Thursday, July 29, 2010

Day 6- Home Sweet Home

Tibalah hari yang saya tunggu-tunggu..masa untuk pulang ke tanah air..seawal 4 pagi dah bangun..pukul 5 dah bergerak ke airport..sebelum naik bas kami dibekalkan dengan makanan dari pihak hotel..dah selamat pun makanan tu saya bg kat cleaner-cleaner airport..selesai check in..terus masuk dlm flight..flight gerak kul 9 pagi..perjalanan pulang mengambil masa selama 6 jam..kematu buntut nak sampai malaysia..sepanjang perjalanan saya dan eishah bantai tido..


Selamat tiba di KLIA lebih kurang 3.30..sebelum balik..salam dan tukar no phone dan alamat dengan ahli rombongan yang lain..maklum ler..ahli rombongan ramai org ganu..kang balik ganu boleh roger2..

Kami tiba di rumah lewat jugak sbb nunggu si ateh pi amik nsetnye yang tertinggal di imigresen..sapai kat rumah..nampak yusuf..rasa mcm nak nangis jer..lama nyer tak tgk yusuf..en suami tidak ade di rumah..dia ke terengganu atas urusan kerja..seminggu lepas tu baru dapat jumpa en suami..si yusuf buat booolayannn jer tgk ibu..x heran pun..ngan saya pun dia tanak..mcm x kenal jer..sedisssssssssssssssssssss...ni la kali pertama dan terakhir saya travel tanpa suami dan yusuf..pasni nak g mana2 mmg kena angkut skali..kesimpulannya..trip ke Beijing seronok dan memberi seribu satu pengalaman buat saya..tapi best lagi MALAYSIA..rindu nak minum kopi o..hahahaha..pasni ke mana pulak??aboh nak g Ho Chi Minh..harap2 nya sempat la tuan belog kumpul dui utk bawak anak suami skali...sekian cerita pasal Beijing..berjumpa di Episod jalan-jalan yang akan datang pulak..bye bye..





Wednesday, July 28, 2010

Beijing-Day 5

Hari ke 5 di Beijing..sama jugak mcm hari2 sebelum ni..bangun awal..pagi ni destinasi pertama ialah melawat Bird Nest..Kat sini saya ada sertakan skali sedikit info mengenai bird nest..

Stadium Nasional Beijing (Cina Tradisional: 北京國家體育場; Cina Ringkas: 北京国家体育场; Hanyu Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; Tongyong Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng), juga dikenali sebagai Stadium Nasionalatau "Sarang Burung" (鸟巢) masih berada dalam pembinaan di Olympic Green di Beijing, China yang dijadual siap sepenuhnya pada Mac 2008. Stadium ini akan menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.


Ini adalah gambar dari jarak jauh dari luar stadium..

Gambar dari depan stadium

Kami di depan kawasan stadium..


Ini pula permandangan luar Pusat Akuatik Nasional Beijing..

Selesai melawat Bird Nest, kami singgah di kedai jade berdekatan..bezanya kedai jade ini bukan kerajaan punya..ianya milik swasta dan pemiliknya ialah warga malaysia..tokei sendiri yang dtg layan kitorg tu..siap bg jade percuma dekat sumer kanak-kanak dlm rombongan kami..haiiiihhh..untung jadi eishah..hahaha..selepas selesai lawatan k kedai jade tersebut kami dibaawa ke restoren berdekatan dan terus bersolat sbb lepas ni kami akan di bawa untuk menghabiskan duit di silk market..mula-mula kami dibawa ke Yashow Market..katenye kalau ada yang nak beli handphone bagus beli disini kerana kualitinya lebih terjamin..oo..x ingat plak nak bgtau..sebelum ke Yashow market kami singgah di kedai Hard Rock Cafe..Tuan punye belog nak beli baju untuk suami terchenta...kami di Yashow market sekejap saje sbb tempatnya tak menarik mcm kat silk market..



Sudahnyer kami shopping di silk market sampai 6 ptg..tuan belog tak beli apa pun..tp yg pastinya eishah tido dalam keadaan senyum la sbb hajat kesampaian..
Sebelum balik..macam biasa la..makan malam terlebih dahulu dan macam biasa..saya x makan pun..ini ialah permandangan di dalam restoren..

Saya dan eishah di luar restoren..biasalah..dah nama pun x makan..baikla ambik gambar kat luar..

