Thursday, June 27, 2019

Bukan Cinta Aku

Assalamualaikum

Kat rumah aku mmg kurang sangat-sangat tengok tv..kebiasaannya kalau aku terjebak pun sbb tertengok...bila dah tertengok..bila hari jumaat aku mmg marathon tgk cite-cite yg aku mcm dah terjebak..sbb x sempat tgk kat rumah kan..cite ni nak kata syiok..mcm best lagi cite sblm ni yg aku tgk kot..cuma aku layan ost dia je la...ko jgn tanya aku awal cite ni cemana..sbb aku tak tgk lagi..tatau bila nak tgk..sbb skrg aku sgt2 bizi kejor dateline...sooobbbsss..ko baca je la sinopis bawah ni dulu ye..

Sinopsis

Mengisahkan Rania, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna.

Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania.

Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali.

Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania.

Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya.

Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?


Dinie & Khai- Bukan Cinta Aku


Monday, June 24, 2019

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam dan kena jaga aurat

Assalamualaikum

Musim-musim ghaye nii jgn pulak ko lupa batas-batas bila bersalam ye..dah syiok sgt beghaye..sampai yg patutnya ko x bleh salam pun ko tibai salam...meh kita buat ulangkaji sket bab ni..😼

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam dan kena jaga aurat:

Jika kita seorang Lelaki:-

1. Kakak Ipar
2. Adik Ipar perempuan
3. Sepupu perempuan
4. Sepupu Ayah (perempuan
5. Isteri kepada adik beradik bapa
6. Isteri kepada adik beradik emak
7. Adik beradik perempuan bapa mertua
8. Adik beradik perempuan emak mertua
9. Anak perempuan adik beradik isteri
10. Sepupu Emak (perempuan)

Jika kita seorang Perempuan:-

1. Abang Ipar
2. Adik Ipar Lelaki
3. Sepupu Lelaki
4. Suami kepada adik beradik bapa
5. Suami kepada adik beradik emak
6. Adik beradik lelaki bapa mertua
7. Adik beradik lelaki emak mertua
8. Anak lelaki adik beradik suami
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Ada yang tak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya tak boleh.

Haa..dah tahu kan??

Jangan buat-buat lupa pula. 😅

Jadi sekarang dah tahu..minta minta ler sampaikan pula pada saudara mara dan sahabat anda yang lain ..🌀🕌🕌🌀🚶

Friday, June 21, 2019

Resepi bakso mudah dan sedap

Assalamualaikum

Sapa suka makan bakso???aku ada time-time aku akan teringin nak makan...teringat dulu masa duduk Bukit Mahkota...asal ada pasar malam je mesti beli bakso dekat sorg kakak tu...bakso dia beso penumbuk weiii...pastu ada la beberapa ketul anak bakso...bulan puasa ari tu tetiba rasa teringin...maka terhasil laa homemade bakso...tapi aku kan pemalas....so aku x de la gentel bakso...aku beli meatball siap je...jom kita tgk resepi bakso..


Bahan-bahan sup:

Meatball (aku pakai cap salim..mmg terbaik wehh..sedakk)
Tulang or daging
Minyak masak
Beberapa ulas bawang putih
sebijik bawang merah
sedikit halia
serai (ketuk)
blackpepper
white pepper
kiub daging/lembu cap knor ke apa ntah..aku lupa
air
garam/gula

Cara-cara:

- Tumbuk bawang putih merah dan halia (kalo ko malas...sumbat je dlm blender..setle)
- Tumis semua bahan yg ditumbuk td
- Masukkan halia yg dah diketuk
- Masukkan sedikit air
- Masukkan sedikit blackpepper dan whitepepper
- Masukkan kiub daging/lembu
- Humban segala tulang, daging dan bakso...
- Tambahkan air lagi..ikut la berapa byk ko nak kuah tu
- Perasakan dgn garam dan gula
- Setle

Bahan sambal:

Cili padi merah dan hijau
beberapa ulas bawang putih
serbuk perasa
air rebusan daging or tulang 
cuka

Cara-cara:

- Rebus cili padi dan merah bersama dgn bawang putih
- Toskan dan masukkan ke dlm blender bersama dgn air rebusan daging/tulang
- Masukkan sedikit cuka dan serbuk perasa
- Setle


Macam aku...aku suka makan dengan meggi cintan..ko beli la meggi kosong tuuu...dan rebus..untuk sayur-sayur dia..x susah pun..ko cuma perlukan kobis, daun bawang, daun sup dan bawang goreng kalau korang suka...nak makan nanti boleh laaa letak sambal pedas berapi tu dan jangan dilupakan kicap manis cap ABC...walaweiiiiii..mmg berpeluh la ko makan...resepi aku dah bg..ape lagi..pi la try test buat...k la...till next entry..tata..

