Mentang-mentang la raya korban...makanya stok daging pun melambak..hari-hari ko pulun masik daging sampaikan dah ketandusan idea nak masak ape dgn daging ni...penyudahnya...terpaksa mintak tolong abg google..makanya terhasil la daging masak merah ala gerai...kelas nama ko jahhh..tapi mmg sedakk. X rugi mencuba..jom kita tgk apa resepi yg diperlukan utk buat menu ni.
Bahan-bahan:
1/2 kg daging dipotong nipis dan direbus
1biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau
1cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup sebagai hiasan
Cara-cara:
- tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau.
- masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato..sekiranya nampak terlalu kerinf boleh tambahkan air.
- masukkan sedikit garam dan kemudian masukkan daging.
- masukkan cili capsicum hijau dan taburkan daun sup dan daun bawang...siap sedia utk dimakan.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment