Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010

Hari Raya tahun ini kami sambut penuh kesederhanaan..cukupla hanya dengan membeli pakaian baru untuk anak-anak..saya hanya beli sepasang kurung untuk dipadankan dengan warna baju melayu suami yang telah sedia ada..Raya kali ini berbeza kerana saya pulang ke Terengganu bukan bersama suami..tetapi pulang bersama anak-anak dan kedua ibubapa saya..rasanya ramai yang dah tau yang suami saya telah pulang ke Terengganu terlebih dulu atas urusan kerja..kami anak beranak pulang ke Terengganu 3 hari sebelum raya..Pulang kali ni merupakan satu cabaran buat saya kerana kebiasaannya saya dan suami pulang ke kampung halaman pd tengah malam..kali ini kami bertolak di siang hari..cukup mencabar dan memenatkan kerana anak-anak aktif di siang hari..


Anak kecil saya..Yusuf..sebok meneroka segenap kereta..seolah-olah berada di dalam rumah..tak cukup dengan itu..dia menyelongkar semua benda yang ada..tujuannya hanya satu..untuk mencari stok makanan..Yusuf mmg kuat makan..

Puas duduk di dalam kereta..sekali sekala kedengaran tangisan Yusuf..Bosan barangkali..ataupun dia hendak keluar berjalan-jalan..kedua orang tua saya memberhentikan kereta di tepi pantai..saja nak bg budak-budak ambil angin pantai..dengan harapan Yusuf akan diam kembali..Anak-anak saya..gembira dapat duduk di atas buai di tepi pantai..walapun cuma untuk 10 minit..
Yusuf kelihatan leka..pelik barangkali..manakala A'eishah tersenyum puas dapat main buai..Selesai berehat seketika..kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu..Kami tiba di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 3..Tidak lama kemudian kedengaran enjin kereta suami saya..Yusuf bersorak keriangan..Dari celah-celah grill..dia mengintai dan meronta-ronta meminta suami saya mendukungnya..sayang..saya tak sempat merakamkan momen tersebut..rindu membuak-buak pada sang ayah barangkali..Hajat di hati..malam ini saya mahu turun membantu suami di bazar..tapi disebabkan terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan di rumah..dan tiada siapa yang boleh menjaga Yusuf..hasrat itu terbantut di situ saja..Saya cuma berkesempatan menolong suami di Bazar cuma untuk 2 hari..

Maaf..tiada gambar raya yang dapat saya letakkan di sini..kerana..untuk hari raya ini..kami tidak berkesempatan untuk ambil gambar satu famili..gambar saya berdua dengan suami pun langsung tidak ada..gambar-gambar raya di dalam FB pun ehsan dari sedara mara..kami berdua kepenatan kerana malam raya masih lagi berada di Bazar..Raya kali ini kami lebih banyak berehat dan ganti tidur..Buat teman-teman blogger..rasanya masih belum terlambat rasanya untuk saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri..Maaf zahir & batin..

No comments:

Post a Comment