Saturday, June 12, 2010

Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik..

Petang itu suami menjemput saya pulang dari pejabat seperti biasa. Sebelum melabuhkan punggung ke kerusi yang perasan ada satu risalah bewarna pink. Suami menyuruh saya membaca tapi saya memberi alasan saya pening bila membaca di dalam kereta. Pulang ke rumah saya sibuk dengan anak- anak dan kerja rumah. Sambil menidurkan anak kecil saya, saya cuba membaca apa isi kandungan yang terdapat di dalam risalah tersebut. Tazkirah di bawah satu-satunya yang banyak melekat di fikiran dan hati saya. Tazkiran bertajuk ALLAH AKAN MENGGANTIKAN YANG LEBIH BAIK, oleh Siti Rohani Binti Muhamad dan isinya dipetik daripada Kitab La Tahzan, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni..
ALLAH tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik.Tetapi,itu apabila anda bersabar dan tetap redha denagn segala ketetapannya.

"Barangsiapa yang AKU butakan kedua belah matanya lalu ia bersabar,nescaya akan AKU gantikannya dengan syurga" (Al-Hadith)

"Siapa sahaja di dunia ini yang kekasihnya AKU cabut nyawanya,kemudian dengan cubaan yang AKU timpakan ini,dia (bersabar dan) mengharap pahalaKU,nescaya akan AKU gantikan dengan syurga" (Al-Hadith)

Barangsiapa yang kehilangan anaknya dan tetap berusaha untuk bersabar,maka di alam keabadian kelak akan di bangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd(Istana Pujaan).Silakan anda kiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda kerana yang di paparkan di sini adalah sebagai contoh semata.

Maka itu,kita tidak seharusnya bersedih dengan setiap musibah yang menimpa diri sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga sebagai balasan,pengganti dan ganjaran yang besar.

Para Waliyullah yang pernah di timpa musibah,ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga firdaus.

ALLAH berfirman
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati ALLAH dan menerima cubaannya.Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan" (Ar-Ra'd:24)

Betapapun begitu,kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari ALLAH yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita.Dengan begitu,kita akan termasuk

"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari RABB mereka,dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Baqarah:157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin.Adapun akhirat lebih baik dan kekal.Sehingga barangsiapa di dunia yang mendapat musibah,ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak.Dan barangsiapa yang sengsara di dunia,ia akan hidup bahagia di akhirat kelak.Lain halnya dengan mereka yang memang mencintai dunia,hanya menginginkan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia.Hati mereka akan selalu gundah gulana,cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak bahagia hidupnya di dunia ini.Mereka ini hanya menginginkan kenikamatan dunia saja sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai bala bencana besar yang sungguh menyakitkan.Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap gelita selamanya.Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah tapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah,sesungguhnya tidaka ada satu pun yang hilang dari kalian.Kalian amat beruntung kerana ALLAH selalu menurunkan sesuatu kepada para hambanya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf KalimahNYA terdapat satu kelembutan,kasih-sayang,pahala,ada balasan dan juga pilihan.Maka dari itu,siapa sahaja ynag tertimpa musibah yang hebat,ia akan menghadapinya dengan sabar,mata yang jernih dan pola fikiran yang panjang.Dengan begitu,ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah

"....Lalu dirikanlah di antara mereka(orang-orang mukmin dan orang-orang munafik)dinding yang mempunyai pintu,yang di sebelah dalamnya ada rahmat(syurga) dan sebelah luarnya ada seksa(neraka)" (Al-Hadid:13).

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi ALLAH itu lebih baik,lebih abadi,lebih utama dan lebih mulia.



No comments:

Post a Comment