Kami...bersama dengan ALI..tourist guided yang sangat baik, peramah dan boleh berbahasa melayu..time ni tugas dia dah nak abis..digantikan dengan rakan sekerjanya yang lain..x sempat dia nak hantar kiteorg sumer ke epot esok sebab dia ditugaskan untuk bawa rombangan lain pulak..Sekian cerita hari ke 5..Cerita hari ke 6 saya sambung nanti..


Tuesday, July 27, 2010

Beijing-Day 4

Hari ke 4 di Beijing sama mcm 2 hari lepas jugak..mcm biasa bangun awal..jadual hari ini ialah melawat Summer Palace..Dalam bas sebelum sampai ke Summer Palace kami diceritakan serba sedikir sejarah Summer Palace..Menarik jugak..cumanya dalam hati saya berdoa jangan la kena menapak sejauh mcm dekat Forbidden City hari tu..kalau tak..ada yang pengsan nanti..hihihi

Saya dan eishah..di dalam kawasan Summer Palace..tempatnya mmg cantik dan luas..ada banyak pintu masuk..tapi kami cuma melawat selama sejam..kalau nak melawat kelseluruhan tempat ni dankeluar di pintu lain akan mengambil masa lebih kurang 3 jam..pengsann!!!!!!!!! Di bawah saya sertakan sedikit info yang saya dapatkan drpd internet bekaitan dengan Summer Palace..
Istana Musim Panas ('Yihe Yuan') terletak di pinggir bandar Beijing,China , kira-kira 15 km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga , arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk [Tasik Barat]] di Hangzhou.
Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.
Asalnya dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749 .
Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis 1960 dan Pemberontakan Boxer 1900. Tetapi 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'. Setelah itu Ratu Cixi menetap di sana.

Masih lagi di dalam kawasan Summer Palace..berehat sambil menunggu orang lain menyanyi di dalam bilik air..


Di dalam Summer Palace ni pun ada Istana jugak..katanya ada anak raja yang dikurung di sini oleh Pemaisuri Cixi dulu..namanya saya dah tak ingat..tapi kisah sejarahnya seronok dan menarik jugak...pernah jugak didramakan kisah tu..

Inilah dia tasik yang terdapat di dalam Summer Palace..Berdekatan tempat ni ada satu pondok..katanya di pondok itulah permaisuri Cixi menyanyi utk menarik perhatian maharaja dan selepas itu la dorang kawin dan dapat sorang anak..chewaaahhh..
Nampak tak tokong di belakang eishah tu..yg tu pun masih dalam kawasan Summer Palace..rasanya mesti korang boleh imagine betapa luasnya kawasan ni..
Selesai melawat Summer Palace..kami di bawa melawat ke Kilang Mutiara..Mutia di sini semuanya di ternak di Summer Palace..Dekat tempat ni ada gambar permaisuri Cixi..Walapun time tu dia dah berumur tapi dia tetap nampak muda dan cantik kerana dia sorang yang sukakan kecantikan..dia la yang hasilkan produk kecantikan drpd mutiara..ada krim dan sebagainya..Ooo..lupa nak bgtau..kat sini eishah dpt satu mutiara fresh drpd staff di sini..hihihihi..lepas melawat kilang mutiara tu kami di bawa makan tghari di restoren dan terus solat di masjid berdekatan..

Tadaaaaa...ni la dia tempat di mana pelancong selalu shopping..SILK MARKET..kami ke sini selepas makan dan solat..kat sini la kami borong alas mja dan baju utk anak dan sedara mara..dan di sini jugakla tuan punye belog telah glamer sebab si eishah menangis meraung-raung nak beg princess..time ni tuan punye belog telah bertukar menjadi incfedible hulk dan mula memulas dan mencubi eishah dengan sepuas hati..saboooooooooooooooo jer la...saya tak shopping apa pun..cuma beli baju utk yusuf dan eishah jer sorang selai..kami singgah di sini pun cuma sejam jer..sambung shopping di sini esok ptg pulak..sblm pulang ke hotel kami di bawa makan di restoren halal berdekatan dan setelah makan terus pulang ke hotel..