Thursday, June 20, 2019

RAYAcation @ Tenera Hotel - Review

Assalamualaikum

 Image result for tenera hotel

  Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-89299600
Sori..dah lama aku x update blog...seronok sgt beraya gamaknya..tapi x jugak..sbb raya aku tahun ni biasa-biasa je..tak de yg menarik..tahun ni kitaorg x balik beraya kat kampung atas sebab-sebab tertentu...so bagi mengubati rasa sedih anak-anak sbb tak dapat beraya kat kampung...encik suami bawa anak-anak ke sini..x jauh pun...x sampai 5 minit pun dari rumah..gataii kann...takpa laa..kita saja nak try test hotel baru...kot ok kang bleh repeat lagi..😝😝


Masa cek in hari tu dorg bg cookies raya..maklum la raya 1st kannn...mujur dorg x kasi lemang ketupat..tapi kot kalo bagi apa salahnya...mmg aku sebat je..Aku booking studio suite..ikutkan harga utk satu malam ialah RM249.99..tapi mcm biasala..traveloka kan slalu buat promo best2...so dpt diskaun RM19.99...so aku just bayar RM230..itu blom lagi cashback...korang nak tau tak berapa cashback aku dpt?aku dpt cashback RM12.93..huhuhu...


Studio suite ni ada hall..luas la jugak bilik dia...dan cantik...maklum le...hotel baru kan


Ruang tamu...ada channel astro x silap aku..budak-budak ni la yg tgk..aku x layan mana...


Di sinun ialah dapur..satu je x syiok..x de microwave..kalo ada microwave..mcm complete sket la kan..tapi ada la elctric stove..tapi aku x try pulak ari tu...sbb aku pi sana lenggang kangkung..maklum laa...2 kangkang kera je dr rumah 😛😛😛😛😛


Cantik kan dapur dia...kettle ada...coffee tea pun ada...mini fridge pun ada....tapi kat dlm kitchen kabinet tu laaaa...so dr sini mmg x nampak ye...


Ada small dining table for 2..sebelah tu pulak bedroom..konsep open gituuuuu


Ni view dari pantry td...pantry berdepan dengan bedroom ye..


Agak-agak boleh imagine ke?blkg katil ialah hall...sebelah kitchen tu bilik mandi...


Bilik mandi luas la jugak..siap ada bath tub..so agak-agak kalo budak-budak x puas berendam...boleh la sambung dlm ni pulak..aku suka bathroom dia sbb lantai x licin...so takde la aku risau budak jatuh ke hapa...


Mineral water for 2


Pantry


Mcm biasa laa..kettle and the gang mmg wojib ada..


Ni mmg harus aku kutip bawak balik..aku kan suke ngumpul...nanti aku up kat blog...tayang koleksi kat korang...bhahaha..


Swimming pool...standard laa...ada kolam budak dan dewasa..cuma x syiok sbb x de gelongsor ke apa...kira kurang menarik laa utk bdk2...tapi aku suka sbb nampak santai sgt2..masa budak-budak mandi ni mmg x de org le..maklumlaa..hari raya kan..lupa plak aku nak bgtau...dlm bilik iron and iron board pun ada...so ko toksah la gigih beno hangkut iron ye...sejadah pun ada jugakk...aku kalo hotel yg provide sejadah n quran ni aku mmg tabik spring sket...huhuhu

Kesimpulannya..bg aku hotel ni okla...sbb baru kan..bilik pun luasss...siap ada extra pillow..cuma x de la provide toto siap mcm palm garden hotel kan..nak kalu...ko hangkut la toto sendiri ye...cuma satu je laa...hotel ni located near factories..kawasan kilang nyah...so kalo ko duk kat balkoni..ko nampak permandangan kilang je la..mcm aku..nampak la kilang calpis depan idung..mujur anak aku x meraung gajah je mintak air calpis tuuu..bhahaha..bab foods..aku x bleh nak review..sbb aku x ambik package skali breakfast..tu je kot...kla..till next entry..tata..