Showing posts with label Syifa Al-Hidayah. Show all posts
Showing posts with label Syifa Al-Hidayah. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Bangkit Dari Ambang Maut

Assalamualaikum 

'Tanda awal yang ku alami adalah kurang selera makan.
Tidakku sangka sebenarnya ia adalah kanser  prostat.
Berat Badanku susut dan hidupku mula kalut.'

Encik Aziz bin Ngah




Siapa pernah menyangka bahawa diri mereka akan diserang kanser, dan sepanjang hidup mereka perlu bertarung dengannya. Malah sebaik kanser dikesan, ia sudah berada pada tahap akhir. Itulah yang berlaku kepada saya.

Saya mula mendapat tahu bahawa saya menghidap kanser prostat pada bulan Januari tahun 2010 setelah ujian dijalankan oleh doktor. Pada mulanya saya berasa kurang selera makan. Tambahan lagi, selera makan saya boleh terhenti secara tiba-tiba walaupun sewaktu saya sedang menjamah makanan. Ketika itu, berat badan saya mula susut dengan begitu ketara. Saya menjadi amat kurus. Pada awalnya saya tidak mengesyaki bahawa saya menghidap kanser. Sebaliknya, saya beranggapan bahawa ia mungkin sekadar hilang selera akibat usia yang semakin meningkat tua. Lama kelamaan saya hampir hilang terus selera makan. Saya menyangka, saya mungkin terkena santau dan sebagainya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, saya sering makan di luar.

Akhirnya saya memberanikan diri untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati terdapat 6 spot kanser di kawasan prostat. Ketika itu juga, doktor menyatakan bahawa kanser tersebut sudah berada pada tahap empat. Seterusnya doktor menunjukkan bacaan PSA (Prostate specific antigen) iaitu sebanyak 509.12!Padahal bacaan PSA untuk manusia normal adalah pada skala 1 hingga 4. Itu adalah satu bacaan yang amat tinggi dan penyakit sudah berada pada tahap kronik. Kemudian, doktor memeriksa pula bahagian lain di tubuh saya. Doktor mendapati terdapat 10 spot kanser yang sudah menyerang pada tulang di bahagian atas.

Pada tahap ini, doktor sudah tidak boleh menjalankan pembedahan lagi kerana kanser sudah merebak. Malah kemoterapi juga tidak dapat dilakukan keran tulang-tulang saya sudah menjadi rapuh. Saya hanya diberikan suntikan Hormone Theraphy berkala pada setiap 3 bulan selama 2 tahun tetapi bacaan PSA masih tidak menurun iaitu 500 lebih.

Keadaan saya semakin lemah. Setiap kali membuang air kecil, terdapat darah dalam air kencing. Sendi-sendi dan tulang bahagian belakang saya teramat sakit. Saya gagahkan diri untuk meneruskan perniagaan walaupun hakikatnya tubuh badan saya berasa terlalu sakit.

Pada akhir tahun 2011, saya hanya redha dan mencari rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Isteri mengajak saya untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerana rawatan di sana berasaskan al-Quran. Saya mula bertemu Haji Lokman. Ketika itu, beliau ada menyentuh tulang belakang saya lalu memberikan beberapa rangkaian ayat untuk diamalkan. Saya yakin bahawa inilah ubta sebenar saya. Saya pulang ke rumah dan mengamalkan bacaan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. Saya turut mengamalkan solat malam dan berzikir seperti yang disarankan.

Setelah melalui beberapa sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, saya pergi menjalankan pemeriksaan semula di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati bacaan PSA saya turun hingga 3.22! Doktor berasa amat terkejut dengan penurunan itu. Malah saya sendiri tergamam dan amat bersyukur kepada Allah SWT. Saya merasakan diri ini seolah-olah dilahirkan semula. Daripada penyakit yang sudah di ambang maut, kini kembali pada tahap yang di bawah paras bahaya. Semenjak itu, saya terus-menerus mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Hidayah. PSA saya terus berada pada tahap yang terkawal.