Monday, July 26, 2010

Beijing Day 3

Hari ke 3 di Beijing sama dengan semalam jugak..macam biasa saya bangun awal dan terus ke bilik mok..mama dan mok masak nasik lemak hari ni..adoila....rindu nyer dengan makanan malaysia..tak boleh tahan beb..kiteorg sepakat tanak turun breakfast di kafe hotel..buat apa nak turun kalau makan pun tak..baik duk bilik jer dan makan makanan yang dimasak sendiri...sangat mabelessssss...gambar nasik lemak tak ingat nak ambik sebab tuan rumah kedaung tgh lahap pulun nasik lemak time tu..siap bawak bekal lg untuk makan tghari karang...hihihihih..Pagi ni kalau iku dalam jadual kami akan dibawamelawat ke kilang jade dulu..perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam jugak x silap..


Tadaaaaa.....dah sampai pun..yang pastinya kami x beli apa-apa pun kat sini sbb tak ada apa yang dihajati..cuma ateh jer la yg beli sarung bantal jade..katenye boleh ilangkan panas kepala..yg tu saya tatau la betul ke tak..balik ganu ni bleh la dptkan testimoni dari ateh pasal sarung bantal jade tu..hahahah

Saya dan eishah..kat level bawah ni menempatkan segala pasu relika bintang n manusia daripada jade..bapak besauuuuu...rege pun mahaiiii..

Rantai gelang pun ada jugak..tapinya saya tak berminat..duk kat level ni kena hati-hati sket..maklumla..bawak eishah..lasak.buatnye pecah ker aper ke brg2 tu..x pasal-pasal melayang la duit saya tu..


Nak dijadikan cerita..kat sini pun ada benda yang terjadi..nak kata lucu x lucu..tapi kesian la sbbnyer mender ni terjadi kat nenek saya..tak cukup dengan cerita saya kena kejar dek pengemis..nenek saya pulak jatuh bedebing kat tangga kedai jade..seingat saya time tu pakcik saya baru duk bebel pesan-pesan kat nenek saya jalan tu tgk2 sket..skali kiteorg pandai depan jap jer..tgk2 dia dah jatuh terduduk..sian la...mesti sakit tu x rasa lagi skrg..tp lepas ni mesti rasa sket..pakcik saya x abis2 membebel pastu..siap citer balik sumer kisah2 nenek saya jatuh dlm longkang la bla bla bla...lawak lawak....

Dah sudah cuci mata di kedai jade..kami di bawa ke Great Wall China..oh ya..selepas ke kedai jade..kami di bawa ke kedai kristal..tapi gambarnya saya x sempat ambik sbb kami cuma singgah sebentar an di sini la anak saya telah menjahanamkan stok dui saya..die mintak rantai beb..layan jer la..bukannyer slalu pun..

Berbalik pada Great Wall China..di sini ada saya sertakan serba sedikit info tentang great wall china..
"Tembok panjang 10,000 merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

pada awalnya..sebelum sampai ke sini..saya ingatkan nak la naik tembok cina ni..skali bila dah sampai..dah tgk..gilllerrr..camner nak panjat ni..curam giller tangga..dah le ngan eishah lagi..penyudahnya kami cuma naik beberapa tangga dan ambil gambar di bawah saja..dah la panas terik time ni..panas panas panasssssss...lupe nak bgtau..nenek saya duduk dalam bas jer..x larat katanya..

Dah sudah panjat tembok cina..kami di bawa makan ke satu restoren berdekatan..restoren tu satu bangunan yang besar..dan ada jual pasu-pasu tembikar yang dilukis tgn..gambar ada..tapi saya tak ingat nak watermark..so nan adoo la gambar tu...hihihih...solat pun kat sini terus..dah sudah makan kami di bawa ke kedai herba..kat tempat ni la selalunya pelancong-pelancong beli koyok dan krim..gambar tak ada sebab kebanyakkan tempat-tempat ala-ala mcm kilang ni dorang x bg ambil gambar..antara tempat yang x dapat nak ambil gambar ialah kedai sutera..kedai herbs..kedai teh..dan lain-lain..yg tu semua ada dalam jadual kami tapi gambar x ada sebab x boleh ambil.selesai melawat kedai herbs..kami di bawa ke kedai teh..di sana kami diberi demonstrasi beberapa jenis teh..depa cuma tunjuk cara bancuh n cara nak minum mcm mana..siap bunyi bagai time minum..teh untuk kurus pun ada..tapi tuan belog kedaung tak beli pun sbb tuan belog mmg sudah semula jadi kurus kering..hanis melawat kedai teh..kami di bawa makan ke restoren halal..gambar restoren ada..tapi saya tak ingat jugak nak watermark..hihihi..selesai makan terus pulang ke hotel..balik hotel terus mandi..bukan apa..malam ni ada agenda penting..tourist guide sudah suruh sorg pembekal alas meja baju etc untuk bawak brg2 u ke hotel..mmg murah giller..immitate hard rock cafe shirt korang bleh dapat dlm rm7 jer weii..kalo beli kat mall dorang..yang cap ayam pun dah beratus berpuluh yuan dorang letak..hahaha..sangat berbaloi2...tuan belog cuma beli alas meja dan t shirt jer utk jiran sebelah rumah..hahaha..malam itu..nenek saya tido dalam keadaan senyum ler sbbnyer alas meja utk 9 orang anaknya sudah pun berjaya dibeli..


