Monday, March 19, 2018

Resepi Makan Sahur 30 Hari

Assalamualaikum

Tak lama dah nak puasa..korang dah abis ganti puasa ke?sebut pasal puasa..aku cukup runsing bab menu apa nak buat time buka n sahur..dah terjumpa resepi2 utk sahur ni..elok aku share kan skali kat sini..kot korang pun buntu mcm aku jugak kan..aku creditkan skali penyumbang-penyumbang resepi di bawah...

Image may contain: food

AYAM BLACKPEPPER

1) Isi Ayam
2) Capsicum (merah, hijau,kuning) setiap satu khasiat lain2, so letak 3 jenis lagi banyak dapat nutrients.
3) Black pepper sauce
4) Fresh ground black pepper - tumbuk or blend kering
5) Brokoli (optional)
6) Bawang putih
7) minyak
8) Dark thick soy sauce

1) Masuk minyak, da panas masuk ayam.. ayam da hampir masak, then masuk bawang putih.
2) Gaul2 then masuk black pepper sauce and the fresh black pepper.
3) Bau da naik, masuk sesudu dark think soy sauce.
4) Masukan semua sayuran.
5) Hidang kan dengan nasi panas 


Image may contain: food 

 SUP AYAM MUDAH
.
Bahan-bahan
3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
4 - 5 biji telur gred B
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa
Lada hitam kisar (extra)

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..
 

Image may contain: food

YAM MASAK HALIA

Bahan-bahan:

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara:

Panaskan minyak. 
Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 
Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
 


IKAN ASAM REBUS

Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.


Ikan Siakap Kukus Halia

Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya:

Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

 

Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahannya

3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.

Cara membuatnya

1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.
 


Image may contain: food

Resepi Ayam Buttermilk Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan:

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara Penyediaan:

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tips

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Setelah membaca semua isi artikel ini, coba praktikan ya.. kalau sudah mencoba buat pastilah terasa mudah. Selamat mencuba

 

 Image may contain: food

Homemade Sardin in Spicy Sos

Bahan-bahan
700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
* 80 g bawang merah
* 20 g halia
*(dikisar halus) Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) - ni maz tambah sendri, resipi asal xletak

Cara-cara

1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

 Image may contain: food

Ikan Tenggiri Panggang Sos Air Asam

Bahan-bahan:
- 5 keping ikan tenggiri
- cuci dan toskan 1 biji buah tomato ranum
- dadu 5-6 biji cili burung hijau dan merah
- potong kecik (suka pedas tambah lagi) 1/2 labu bawang besar
- hiris nipis sedikit budu sedikit kicap manis sedikit sos tiram daun ketumbar secukupnya
- dihiris jus limau secukupnya
- guna limau kasturi lagi sedap, sni xde, maz guna lemon je sedikit garam, gula dan aji (jika suka) sedikit air 

Cara-cara:
1. Taburkan sedikit garam (buat syarat je) pada ikan dan panggang sampai masak - maz guna grill pan. Panggang sampai habis dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan untuk air asam (agak2 la ye) dan perasakan secukup rasa ikut selera. Susun ikan dalam pinggan dan boleh la disiran dengan air asam. Sedia untuk dihidangkan.

Artikel asal: http://bit.ly/2rthx9F
Image may contain: food
 
IKAN REBUS AIR ASAM

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-ditumbuk
6 biji cili padi-ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar-dipotong dadu
1 cm belacan - digoreng & tumbuk.
1 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
2 s/b asam pes asam jawa
2 s/b sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.

Cara-cara:
Ikan direbus dgn asam keping,secubit garam dan sedikit air
Biarkan ikan mendidih dan masak.
Angkat ikan dan ketepikan.Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
Bancuh air rebusan dgn bhn tumbuk (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)
Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar)
Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
Masukkan sos cili.
Bubuh garam & gula
Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
Siram atas ikan rebus tadi
Hidangkan dgn nasi panas.


Image may contain: food 

 KERABU TAUGEH DENGAN KERANG

Bahan-bahan:
2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa ** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi .
Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..

Cara-cara:
Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja . Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.


 Image may contain: food

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MANIS

Bahan-bahan
2 ikat sayur pucuk manis
1 biji keledek
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2-3 cawan santan Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bersih kan sayur pucuk manis dan lurut semua daun-daun pucuk manis ini dari batangnya , kupas semua bawang dan dimayang halus . Kupas ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil.
2) Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang di mayang halus tadi . Gunakan api yang sederhana besar untuk masak kuah ini dan masukkan semua ubi keledek . Biarkan ubi keledek masak sampai empuk dan bila kuah dah mendidih boleh la di masuk kan sayur pucuk manis serta garam . Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila sayur pucuk manis sudah layu serta masak boleh la ditutup api dapur.
 

