Khamis baru ni saya EL (emergency leave)..Semuanya tidak saya rancang..sememangnya awal-awal lagi saya dah tau hari ni 'dia'ada appointment di HUKM..saya rasakan memadailah suami yang temankan..selepas siap solat subuh...saya termenung...tiba-tiba hati ini rasa berbelah bagi..patut kah saya ke pejabat atau menemaninya ke hospital..dalam termenung tu..saya x sedar yang mama memerhatikan saya..lantas mama bertanya..kenapa?saya bgtau..'hati rasa berbelah bagi'..mama jawab..gi je la kerja..'dia' kan kuat...tulang besi urat dawai...kebetulan 'dia'melintas di hadapan saya...dia menyampuk..gi jer la kerja..bazir cuti awak jer...kemudian dia terus ke dapur..keluar dari dapur..dia mengomel..'tapi kalau awak cuti hari ni..bagus jugak awak ikut..nanti a**h tunjukkan kafe kat mana...NAH!patutla pagi ni hati saya benar-benar berbelah bagi..rupanya dia pun harap sangat saya temankan dia ke hukm..BODOHnye saya!!!!!!Sepanjang perjalanan ke HUKM hati saya tak henti-henti menyumpah seranah diri sendiri..
Akhirnya kami tiba di HUKM pada pukul 7.45..kami terus ke bahagian radiasi..di sana..'dia' sibuk suruh saya dan suami makan dulu..tapi saya dan suami berdegil..tunggu la dulu..tunggu sampai 'dia'dapat nombor giliran..tepat pukul 8..barulah staf di unit radiasi mula membahagikan nombor..Setelah mengambil nombor giliran..kami terus menuju ke tempat ct scan dijalankan..ramainya org yang tengah tunggu giliran..tak lama tu..staf di unit tersebut memanggil nama'dia' dan menyuruh dia minum air contrast..saya pun tatau la mcm mana rasanya..tapi melihat muka dia tatkala meneguk air tersebut..saya tau..mesti air tu tak sedap..sementara menunggu giliran dia..saya dan suami sempat ke kafe untuk sarapan pagi..sekembalinya kami dari kafe..'dia' sudah pun meneguk air contrast tu sebanyak 2 cawan..cawan yang ke 3..pukul 9.30 nanti..
Tidak lama kemudian..kedengaran nama 'dia' dipanggil masuk ke bilik persediaan pesakit..kelaur dari bilik tersebut..kelihatan lengan 'dia' berplaster dan ada jarum utk drip ubat..tatkala itu hati saya benar-benar tak keruan..sedih..nak menangis..takut..kesian..saya tau..jarum tu menyakitkan dia sbb dia langsung tanak duduk dan terus berjalan ke hulu ke hilir..saat itu saya tgk muka dia pucat..bawah mata kelihatan lebam kerana mungkin semalaman dia tidak tidur kerana memikirkan benda yang bakal 'dia' lalui hari ni..Sungguh!!!Saya sangat-sanagat sedih melihat dia begitu..tangan saya laju menaip sms kepada kakak saya..saya katakan selepas ini saya tak mahu lagi ke sini...saya tak kuat..balasan sms yang saya terima drpd kakak saya..saya terpaksa kuat dan ujian hari ini adalah penentu segalanya..membaca sms kakak saya membuatkan saya bertambah takut dan tidak keruan..Sungguh!Saya benar-benar takut..Akhirnya giliran dia untuk ct scan..saya yang tolong ikatkan tali uniform..lama saya mundar mandir menunggu dia di luar..tidak lama kemudian 'dia' keluar dari bilik..sepatah saya tidak bertanya tapi dia yang menceritakan semuanya..cukuplah hanya saya dan suami yang tau apa yang terpaksa dia lalui..dan saat paling mendebarkan ialah 7hb june ini..kerana..keputusan ujian yang dilakukan pd hari ni akan diketahui pada tarikh tersebut...saya benar-benar mengharapkan yang terbaik..rakan-rakan blogger..tolong doakan untuk 'dia'..terima kasih...