Melalui pemeriksaan selanjutnya doktor mendapati kanser-kanser di bahagian tulang juga tidak ada lagi. Malah, doktor ketika mendapati perkembangan baik penyakit saya ini pernah berkata, andai saya mati, saya bukan mati kerana kanser yang sedang dihidapi ini.

Kuasa Allah SWT, tiada yang mustahil. Isteri adalah individu yang paling banyak membantu saya dalam menempuh hari-hari yang penuh dengan debaran dan kesakitan. Beliau sering menasihatkan saya agar redha dan yakin hanya kepada Allah SWT. Tidak semestinya yang sakit akan pergi dahulu. Andai sudah ketetapan ajal, yang sihat juga kadangkala lebih awal pergi menghadap Ilahi. Dengan dorongan semangat itulah, saya terus berusaha mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran yang diberikan. Saya menunaikan solat malam, memohon kesembuhan daripada Allah SWT.

Ke mana sahaja saya pergi, saya akan membawa keratan potongan ayat al-Quran yang diberikan. Saya membuat salinan keratan tersebut dan membawanya ke mana-mana untuk di baca. Tidak kira di mana sahaja, saya bekerja atau berniaga, saya tidak lupa untuk mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran tersebut. Berkat ketekunan dan kesungguhan serta semnagat saya ini, Allat SWT mengizinkan saya untuk menemui sinar kesembuhan. Siapa sangka, daripada kanser tahap empat yang kronik, pada usia 66 tahun ini, beserta bacaan kanser PSA yang terlalu tinggi berbanding paras normal. Sekarang saya sihat dan bertenaga. Bahkan, saya dapat melalui hari-hari seperti individu normal yang lain. Terima kasih ya Allah...

Sumber: Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser.
Penulis: Hj Lokman Abdul Hamid
Penerbit:Must Read Sdn Bhd.
Tahun Cetakan: 2013

P/S: Dialah ABOH saya..Dialah AYAH saya..Dia yang KUAT..Dia yang Tabah..Semoga Tuhan sentiasa pelihara kesihatan aboh..aminnn

Update: Skrg aboh di Azzahrah..pagi ni muntah2 di hospital.. :(

Ya Allah...ringankanlah kesakitan yang ditanggung oleh ABOHKU ya Allah...


Friday, November 23, 2012

Ayat Syifa Al-Hidayah Part 1

Assalamualaikum

AYAT BACAAN SIANG
SUROH YUUSUF  AYAT 94-100




94. dan semasa Kafilah (Mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya Yang ada di sisinya): "Sesungguhnya Aku ada terbau akan bau Yusuf. jika kamu tidak menyangka Aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".

95. mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada Dalam keadaan tidak siumanmu Yang lama".

96. maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita Yang mengembirakan itu, Dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, Sesungguhnya Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya?"

97. mereka berkata: "Wahai ayah kami! mintalah ampun bagi Kami akan dosa-dosa kami; Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang bersalah".

98. Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

99. maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di Dalam aman.

100. dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah Dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. dan Sesungguhnya ia telah melimpahkan kebaikan kepadaKu ketika ia mengeluarkan daku dari penjara; dan ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku Dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa Yang dikehendakiNya; Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


AYAT BACAAN MALAM
SUROH AR-RO'D AYAT 30-43
   




30. Demikianlah, Kami utuskan Engkau (Wahai Muhammad) kepada satu umat Yang telah lalu sebelumnya beberapa umat Yang lain, supaya Engkau membacakan kepada mereka Al-Quran Yang Kami wahyukan kepadaMu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. kepadaNyalah Aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)".

