Assalamualaikum
Melihat pada video klip ini membuatkan naluri keibuan saya tersentuh..tersentuh kerana saya punya anak yg sama baya dengan sofiyya..tersentuh kerana saya kongsi saat kegembiraan mengandung bersama-sama dengan mama sofiyya..tersentuh kerana saya bersalin hanya selang seminggu dengan mama sofiyya..dan juga kerana saya dan mama sofiyya juga adalah ibu-ibu yg terpilih utk anak2 yg diuji..bezanya anak saya amir ashrof diuji dr segi penglihatannya..manakala sofiyya diuji dengan sistem saraf badannya..saya masih ingat..betapa gembiranya kami menerima kehadiran cahayamata baru..apatah lagi adik ipar saya..hasratnya untuk memiliki anak perempuan tercapai dengan lahirnya sofiyya khaddeja..lengkap sebuah keluarga..punya suami yg penyayang serta sepasang anak yg comel...tapi saya tak pernah sangka saat kegembiraan itu diragut dengan penyakit yg tak pernah kami dgr..apatah lagi utk menyebutnya..sofiyya sering kejang..dan boleh dikatakan hospital menjadi rumah kedua buat adik ipar saya..bermacam2 ujian yang dilakukan bagi mengenal pasti penyakit sofiyya..namun semuanya menemui jalan buntu..sedari bayi sofiyya terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat sehinggalah akhirnya hasil dr ujian darah..keputusannya..sofiyya menghidap penyakit dravet syndrom..saat mengetahui perkhabaran itu..saya sebolehnya menolak..mungkin ada kesilapan..tapi mana mungkin seorang doc boleh declare pesakitnya menghidap sesuatu penyakit sembarangan..lagi pula..banyak sudah ujian yg dilakukan untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit sofiyya..tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan mama sofiyya..kegembiraannya diragut tanpa rela..punah harapannya untuk melihat satu-satunya anak perempuannya membesar seperti kanak-kanak yg lain..
Sofiyya sayang...kamu sememangnya anak yg kuat..kuat berjuang bertarung nyawa untuk membesar seperti kanak-kanak lain..kuat berjuang demi membahagiakan mama dan papa kamu..kamu mesti terus sihat sayang..mama kamu takkan pernah biarkan kamu menanggung kesakitan itu seorang diri..mama kamu akan sentiasa berada di sisi kamu walau apa pun yg terjadi..mama kamu sama seperti kamu sofiyya...semangat juangnya tinggi demi melihat kamu sembuh seperti sediakala..semoga Tuhan sentiasa memelihara kamu sofiyya..dan moga-moga satu hari nanti akan ada penawar buat kamu untuk sembuh dan pulih seperti sediakala....amin yaa roobbbb...