jugak..hari ni..saya cuba surf dalam internet..mana tau kot2 ada tips2 untuk memujuk anak ke skol..dan apa yg saya jumpa adalah seperti berikut..

1. Berikan sesuatu sebagai hadiah/reward/penghargaan kepada anak kerana dia pergi ke tadika. (rasanya dah banyak saya janjikan pada eishah..tp x sempat tunaikan lg..maybe sbb tu x jalan kot)

2. Jadikan anak selesa dengan suasana/keadaan tadika (yg ni rasanya saya tak tau nak ckp mcm mana sbb sampai skrg yg hantar eishah ke tadika ialah suami saya)

3. Jangan terlalu memaksa anak. (yg ni pun rasanya saya dan suami dah cuba..tu yg sampai skrg dia x gi tadika lagi tu..haaaaihhh!!!!!!)
4. Ceritakan semua yg menarik tentang tadika..contohnya..di tadika ramai kawan..boleh mewarna, menyanyi dan cikgu akan bercerita mcm2..(yg ni pun rasanya saya dah buat jugakk)

Setakat ni tu je la tips yg saya dpt daripada internet..sumber di ambil dr sini..http://anakkusayang.com/ Sekiranya kawan-kawan ada tips lain dr ni..boleh la share dgn saya...





2 comments:

  1. super writing friend....pls follow me friend

    ReplyDelete
  2. maasih kecil lagi,
    xpe...
    jgn paksa, pujuk plan2,
    tips ble a'eishah dah besar..

    ReplyDelete