Friday, April 30, 2010

Bila dah senang..

Sudah menjadi lumrah hidup..bila seseorang tu dah berubah menjadi senang..dia akan mula lupakan asal usul diri sendiri..saya tidak bercakap tentang sesiapa tetapi ini juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri supaya saya tidak jadi begitu..Dah banyak yang saya lihat depan mata..banyak contoh terdekat..kalau dulu..sangat-sangat naif..humble..tapi bila dah mula senang..seseorang tu mulalah berlagak macam bagus..baik dari segi percakapan, perlakuan dan sebagainya..paling ketaranya ialah bila seseorang tu mungkin dari golongan yg susah sebelum ni and suddenly dapat merasai hidup senang..masa tu memang apa yang dicakapkan semuanya nampak nak bagus dan janji..dialah yang paling bagus daripada semua orang..sampaikan saya rasakan kadang-kadang apa yang dicakapkannya tu terlalu menjengkelkan sampaikan dalam hati saya terdetik..OH MY..What the .... is this???bia betik per yang dia cakap ni..dan kadang-kadang tu apa yang dia cakap tu suddenly menunjukkan tahap IQ nya yang so-so...Cakapla sebagus mana pun..saya tak heran..sebabnya saya dah tau asal-usulnya sebelum ni..Cubalah jadi diri sendiri dan sekali sekala cuba pandang di bawah..so that kita akan ingat di mana kiter berada sebelum ni dan lantas kita akan terus mensyukuri dengan apa saja kurniaan yang telah diberikan olehnya..Ini cuma pendapat dan luahan hati saya..yang penting entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.. :)

Thursday, April 22, 2010

Tak keruan..

Sepanjang minggu ini..hati saya x keruan..semuanya bermula lepas saya pulang dari mendengar taklimat P*K..adoiii...dulu agak mudah sbb..xm jer..study n xm..tp skrg format P*K sudah berubah..ada assignment..ada group discussion..and ada presentation individu depan 3 org panel..adoiiiiiiiiiiiii..rasa mcm ada seketul batu atas kepala ni ha..assignment dah dapat hari Selasa ari tu..tp saya masih belum mula pun lagi..baru duk cari-cari bahan..dah dpt bahan..tapi saya dah lupa pulak mcm mana nak menggoreng..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...baru hampir 3 tahun saya habis belajar..tp otak dah berkarat..mcm mana ni..Ya Allah...mcm mana nak buat ni??Mood x datang-datang jugak..apa patut saya buat ni..4 mei dah nak kena submit dua-dua assigment..satu apa pun x jalan lg ni..uuwwwaaaaaaaaaaaa...plishhhhhhhhhhhhhhh help me...

Tuesday, April 20, 2010

Buat Yang Merindui..

Sudah terlalu lama saya tidak bercerita tentang Yusuf..bukan saya taknak bercerita tentang perkembangan Yusuf di sini..cuma saya terlalu sibuk..daripada pukul 8-5 saya di pejabat..skali skala..pulang dari pejabat saya terpaksa singgah untuk menjaga kedai mama..mmg penat..tp saya seronok..pulang ke rumah??PENGSAN!!hihhiih..Yusuf skrg dah pun masuk 10 bulan..makin lasak..jaga Yusuf sorang ibarat jaga 5 orang anak..punya la lasak..bertambah kurus la ibu mcm ni..skrg ni Yusuf dah boleh berdiri..merangkak??budak ni x merangkak..terus berdiri dan meniti untuk berjalan..rasanya x lama lagi boleh jalan kot..gigi dah ada 4 btg..2 bawah dan 2 atas..2 kat atas tu tapak jer laa yg nampak..skrg si Yusuf tgh berselera makan..semua benda dia nak bedal..tolak batu kayu..mulut pun bleh tahan bising mcm kakak dia jugak..lg apa erk?layan jer la gamba2 kat bawah ni..







Monday, April 19, 2010

Happy Belated Birthday Aboh..

Sepatutnya kami adik beradik sepakat nak mengadakan majlis makan-makan utk aboh time besday aboh ari tu..tp memandang tiba-tiba anak saya yusuf kena warded akibat demam denggi..majlis tu terpaksa kami tangguhkan..akhirnya..kami adik beradik sepakat meraikan belated aboh pd 2 minggu lepas..saya pun dah x ingat tarikh..tp yg pastinya hari sabtu..menunye..ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ayam n kambing bakar..YES!kami buat bbq..hihihhi..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..aboh pun x der la lelah mcm kali pertama kami buat bbq dulu..dalam majlis tu..saya minta tolong hubby bacakan sedikit doa utk aboh memandangkan hari selasa tu aboh kena buat biopsy..apa pun..saya gembira sbb aboh nampak gembira dpt berkumpul dengan anak cuci walaupun muka aboh kelihatan sedikit penat..

