Assalamualaikum
Hari ni nak share resepi ayam goreng berempah..1st time buat...tapi bg aku menjadi laaa...jom kita tgk apa bahan-bahan yg diperlukan utk buat ayam berempah...senang je rupanya..ingatkan susah benauu.. bhahahaha
Bahan-bahan:
Ayam
4 ulas bawanga merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Satu biji telur
Garam
Daun kari
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah,bawang putih, halia,lengkuas dan serai
2. Masukkan serbuk cili,serbuk jintan manis,serbuk ketumbar dan serbuk kari daging. (gaul rata)
3. Masukkan tepung jagung dan tepung beras (gaul)
4. Pecahkan sebiji telur (gaul)
5. Perapkan ayam utk seketika (lagi lama lagi bagus)
5. Goreng ayam (taburkan daun kari masa tgh goreng ayam)
Kla....till next entry..selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment