Assalamualaikum
10 Disember baru ni abg Yusuf sunat.Aku dan encik suami x de plan langsung nak sunatkan dia. Kebetulan anak sedara aku si Syafiq nak sunat on 10 Disember tu..sejak dia tahu Syafiq nak sunat, hari-hari dia zikir nak sunat.Penyudahnya masa hari kejadian Yusuf melalak mintak sunatkan dia.Haa..ko nak sunat sgt kan??Makanya gigih la aku call Azzahrah..tanya buleh tak kalau nak tambah sorang lagi calon utk bersunat..eh.Sib baik buleh..member terus senyum lebar. Frankly speaking aku mmg tak ready langsung Yusuf nak sunat. Aku takde buat homework apa-apa tentang sunat baik dari segi penjagaan, pemakanan..semua aku tatau.
Lepas solat zohor kitaorg terus gerak ke Azzahrah. Yusuf mmg cool habis. Ceria & bermain macam biasa. Takde nampak gelabah or takut. Mayb sbb ada geng kot.Memula Syafiq yg masuk bilik prosedur dulu.Syafiq keluar tu aku tgk masih mampu senyum walaupun mata bergenang mcm nak nangis.Time ni aku dah rasa lain mcm.Debar gitu mengenangkan cemana la encik suami dengan Yusuf dalam bilik prosedur.Tiba-tiba aku dengar suara org menjerit dlm bilik rawatan.Ahhh sudah..anak aku dah mula menjerit ni.Mundar-mandir aku duk depan pintu bilik rawatan. Macam-macam yg aku dengar. Antaranya sakit ayah..sakit doktor..tanakkk..menjerit mmg banyak laaa...last aku dengar Yusuf menjerit Allahuakhbar 2x..Tak lama tu pintu bukak..Yusuf lap airmata..Gigil lutut aku ni haa..😓😓😓😓
Aku terus setle bill meanwhile encik suami terus bawak Yusuf masuk dlm kereta.Nak tunggu bil & ubat sket punya lambat.Encik suami siap msg bgtau Yusuf dah meraung2 dalam kereta..menggigil tahan sakit. Dapat je ubat aku terus berlari menuju kereta & terus bagi ubat kat Yusuf.Sepanjang dlm kereta dia nangis. Mmg nampak dia trauma. Mcm aku kata tadi..aku x prepare lgsg utk sunat Yusuf. So by the time ko sampai rumah ko tatau nak letak anak ko kat mana..nak sangkut kain kat mana. Sib baik la ada atuk & nenek yg genius. Ko duduk bawah meja je laa ye bang..pastu tutup meja dgn selimut nak cover bird tu haa..kakakaka..Apa pun ni 1st pengalaman aku anak bersunat. Mmg horror weiii..Untuk panduan korg yg nak sunat anak..aku ada tepek beberapa info kat bawah.Kena ready mental & fizikal hokeh!💪💪💪
Takyah sangkut kain bagai..ko kasik je dia duduk bawah meja tu ha..pastu tutup meja pakai selimut.Setle!😜😜😜😜
Apa itu berkhatan dan mengapa ia perlu
Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala
zakar. Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat dimana
kotoran, virus dan najis terperangkap. Beberapa faedah yang telah
dibuktikan termasuk:
Jangkitan saluran kencing (UTI)
10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing.
Kanser alat kelamin
3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.
Penyakit kelamin
Mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis STD iaitu HIV, syphilis (2 kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).
Phimosis
Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur
perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling zakar dan
aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu zakar mati jika tiada
rawatan.
Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)
Keradangan hujung zakar dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh
dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan
dapat menghindari pengulangannya.
Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satupun belum dapat dibuktikan kesahihannya.
Prosedur Berkhatan
Prosedur berkhatan agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara:
Kaedah khatan konvesional atau ‘dorsal slit’
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.
Kaedah ‘laser’
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan
ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit
tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan
pendarahan.
Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma
perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti
‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia
mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.
Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa
terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam
apabila telah baligh, dalam linkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik
dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak
berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika anda ingin melakukan
khatan pada bayi.
Penjagaan selepas berkhatan
Ibubapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:
Bersih dan kering
Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan.
Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan
penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara
semulajadi.
Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh
dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan
jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut
dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin.
Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat
pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan
gugur sendiri selepas 5-8 hari.Secara umunya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi
kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7
hari.
Pengambilan ubat
Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan
ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana
ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi
anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil
aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor
atau mudim.
Biarkan mereka berehat
Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh,
biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan
menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki
sehingga bengka surut sepenuhnya.
Berpakaian longgar
Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak
mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain
pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari.
Bertemu doktor
Dapatkan nasihat doktor jika:
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
• bengkak berterusan selepas 2 minggu
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
• bengkak berterusan selepas 2 minggu
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari
Sumber: The Asia Parent
Kla..Aku tau aku dah lama x update blog.Bukan takmo update.Tapi hujung tahun aku sibuk siapkan report & kpi yg nak dicapai..Kang aku sambung lagi..till next entry..babaiiii
hahah meja style jepun tu..macam comel je duk bawah meja camtuh..tu la kan idup kena kreatif baru senang plus ceria je
ReplyDeleteitu laa pasal..bile dah terdesak...semua idea buleh muncul...meja pun meja laahh..janji takde yg terjun tiruk atasss bird dia..naya jahhh
Delete