 Image may contain: food

KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
Segenggam udang kering - boleh ditambah
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
1cm halia
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Boleh ditambah atau kurang bahan-bahan ikut pada selera sendiri .

Cara-cara:
-Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh n celur kejap dalam 20 saat saja .
-Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu . Udang kering direndam dalam air panas sekejap supaya menjadi lembut kemudian ditos .
-Tumbuk udang kering , halia , belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.
-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.
 

Image may contain: food 

 SAWI JEPUN SOS TIRAM

Bahan-bahan:
250grm sawi jepun
1 ulas bawang putih
2-3 inci isi ayam ( udang or sotong pun boleh)
2 sudu teh Sos Tiram
2 sudu teh kicap
Sedikit tepung jagung
Sedikit minyak untuk menumis
Garam gula perasa secukupnya

Cara-cara:
* Sawi basuh dan tos..selak selai2 ye..bio bersih..
* Panaskan air dalam kuali, titiskan beberape titik minyak, masukkan sedikit garam
* Bila air dah mendidih celur sawi tu dan susun dalam pinggan
* Isi Ayam racik racik halus, dan ketepikan
* Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dititik dan dipotong/racik kecil2
* Bila bawang dah kuning, masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi ( sukatan air lepas celur sawi ikut kesesuwaian masing2...nak banyak ke sikit)
* Masukkan kicap, ayam racik ,gula dan perasa secukupnya...kalo kurang masin tambah sedikti garam.
* Masak hingga mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan. kepekatan sos ni ikut kesukaan masing la ye...dah masak siram atas sawi yg disusun tadi.
* Taburkan la sedikit bawang goreng dan daun bawang...siap untuk di hidang..
 


Image may contain: food

RESEPI IKAN SINGGANG TERENGGANU

Bahan-bahan:
( untuk 2/3 orang makan )
2-4 potong ikan tongkol/kembung/aya
(ikan lain pun boleh juga)
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3-4 ulas bawang putih
2-3 bawang merah
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
Bendi ( rebus asing dulu )
Serbuk kunyit sikit
Cili padi ikut citarasa
Pak ajinomoto secukup rasa
Air ( agak2 - kalau suka kuah banyak, lebihkan airnya)

Cara-cara :
* Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
* Kemudian, masukkan semua bahan - lengkuas, kunyit hidup, bawang merah + putih yang telah dihiris , asam keping, garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk tadi.
* Masuk ikan & rebus sehingga ikan betul2 masak, seterusnya cili padi & bendi ke dalam periuk. 
 


Image may contain: food 

 BABY KHAILAN SOS TIRAM

Bahan bahan:
300g kailan/baby kailan/siew pak choy
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang halus
1/2 cawan sos tiram + 1/3 cawan air
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada sulah
1/3 cawan minyak untuk menumis
Bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah. Kacau goreng hingga pecah minyak
Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap.
 

 Image may contain: food

TUMIS PETOLA SUUN

Bahan-bahan:
3 biji petola saiz kecil (dibersihkan dan hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 tbsp ikan bilis (rendam sekejap dan tos)
segenggam suun (rendam sekejap)
sedikit air
garam dan sedikit sos tiram
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan ikan bilis, petola dan juga sedikit air.
Renih seketika.
Kemudian tambahkan sos tiram, sedikit garam, suun dan juga cili hiris.
Kacau rata dan sesuaikan rasanya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas @ diratah begitu sahaja....


 Image may contain: food

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Bahan-bahan:
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar - dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan Tumbuk:
3 batang serai
6 ulas bawang kecil
8 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula
Perahan limau nipis

Cara-cara :
Campur bahan tumbuk dengan kelapa parut dan daun kunyit, Gaul rata kesemuanya. Masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga sedikit kering. Rasa garam dan gula secukupnya.

Seterusnya...

Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh lah dibakar atau digoreng
 

 Image may contain: food

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

 Image may contain: food

MEE GORENG

Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
Isi ayam - dipotong dadu
1 mangkuk udang - saiz ikut suka
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap pekat masin
2 sudu makan kicap pekat manis
2 pokok sawi - dipotong 1 inci

Bahan tumbuk lumat:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan wangi.
Masukkan isi ayam dan udang. Gaul rata.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga ayam dan udang masak.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.
Masukkan sawi dan mee. Gaul rata hingga mee masak.
Sedia untuk dihidangkan.
 