'WE LOVE YOU ABOH'

Anak saya..Eishah bersama dengan Aboh..


Aboh, Syafiq n Mama



Anak saya dan Syafiq berebut nak potong kek..

Kasih seorang atuk..



Friday, April 16, 2010

Baby Gurl..

Tentu kalian semua masih ingat tentang 'kakak saya' yang babynya meninggal di dalam perut tempoh hari..'kakak saya' yang saya maksudkan di sini ialah kak hasla..2 hari saya menunggu perkhabaran tentang baby yang dikandungnya..setelah 2 hari di hopital..akhirnya 'kakak saya' sudah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan malam td..saya tau..dia mesti sedih..bayi perempuan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh dia dan suami kerana mereka dah ada 2 org boboy..nak buat mcm mana...tuhan lebih sayangkan baby tu..harapan saya...kak hasla dan suami tabah dan redha menghadapi ujian kali ni..dan semoga selepas ni tuhan memberikan rezeki anak-anak yang comel utk kak hasla dan suami..aminnnnnn..

Wednesday, April 14, 2010

Semalam yang berlalu..

Semalam saya bercuti...seawal pukul 6 pagi saya dah bangun dan bersiap untuk ke hospital..tepat pukul 630 kami keluar dari rumah menuju ke HUKM..perjalanan kami berjalan lancar walaupun sedikit sesak ketika berada di Bandar Tun Razak..Kami tiba di HUKM pada pukul 7.15..Suasana di Hospital masih lg tenang..kami terus menuju ke lif untuk ke tingkat 2..Wad Harian..ayah saya akan duduk di sini hari ni..masuk jer di dalam..kelihatan ramai pesakit..dah siap pakai uniform utk ke OT..gerun pula saya tgk..yg tua ada..yg muda pun ada..paling muda rasanya budah sekolah rendah..saya sendiri tak tau apa sakit budak tu..hari ni saja..seramai 15 orang pesakit yg akan buat surgery termasuk ayah saya.Nama ayah saya yg last skali..no 15..saya ingatkan ayah saya org yg terakhir yg akan buat surgery..rupa-rupanya tak ikut no pun..ikut pada pakar masing-masing..cepat pakar datang..cepat la biopsy dibuat..dekat papan putih sebelah nama ayah saya tu tertulis TRU Biopsy..saya sendiri pun tatau aper benda tu..mcm mana prosedurnya..tapi..harap-harapnya prosedur tu x la sakit sgt..kesian kat aboh..makan pun x lg..nak keluar balik daripada bilik tu pun dah x boleh..penyudahnya saya dan suami belikan makanan untuk aboh..meehoon + teh tarik..tu pun aboh x der selera nak makan..riak muka aboh nampak sedikit bimbang..mungkin takut akan kesakitan yang terpaksa ditanggung semasa biopsi dibuat..sepanjang berada di sana..saya dan suami cuma tunggu di luar bersama dengan waris-waris keluarga pesakit yg lain..
Sekali sekala kedengaran jururawat membuat pengumuman memanggil waris pesakit utk masuk ke dalam..berdebar sungguh rasa hati ni..saya tunggu juga kot nama saya akan dipanggil..tp x der plak dia panggil..sementara menunggu aboh di dalam..saya habiskan masa dengan membaca novel..'SEPUPUKU SUAMIKU'..sedang asyik membaca saya dikejutkan dengan bunyi handphone..tertera nama kak hasla dan sebaik mejawab panggilan tersebut..kedengaran suara & tangisan kak hasla..hati saya berdebar..tentu ader sesuatu yg tak baik berlaku..betul tekaan saya..baby kak hasla meninggal dlm kandungan..Innalillah..kepada kak hasla..tabahkan hatimu..mungkin ada hikmah dan ganjaran di atas semua yg berlaku ni..
Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 12..tp saya masih tidak nampak kelibat ayah saya..tak lama kemudian..pintu ward terbuka..dan ayah saya muncul di sebalik pintu..saya terpinga-pinga..hati tertanya-tanya..spontan saya bertanya..aboh x siap lg ker?mungkin sbb ayah saya berpakaian seperti biasa..muka aboh nampak pucat..'sakitnya..tu jawapan yg saya dpt daripada aboh..laaa...rupanya ayah saya dah siap pun..mungkin bilik ot tu di dalam dan x memerlukan ayah saya untuk di bawa keluar dr bilik tersebut..sempat suami saya bertanyakan mcm-mcm soalan berkaitan dengan biopsy yg telah dilakukan..tp saya tak sanggup nak dengar..selesai semuanya..kami turun ke tingkat bawah untuk ambil ubat dan terus pulang ke rumah..aboh saya turunkan di kedai mama..dan saya dan suami ke restoren terdekat untuk membeli lauk..kesian..aboh x makan apa pun lg..sampai di kedai saya tgk aboh dah duduk tertonggeng..sakit katanya..x lama tu mundar mandir berjalan untuk hilangkan rasa sakit..
3 Mei ni keputusan biopsy akan keluar..saya benar-benar mengharapkan semua keputusan biopsy ok..harapan saya..aboh cuma sakit biasa saja..skrg ni..apa yg saya boleh buat hanyalah berdoa dan terus berdoa agar TUHAN sentiasa memelihara kesihatan ayah saya..AMINNNNNNNNN...

Monday, April 12, 2010

Terima Kasih Tuhan..

Alhamdulillah..akhirnya saya temui jua jawapannya..lama saya berteka-teki...meminta pendapat dari teman-teman..dan akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa dengan pegawai atasan untuk mendapatkan jawapan..akhirnya dapat juga saya bercuti esok..terima kasih tuhan..terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menemani aboh esok..

Tak Tenteram

Sejak beberapa minggu ni hati saya tak tenteram..terlalu banyak yg saya fikirkan..akhirnya hari itu tiba jua..saya tau..yg empunya badan lagi la hatinya tidak keruan..hatta suami saya sendiri pun sudah dpt merasakan debarannya..Ya Allah...KAU permudahkan dan lancarkanlah segala urusan kami esok Ya Allah...Sesungguhnya hambamu ini mengharapkan perkhabaran yg baik utk hari esok..Harapanku agar andaian yg doc khabarkan dulu tidak benar dan tidak tepat..AMINNN...

Serba Salah

Saya dah plan nak amik cuti since dpt tau tarikh appointment aboh utk buat minor surgery di hukm lagi..tp perasaan jd serba salah..sbbnyer..bos tgh maternity leave..n 2nd bos tgh bercuti hingga esok..skrg yang tinggal..saya dan 2 org staff yg lain..kalo saya cuti jugak esok..alamatnya joget lambak la 2 orang staff kami esok..camner ni..what should i do..saya betul2 nak berada di hospital esok utk menemani aboh..kedua2 orang kakak saya semuanya tak boleh bercuti..tambah teruk..satu2nya kakak harapan saya utk temankan aboh esok..kakinya terseliuh..aduhaiiiii..GOD...Plissss...help meeee....

Tuesday, April 6, 2010

Untuk Mama & Aboh Yang Paling Saya Kasihi..


Ya Allah Ya Tuhanku..


Lembutkanlah suaraku terhadap mereka

Indahkanlah ucapanku dihadapan mereka

lunakkan watakku terhadap mereka

dan haluskan hatiku untuk mereka




Ya Allah Ya Tuhanku..

Anugerahilah mereka balasan yang terbaik atas didikan mereka padaku

peliharalah mereka sebagaimana mereka memelilaharaku di masa kecilku




Ya Allah Ya Tuhanku

Apa saja derita yang telah mereka rasakan

duka yang mereka derita.atau hak mereka yang terhilang kerana perilakuku

jadikan semua itu penyebab yang menghilangkan dosa-dosa mereka

meninggikan darjat mereka

dan menambahkan pahala kebaikan mereka

wahai Yang Merubah keburukan dengan kebaikan yang berlipat ganda




Ya Allah Ya Tuhanku

Bila maghfirahMU telah mereka capai

maka anugerahi mereka syafaat untukku

Dan bila aku yang meraih maghfirahMU

maka berilah aku syafaat untuk mereka

sehingga dengan kelembutanMU kami berkumpul di istana kemuliaanMU


Ya Allah Ya Tuhanku

Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku

Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil

Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMU

Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka Ya Allah

Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka

Kasih sayang mereka ku balas dengan kata-kata menentang

sedangkan ku tahu Ya Allah

Engkau melarang menyebut walaupun perkataan 'HUH' kepada mereka

Didikan dan asuhan mereka ku ambil ringan


Aku lupa Ya Allah

Berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini

Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku

Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan ku

Tidur malam mereka ku ganggu

Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan ku

Tidak pernah mereka mengadu letih

Tidak pernah mereka mengadu sakit

Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku

Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku


Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah

Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku Ya Allah



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia yang agung dan anugerah yang terdahulu..


Amin..Amin...Ya Rabbal Alaminnn...