Friday, July 23, 2010

Beijing- Day 2

Hari kedua di Beijing..seawal 3.30 pagi saya dah bangun..bukannya apa..subuh di sini seawal lebih kurang 4 pagi..kebiasaanya selepas bangun dan bersolat saya dan eishah akan tidur semula ataupun pergi ke bilik mok dan ateh sbb selalunya mama dan mok akan buatkan breakfast kat sana..jangan tatau..kiteorg gi Beijing siap angkut periuk nasi sekali..hari kedua cuma bawak bekal oti dan sambal jer..dalam pukul 7..kami semua turun ke cafe hotel utk breakfast..saya tak makan pun sbb mmg x lalu la..eishah cuma bantai makan honeystar sajer..dah siap breakfast naik ke hotel sekejap utk lepas hajat masing-masing..paham-paham je la..tandas awal di sini semuanya x de air dalam toilet tu..kat sinki luar tu ada la..sebelu pukul 8 kiteorg dah turun sbb tourist guide dah pesan..kul 8 dah nak kena ada di lobi hotel..sapa yang lambat akan didenda menyanyi sebelum dapat naik bas..

Destinasi pertama ialah melawat ke slah satu tempat bersejarah di Beijing iaitu Kota Larangan atau lebih dikenali sebagai Forbidden City..



Gambar kami berlima sebelum masuk ke Kota Larangan..timeni muka masing-masing ceria lagi sebab saya sendiri x menjangkakan saya akan berjalan sejauh itu dengan memikul berbotol-botol air utk stok pergi toilet..rasa mcm mendaki gunung yang tinggi dengan beg yang sarat di belakang..

Yang ni pun still di luar Kota Larangan..Orang sangat la ramai..Masa ni tourist guide tgh pum pang pum pang duk cerita sejarah tempat ni tapi kiteorang pulak duk sibuk posing ambik gambar..


Ok..sekarang dah masuk dalam Kota Larangan.. Tak silap Istana ni dah beusia 500 tahun..kalau saya nak cerita sendiri ada pulak fakta yang tak betul nanti..
Di sini saya ada sertakan sedikit info mengenai Kota Larangan (Forbidden City) ....

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


Dah penat berjalan..kami terus di bawa ke Restoren makanan halal..or should i called it..makanan kambing??hahahhasebabnya sepanjang berada di sana kami dihidangkan dengan banyak hidangan sayur-sayuran hijau..hari kedua ni saya still boleh telan lg makanan yang dihidangkan..tapi..yg saya telan pun telur dadar jer la..sama mcm eishah..makan nasi + telur dadar..bukan tanak rasa makanan dorang..cumanya saya tak tahan dengan bau minyak bijan..inikan pulak nak telan masakan yg dorang gunakan minyak bijan..lagi la saya kembang tekak..

Ini permandangan dari luar restoren..bagi saya...restoren hari kedua ni semua okla..x mcm hari pertama..bukan memilih..tapi mungkin sbb tekak saya ni tekak org malaysia tulen..so saya tak mampu nak telan..apatah lagi nak merasa sumer masakan china tu..

