Thursday, June 3, 2010

Melancong: Teknik Mengemas Pakaian

Disebabkan saya ni failed dlm bab-bab mengemas pakaian especially time nak balik kampung or travel mana-mana..so hari ini saya telah merajinkan diri saya mencari maklumat macam mana nak mengemas pakaian dengan betul..hasilnya adalah seperti yang anda semua dapat baca di bawah..(sumber daripada: http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=primax3&pg=p3_articles&ac=103 )

Melancong sememangnya menggembirakan dan kadangkala boleh juga mengecewakan. Usah dikatakan barisan yang panjang di lapangan terbang, penumpang yang ramai ( jika anda menaiki kapal terbang kos murah dengan tempat duduk bebas ), atau tekanan - tekanan yang lain. Bahagian yang paling mengecewakan semasa melancong adalah untuk memasukkan kesemua pakaian yang ada ke dalam beg yang kecil, lebih - lebih lagi jika anda melancong untuk tempoh yang panjang. Jika anda sedang dalam perancangan untuk melancong tetapi kusut apabila memikirkan tentang pakaian yang harus dibawa, jangan bimbang. Anda sebenarnya hanya perlukan beberapa item penting untuk melengkapkan pakaian dan keperluan ketika melancong, bacalah seterusnya untuk mengetahui apakah ia!

Langkah pertama - ia bukannya mengenai apa yang hendak dibawa, tetapi BAGAIMANA anda membawanya. Teknik mengemas yang mudah dan sekaligus dapat menjimatkan ruang yang memungkinkan anda memasukkan sekali sepasang Manolo ataupun Jimmy Choo, dan sekaligus membantu mengelakkan pakaian anda daripada berkedut dan menjadi tidak terurus.

Ambil apa - apa item yang panjang, ini termasuklah seluar panjang, skirt ataupun dress dan letakkannya sebagai lapik di dalam beg pakaian dengan hujung kedua - dua belahnya terjulur keluar.Ia mungkin kelihatan agak janggal sekarang, tunggu dulu. Kemudian gulungkan pakaian - pakaian yang lain seketat yang boleh sehingga menjadi seperti sebuah tiub yang padat. Walaupun ia kelihatan agak pelik, tetapi teknik menggulung sebenarnya membantu menjimatkan lebih banyak ruang dan sekaligus membuatkan pakaian anda tidak mudah kedut. Kemudian, kasut anda. Dapatkan sebuah beg kasut yang dapat melindungi kasut anda daripada rosak, masukkan stoking dan apa - apa sahaja item yang kecil. Untuk barangan lain seperti kosmetik dan barang penjagaan diri, pastikan kesemuanya dimasukkan di dalam beg plastik, lebih baik jika ianya kedap udara. Ini adalah untuk memastikan yang pakaian anda dilindungi jika terdapat sebarang kebocoran, dan dalam masa yang sama mematuhi arahan lapangan terbang. Sekarang, semua barangan anda telahpun berada di dalam sebuah beg pakaian yang kecil, perlahan - lahan lipatkan hujung pakaian yang terjulur tadi dan buatkannya kelihatan seperti bungkusan.
Sekarang, anda sudah tahu bagaimana untuk membungkus pakaian, mari kita bincangkan pula apakah yang perlu di bawa. Hanya jika acara percutian ini memerlukan anda berpakaian glamour, cuba kurangkan membawa pakaian - pakaian formal, tetapi cuba dapatkan satu pakaian yang biasa. Ringkasnya, cuma dapatkan sehelai pakaian yang berwarna hitam. Dapatkan juga padanan aksesori yang pelbagai, jadi sekreatif mungkin, dan anda selamat. Cuma bawa sepasang kasut berwarna hitam yang selesa. Mana tahu jika anda perlu berjalan jauh. Rancangkan agar anda dapat memadankan kasut tersebut dengan pakaian kasual, jeans, capris dan juga seluar pendek.
Itulah dia tips apa dan bagaimana untuk mengemas dan menyusun pakaian anda. Jadilah seorang yang praktikal, realistik dan yang paling penting gunakanlah ruang yang ada dengan sebaik mungkin!



No comments:

Post a Comment