Thursday, June 27, 2019

Bukan Cinta Aku

Assalamualaikum

Kat rumah aku mmg kurang sangat-sangat tengok tv..kebiasaannya kalau aku terjebak pun sbb tertengok...bila dah tertengok..bila hari jumaat aku mmg marathon tgk cite-cite yg aku mcm dah terjebak..sbb x sempat tgk kat rumah kan..cite ni nak kata syiok..mcm best lagi cite sblm ni yg aku tgk kot..cuma aku layan ost dia je la...ko jgn tanya aku awal cite ni cemana..sbb aku tak tgk lagi..tatau bila nak tgk..sbb skrg aku sgt2 bizi kejor dateline...sooobbbsss..ko baca je la sinopis bawah ni dulu ye..

Sinopsis

Mengisahkan Rania, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna.

Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania.

Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali.

Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania.

Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya.

Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?


Dinie & Khai- Bukan Cinta Aku


No comments:

Post a Comment