Friday, November 22, 2013

Resepi Fettuccine Carbonara

Assalamualaikum

Last week balik umah je tgk pintu bilik terkunci dari dalam..kunci spare lak dlm bilik..ooo..memang terbaik..tetiba aku meroyannn...x pasal si Yusuf jadi mangsa paksa rela masuk bilik ikut tingkap...dek kerana tatau nak lepas marah kat mana..yg jadi mangsa ialah encik dapo..saya telah pun melepaskan marah di situ dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah..dahh...toksah banyak cakap..jom tgk resepi

FETTUCCINE CARBONARA
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
  • 300 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 10 batang sosej (dihiris nipis) - akak campur2 sosej blackpepper jugak
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (akak guna parutan Cheddar)
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - akak guna yg siap parut halus
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak jagung dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang dan ssu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.

 
 FETTUCCINE CARBONARA



No comments:

Post a Comment