Monday, October 4, 2010

Saat yang paling membahagiakan ialah apabila....

Apabila tanggal 16 June 2005 dengan sah nya bergelar isteri kepada suami tercinta..banyak rintangan yang terpaksa dihadapi dan akhirnya dapat bersatu sebagai suami isteri..

Apabila diterima bekerja di U*M..sungguh..saya hampir berputus asa kerana menyangkakan saya tidak akan bekerja dan terpaksa menjadi penganggur dalam tempoh yang panjang..Alhamdullilah..sebulan berkahwin saya di terima bekerja di sini..Mungin rezeki pengantin baru barangkali..

Apabila buat pertama kalinya bergelar seorang ibu..walapun terpaksa bersalin seorang diri tanpa suami..tapi saya bersyukur dikurniakan seorang bayi yang sihat dan comel..bahagianya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..




Apabila berpeluang membeli rumah tempat berteduh hasil titik peluh sendiri bersama suami..Kini hampir 2 tahun kami tinggal di rumah tersebut..walaupun tidak seberapa..itu lah syurga buat kami sekeluarga..




Apabila suami sentiasa di sisi..3 tahun tinggal berjauhan dari suami membuatkan hidup saya seperti tidak lengkap..alhamdulillah..Ogos 2008 akhirnya kami bersatu kembali..tinggal sebumbung sepertimana pasangan suami isteri yang lain..

Apabila buat kali keduanya bergelar ibu..Alhamdulillahhhhhhhh...syukur dengan nikmat yang TUHAN berikan..kini saya sudahpun mempunyai seorang putera dan seorang puteri..bahagia kerana dapat melahirkan sepasang cahayamata buat suami tercinta..



No comments:

Post a Comment