Wednesday, March 9, 2011

Demam Panas

Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi 37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak berapa selesa.

Sebab-sebab berlakunya demam (fever)

· Jangkitan kuman bakteria atau virus.
· Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini.
· Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.
· Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.
· Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera.
· Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection.
· Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.
· Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang diberikan bergantung kepada keadaan. Antara ubat yang selalu diberikan dalam masalah ini ialah:

· antibiotik untuk membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk. Sila lihat antibiotik.htm.
· paracetamol seperti panadol syrup dsb. Ia digunakan untuk mengurangkan demam dan juga rasa-rasa sakit badan yang dialami. Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil supp. atau nama penuhnya suppository) digunakan. Antara persediaan yang ada di pasaran ialah paracetamol supp. dan voltaren supp (mengandungi bahan diclofenac sodium). Penggunaan aspirin atau methylsalicylate TIDAK dibenarkan.
· selain paracetamol, ubat yang lebih kuat seperti ibuprofen boleh juga digunakan untuk bayi berusia enam bulan ke atas.
· decongestant iaitu ubat titis yang digunakan untuk merawat hidung yang tersumbat.
· ORS iaitu oral rehaydration salt dalam bentuk serbuk yang dimasukkan ke dalam air dan diberi minum. ORS mengandungi bahan-bahan mineral untuk menggantikan cecair badan yang hilang akibat peluh dan / atau cirit-birit.

Rawatan-rawatan lain

· Pastikan bayi anda diberi air yang lebih. Pengambilan sekurang-kurangnya satu liter harus diamalkan.
· Buka baju atau semua pakaian bayi anda. JANGAN selimutkan bayi anda dengan pakaian tebal atau selimut.
· Tuam dahi dan badan bayi dengan tuala yang direndam dalam air. Air hendaklah tidak sejuk dan tidak berapa panas (agak suam).

Perkara-perkara lain

Jika berlaku sawan (febrile convulsion), rawatan lanjut adalah diperlukan. Bila ini terjadi, tangan dan kaki bayi akan bergoncang tanpa kawalan. Muka bayi anda mungkin menjadi biru. Letakkan bayi dalam keadaan
meniarap di atas bantal dan lakukan rawatan-rawatan yang dinyatakan di atas. Sekiranya bayi muntah, bersihkan mulut bayi anda dengan jari. Dapatkan pemeriksaan lanjut..

Based on My Own Experience
Selalunya bila eishah demam panas..ni antara benda yang saya slalu buat:
  •  kerap cek suhu badan eishah..sbb tu la pentingnya termometer...bila dah ada anak..benda ni adalah salah satu benda yang wajib ada di rumah n perlu dibawa ke mana-mana kalau travel..
  • Kalau demam eishah start dgn 39..maknanya berkemungkinan besar berkaitan dengan tonsilnya..so saya akan angkut eishah utk jumpa dengan pakar kanak-kanak..
  • Saya akan bg makan ubat demam based on suhu badan eishah time tu..kalau dalam tempoh 4 jam suhu bdn dia naik sampai 38 n 39..saya akan bg eishah makan ubat demam setiap 4 jam..depend pd ubat jugak sama ada liguid atau pun ubat buntut..sila ambik perhatian..kalau korang bg ubat buntut...korang kena tunggu 6 jam kemudian baru bagi ubat liquid pulak..sementara nak tunggu 6 jam tu..kalau suhu bdn dia naik jugak..sila la buat apa-apa yg patut seperti mandikan dgn air sejuk dan lain-lain..
  • Slalunya kalau suhu eishah still naik n time nak bg ubat belum sampai..saya akan basahkan badan eishah dengan air..sila bukak baju anak-anak korang time ni..pakaikan spender udah ler...sbb skrg kite nak keluarkan semua haba-haba panas kat pelipat anak tu..contoh..kat bawah leher..ketiak..peha..sila la letak towel2 kecik yg dah dibasahkan dgn air..
  • Selain drpd itu..korang jugak buleh mandikan anak-anak korang kalau suhunya terlalu tinggi..
  • Daun bunga raya juga salah satu bahan yg saya gunakan bila eishah demam..korang ambik daun bunga raya...ramaskan ddengan air..lendir daun bunga raya tu korang sapukan dekat kepala anak korang...insyaAllah..suhu bdn anak akan turun..selain dr bunga raya..air asam jawa pun buleh juga..sapukan kat badan anak korang..
  • Last skali..kalau agak-agak dah 3 ari cenggitu jugak..korang angkut la anak korang pi spital utk dpt rawatan lanjut..

Sekian tips utk pagi ni..sharing is caring...babbaiiiii..
Sumber: Internet

No comments:

Post a Comment