Thursday, March 1, 2018

Senarai Rebat & Pelepasan Cukai LHDN Bagi Tahun 2017

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk bulan 3..slalu bulan 3 org dah slow2 start isi e-filing..aku lembab sket bab ni..x berapa pandai..tapi mujur kakak aku expert bab ni...so kalo dah isi semua aku akan suruh kakak aku double check utk aku...miahaha..part paling syiokk ialah part refund...nak refund ko kena tau plak apa yg bleh waive dr cukai...so meh la kita sama-sama tgk apa pelepasan cukai utk tahun 2017 ye..

1) Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau
Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:

• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut
(Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak)

2) Yuran Pendidikan Diri Sendiri

Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)

•  Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
•  Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

3) Kesihatan

• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4) Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5) Perkeso - Terhad RM250

 15181685596158.jpg

6) Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

7) Peralatan Penyusuan

Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8) Pra-Sekolah Anak-Anak

Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9) Insurans nyawa dan KWSP - Terhad RM6,000

10) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11) Insurans pendidikan dan perubatan - Terhad RM3,000

12) Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)

 Yang penting jangan lupa simpan resit! 

No comments:

Post a Comment