Dah kenyang perut..kami di bawa ke Masjid Niujie iaitu masjid tertua lebih dari 1000 tahun..untuk menunaikan solat Zuhur....Tengok dari luar saya nampak mcm bukan masjid jer..Disebabkan sepanjang berada di Beijing saya cuti dari sembahyang..so masa yang ada saya gunakan utk lihat di sekeliling masjid sementara org lain semua bersolat..masalah utama sepanjang berada di sini ialah komunikasi..depa ni sumer tatau cakap english..seksanya bila nak bercakap..dah rupa ayam ngan itik bercakap..satu pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan ilaha bila saya dikejar oleh sekumpulan peminta sedekah di luar masjid..adoii..sgt takut..sampai ke pintu bas depa ikut..ceritanya mcm ni..keluar dari masjid..ada semumpulan peminta sedekah..mama minta duit kecil drpd saya..saya dah ingat dah time tu..tourist guide ada bgtau jgn bg duit kat peminta sedekah sbb nanti semua peminta sedekah yg lain akan serbu kita..penyudahnya saya baru pegang beg depa dah serbu..saya pun kelam kabut la lari untuk selamatkan diri..nasib baik selamat..hihihi..nasib baik la gi masjid tu sekali je..buatnye kalau lepas ni gi masji tu lagi..maunyer peminta sedekah tu cam muke haku..hahaha...



Ni pun still dalam masjid lagi..time ni nak balik dah..semua orang dah selesai solat..ni muke saya sebelum dikejar oleh sekumpulan pengemis..hihihi

Dah selesai solat...kami di bawa ke satu tempat untuk menonton Acrobatic Show..Orang sgt la ramai...sementara menunggu show bermula kami di bawa ke kedai snack halal..saya ingatkan mcm mana la rupa kedai tu..rupanya kedai ala-ala 7 Eleven. hampeh..x payah la beli apa-apa..sebabnya stock makanan saya bawak pun dah satu beg..penyudahnya kami cuma beli air dan biskut saje..Sampai masa kami pun masuk..pada mulanya saya sangkakan mesti boringnye la..lain pulak jadinya..seronok wehh..mcm2 aksi..ateh siap beli lg cd show tu..


nak dijadikan cerita..sebelum show start si eishah meragam nak ke bilik air..nk kencing katanya..saya suruh kencing lm pampers dia tanak..sepanjang di Beijing saya terpaksa pakaikan dia pampers..maklum la..oilet nak dpt air pun susah..sudahnyer...sambil membebel saya dukung jugak eishah ke toilet dengan berbekalkan air mineral..sampai toilet die nak nangis pulak..sbbnye kotor..geli katanya...nak tanak saya paksa jugak dia kencing..selesai lepas hajat saya dukung dia dan kembali ke tempat duduk..nasib baik show tak start lagi..show tu ambil masa sejam jugak la..overall..mmg seronok.. Selesai menonton acrobatic show..kami di bawa makan ke restoren halal skali lagi..time ni saya mmg tak makan apa-apa pun..gambar pun x ambil..sampai di hotel saya terus pulun meggi kari sebungkus dan malam tu saya tidur awal lepas telan panadol 2 biji n ubat selsema..saya terus tido....rasa nak demam la pulakkkkkkkkkkk....Cerita Beijing Hari ke 3 akan saya sambung selepas ni..so stay tune..

Bersyukurlah...

Cerita beberapa hari lepas..Lewat tengahari saya menerima perkhabaran..keputusan peperiksaan sudah pun keluar..dan surat keputusan itu kini berada di tangah kawan saya..berdebar-debar..keputusan sungguh di luar jangkaan saya..pada awal nya..saya rasa sedikit down..tapi setelah lama berfikir..sepatutnya saya tidak patut ada perasaan sebegitu..manakan tidak..saya pada mulanya teragak-agak sama ada mahu menduduki peperiksaan tersebut atau tidak..dan sampai satu tahap saya nyaris-nyaris menarik diri di saat-saat akhir..sungguh saya betul-betul serabut tatkala itu..serabut dengan tahap kesihatan a*** dan sibuk duk ulang alik ke hospital untuk follow up a***..walaupun pd mulanya saya down dengan keputusan tu..skrg perasaan tu tidak ada lagi..malah saya bersyukur sangat-sangat kepadaNYA kerana walaupun saat menghadapi saat peperiksaan itu hati saya sgt tak keruan..tapi saya berjaya jugak untuk mendapat keputusan seperti itu..harapan saya..saya dan 3 org rakan lain akan lulus buat kali yg kedua..AMINNNN...

Thursday, July 15, 2010

Botak..

Semalam..pulang dari pejabat saya dan suami bawa yusuf ke kedai gunting rambut..dah lama suami menyuarakan hasrat hatinya nak membotakkan rambut anak bujang kami..tapi saya tak berapa setuju..akhirnya semalam saya nekad memenuhi hasrat suami..bukan terpaksa..tapi saya tak tahan tengok yusuf kepanasan dan tergaru sana sini..

Mula-mula yusuf kelihatan takut-takut..bantai menangis jugak sekejap..sekejap tengok macam nak nangis..kejap tengok muka dia mcm tahan geli dek mesin cukur rambut tu kot..haiiihhh..ibu terpaksa membuat mcm2 aksi dan suara semata-mata nak suruh yusuf duduk diam..hahaha

Dah separuh jalan...mcm2 benda yag hubby bg dia pegang termasuk la sikat si barber ni haaa..penyudahnya yusuf duduk diam..tapi cuma bertahan sekejap jer..haihhhhhhhhhhhh
Si Barber berusaha sedaya upaya untuk memberikan hasil terbaik..hasilnya??mmg tip top n puas ati...sgt kemas..tp ibu yusuf tak ingat nak ambik gambar yusuf dengan image baru..nanti-nanti la...

Monday, July 12, 2010

MR. KABAB & BIRYANI

Minggu lepas..hari ahad..saya dan keluarga cuma berehat di rumah bersama dengan anak-anak..ptg tu mama n aboh datang ke rumah..saja berjalan melawat eishah kot..tiba-tiba mama n aboh ajak kami makan-makan..teringin nak makan nasi arab katanya..ingatkan mama n aboh nak gi SABA' di Cyberjaya..rupanya nak cuba restoren baru di presint diplomatik putrajaya..Petang itu kami ke sini..


Ini ialah menu yg terdapat di Restoren Mr Kabab & Biryani..saya tak berapa tau dan tak berapa makan sgt makanan arab..so..apa yang suami order..yang tu la yang saya telan..

Anak saya eishah tido sepanjang perjalanan ke putrajaya..tiba di sini dia terjaga dr tido..sudahnya..dia buat perangai sket..tgk la gambar ni..nak senyum pun payah...
Permandangan dari depan kedai..masa ni orang pun x berapa ramai..kedai pun nampak lengang..tapi kedai ni kira besar jugak la..3 pintu semua sekali..

Mama melayan eishah melepak di luar sementara menunggu makanan yang kami order tu sampai...

Ini pulak anak lelaki saya..sgt la lasak..tak boleh duduk diam..ada saja kerja yang nak dibuatnya..terpaksa la suami melayan bawa dia main dengan kucing sementara tunggu makanan tiba..itu pun tak jalan jugak..dia tetap buat kerja dan lasak..letih letihh...ini la sebab utama kenapa kadangkala saya dan suami hanya memilih untuk tapau makanan saja daripada makan di kedai..



Permandangan dari dalam kedai..mama dan aboh kusyuk menunggu makanan sambil layan minum air..

Penat main di luar..eishah masuk ke dalam..mungkin dahaga..tengok la tu..posing tetap posing tapi tgn tu tetap tak boleh duduk diam..ada jer kijer yang nak dibuatnya..

Antara minuman feveret suami saya sekiranya berkunjung ke kedai makanan arab..mungkin dia sudah terbiasa minum minuman camni semasa belajar di cairo dulu..suami order arabican peach dan saya pula arabican apple..saya minum pun x abis..penyudahnya aboh campurkan peach n apple dan angkut botol tu bawak balik rumah..rasanya tak ada yang minum di rumah kot..kalo ada alamatnya mau ada yang cirit birit kot..hahahaha...

Ini la dia makanan yang mama saya order..katanya nak makan kebab..so petang tu mama order chicken kebab..sedap..sebelum ni saya kurang makanan makanan arab..tp ptg tu saya rasa makanan arab enak skali..hihihi

Ini pula makanan yang suami saya order..grilled chicken with rice..yang ini pun sedap jugak..must try beb..
Ini pula makanan yang aboh order..chicken kebab with rice..yg ini pun sedap jugak..pendek kata..makanan di sini mmg sedap dan harganya pun berpatutan..so apa tunggu lagi...mari la kita beramai2 makanan di sini bersama keluarga..