31. dan kalaulah ada mana-mana Kitab suci Yang Dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau Dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau Dengan sebabnya orang-orang Yang telah mati dapat menjawab kata-kata Yang dihadapkan kepadaNya, maka Al-Quran ialah Kitab suci Yang mengandungi mukjizat. (tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan Segala urusan tertentu bagi Allah. maka tidakkah orang-orang Yang beriman mengetahui Bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). dan orang-orang Yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat Yang berhampiran Dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

32. dan Sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul Yang diutus sebelummu (Wahai Muhammad), lalu Aku biarkan orang-orang Yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa Yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka Dengan azab; maka tidaklah terperi seksaNya azabKu itu.
33. setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan Yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa Yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk Yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka Yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). atau Adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa Yang tidak diketahuiNya di bumi? atau Adakah kamu menamakannya Dengan kata-kata Yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang Yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan Yang benar. dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya Yang salah) maka tidak ada sesiapapun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.

34. mereka beroleh azab Dalam kehidupan dunia, dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi; dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun Yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.

35. sifat syurga Yang dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. itulah kesudahan usaha orang-orang Yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang Yang kafir pula ialah neraka.

36. dan orang-orang Yang Kami berikan kitab, mereka bersukacita Dengan apa Yang Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada Yang mengingkari sebahagiannya. katakanlah: "Sesungguhnya Aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya Aku tidak mempersekutukanNya Dengan sesuatu Yang lain: kepadaNyalah Aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan)".

37. dan Demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum Dalam bahasa Arab. dan Demi sesungguhnya, jika Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau peroleh dari Allah sesuatupun Yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara Yang tidak diingini).
38. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah. tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum Yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".

39. Allah menghapuskan apa jua Yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala suratan".

40. sama ada Kami perlihatkan kepadamu (Wahai Muhammad) sebahagian dari azab Yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum Yang Kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.

41. mengapa mereka Yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan Bahawa kekuasaan Kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) Dengan menjadikan Dia kurang sedikit Demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa Yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun Yang dapat menghalang hukumNya, dan Dia lah juga Yang amat cepat hitungan hisabNya.

42. dan Sesungguhnya orang-orang kafir Yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): oleh itu, (janganlah Engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah Kuasa menggagalkan Segala jenis rancangan jahat. ia mengetahui apa Yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang-orang Yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan Yang buruk) pada hari akhirat kelak.

43. dan orang-orang Yang kafir itu berkata: "Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku Dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang Yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah".






Ayat Syifa Al-Hidayah Part 2

Assalamualaikum


SUROH ANBIYA 82-90
BACAAN MALAM



82. dan (Kami mudahkan) sebahagian dari syaitan-syaitan untuk menyelam bagiNya, serta melakukan kerja-kerja Yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahNya).

83. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani".

84. maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit Yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, Dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang Yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

85. dan (Demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang Yang sabar.

86. dan Kami masukkan mereka Dalam (kumpulan Yang dilimpahi) rahmat kami: Sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang Yang soleh.

87. dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

88. maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari kesusahan Yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang Yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

89. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi".

90. maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.

 SUROH AN NAML  56-70
BACAAN SIANG
  



56. maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang mendakwakan dirinya bersih suci ".

57. lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan Dia menjadi dari golongan Yang tertinggal Dalam azab.

58. dan Kami hujani mereka Dengan hujan Yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab Yang menimpa orang-orang Yang telah diberi amaran.

59. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan Selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) Yang dipilihNya. manakah Yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda Yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?

60. bahkan siapakah Yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) Dengan indahnya, Yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum Yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).

61. atau siapakah Yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang Yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan Yang tawar) sekatan (semula jadi) Yang memisahnya? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

62. atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati (Nikmat Allah itu).

63. atau siapakah Yang menunjukkan jalan kepada kamu Dalam gelap-gelita darat dan laut, dan Yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita Yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa Yang mereka sekutukan dengannya.

64. atau siapakah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang Yang benar ".

65. Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati).

66. bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada Dalam syak mengenainya; bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.

67. dan orang-orang Yang kafir berkata: "Adakah sesudah Kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, Adakah Kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?

68. "Demi sesungguhnya, Kami telah dijanjikan Dengan perkara ini, Kami dan juga datuk nenek Kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".

69. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang berdosa itu".

70. dan janganlah Engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,) dan janganlah Engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya Yang mereka lakukan.