 Image may contain: food

REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS

Bahan-bahan:
300 gram rebung
250 gram udang
3 batang serai – diketuk
3 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 liter santan cair
1 biji santan
Garam dan gula secukupnya

Bahan yang perlu dikisar :

20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
setengah inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara-cara:
1.Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
2.Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
3.Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
4.Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
5.Siap untuk dihidangkan

P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.

 Image may contain: food

ASAM REBUS BATANG KELADI

1 ikat batang keladi (kalau ada keladi lagi bagus)
- dibuang salutnya begitu juga keladi dipotong agak besar dan
di celur...rebus dulu keladi sehingga lembut barulah masuk
batang keladi...cuci dan ketepikan

Bahan kisar:
10 cili kering dikisar
2 labu bawang besar
1 camt lada hitam
2 camb udang kering kisar
2 inci belacan
*segenggam udang basah (buang kulit)

Cara-cara:
kisar kesemua bahan kecuali udang basah kisar sekejap je kemudian bersama bahan kisar tadi...jgn halus sangat
4-5 asam keping sederhana
2 pokok daun kesum
1 kuntum bunga kantan potong 2
garam, gula
bahan kisar di rebus sehingga menggelegak...
masukkan batang keladi dan ubinya biarkan gelegak sebentar
masukkan asam keping, bunga kantan daun kesum dan garam
rasa garam gula
Artikel asal: http://bit.ly/2rthx9F
 
Image may contain: food 

Masak Tauchu Ikan Kerisi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ikan kerisi
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 biji cili merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.
Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.

 Image may contain: food 

 MASAK LEMAK CILI API KETAM DENGAN DAUN PEGAGA

Bahan-bahan:
2 ekor ketam (dalam 1kg)
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula
daun pegaga

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

Cara-cara:
Basuh ketam sampai bersih. Put aside.
Panaskan periuk then masukkan bahan2 kisar tuh semua. Tunggu sampai mendidih.
Tuang santan dan air. Then masukkan ketam. Kacau2 sikit.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Bila ketam dah start berwarna oren dan santan pon dah mendidih masukkan daun pegaga dan tutup api.
SIAP!!


Bahan-bahan Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

200 gram daging
pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
1/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
3 batang kacang panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda, potong memanjang
sedikit tepung jagung
Karot, potong memanjang

Cara-cara:
Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Sumber : iresepi.com

Image may contain: food 

 DAGING BLACK PAPER

Bahan-bahannya:
2 sudu minyak masak
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
1 sudu Lada hitam yang telah di tumbuk
Kicap 4 sudu
Daging (tidak perlu rebus)
Seulas bawang holland
Air 1 cawan
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sekali.
Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan kicap dan kacau
Masukkaan air dan daging
Masukkan kicap, garam dan tunggu sehingga daging lembut dan mendidih.
Masukkan bawang holland. Potong bulat-bulat.
Apabila bawang Holland kelihatan layu, tutup api dan hidangkan.


Kerabu Seafood Ala Thai

Bahan-bahan:
1 kg Kerang - masak sampai kerang terbuka, terus keluarkan, tapis dan rendam dalam air ais. Separuh dikupas isi, separuh buang sebelah kulitnya.
1/2 kg udang (kupas kulit) dan 1/2 kg sotong (buang kulit) dihiris kecil, rebus seketika, tos dan rendam dalam air ais.
Toskan kesemua bahan hingga hilang air.
(Bahan-bahan ini jangan masak lama sangat nanti keras)
Suku cawan air belacan
Suku cawan air perahan limau nipis (kulit pakai sekali)
Suku cawan sos ikan
Suku cawan cuka
Suku cawan gula
Suku cawan air asam jawa
Garam
 
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan masukkan kedalam kerang, sotong dan udang.
10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
10 ulas bawang putih
Tomato
Tumbuk kasar dan gaulkan dengan kesemua bahan.
Sedia untuk dihidang.
 

Image may contain: food

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI
(PRIK KEE NOO)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-cara:
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam pengukus
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah
 

 Image may contain: food

 KERABU SOTONG ALA THAI

Bahan-bahan :
10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 biji bawang besar holland - mayang
2 batang serai - mayang nipis
6 batang kacang panjang - potong nipis
2 biji tomato - potong dadu
Cili besar @ cili padi - mayang
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus.
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.

Sumber: http://umifateh.blogspot.my/
 

2 comments: