Saya dan suami pernah mendiami rumah ini suatu masa dahulu..selepas kami berkahwin..di sini la saya dan suami menghabiskan masa..di sini jugalah saya menghabiskan sisa-sisa cuti semester saya..rasanya ada yang tahu..selepas berkahwin saya tidak tinggal sebumbung bersama suami kerana suami bekerja di Brunei..saya dan suami cuma berjumpa waktu cuti semester dan cuti sekolah Brunei..Ni lah dia rumah yang kami diami sepanjang berada di Brunei..kuaters staff..berdekatan dengan Istana Nurul Iman Brunei..Walaupun kecil dan hanya punya 2 bilik tidur, satu bilik mandi, 1 dapur yang kecil dan ruang tamu..bagi saya ianya sudah mencukupi kerana kami hanya tinggal berdua dan jauh daripada keluarga..Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ni..satu perasaan yang saya ingat sampai sekarang..TENANG..ada ketenangan dalam rumah ini..mungkin kerana di sini saya bebas dari memikirkan soal assignment..dan juga segala urusan di pejabat..saya rindukan suasana pada waktu pagi di rumah ini..udara yang nyaman dan tenang..ramai yang kata Brunei membosankan..bagi saya tidak..saya tenang berada di Brunei..nak pergi mana-mana pun senang dan dekat..rindunya saya pada Brunei..
Di ruang tamu ini lah saya dan suami selalu menghabiskan masa menonton tv bersama-sama..di sinilah juga tempat kami berborak di sini bersama teman-teman..di sini lah juga tempat kadang-kadang saya tertidur keseorangan di depan tv kerana bosan menunggu suami pulang dari mengajar..dan di sini lah juga saya pernah terlantar akibat daripada alahan mengandungkan eishah..maaf kerana gambar nampak terlalu kosong..gambar ini saya ambil sebelum saya melangkah ke luar dari rumah ini buat selama-lamanya..gambar ini saya rakamkan tatkala menunggu masa untuk ke airport untuk pulang ke tanah air buat selama-lamanya..
No comments:
Post a Comment