Tuesday, June 15, 2010

Kehilangan..

Picture ehsan dari GOOGLE

Tentu pedih dan sedih bila kita kehilangan orang yang paling kita sayang..apatah lagi yang paling rapat dan sudah pun menjadi separuh daripada diri dan kehidupan kita..saya belum mempunyai pengalaman kehilangan orang yang paling saya sayangi dan andai tiba saatnya nanti saya sendiri tidak pasti bagaimana keadaan saya pada ketika itu..tahun ini saya rasakan tahun yang paling mencabar kerana saya diuji dengan pelbagai ujian..apa pun saya bersyukur kerana apa yang terjadi..dan apa yang Tuhan telah tetapkan itu mempunyai hikmah yang tersembunyi disebaliknya..disebabkan semua kejadian itu saya kini lebih menghargai apa yang ada disekeliling dan di depan mata..baru-baru ini saya berpeluang berbual secara maya dengan salah seorang senior saya semasa sekolah dulu..dia kini berada di Australia..banyak kata-katanya yang terkesan di hati saya..dan yang pastinya kehilangan ayah tersayang adalah sesuatu yang amat pedih untuk diterima..namun sepanjang berbual dengannya..kata-katanya sungguh tenang dan dia sungguh redha dengan apa yang berlaku..sedih..ayah yang selama ini nampak kuat di mata anak-anak dan kelurga tiba-tiba terlantar tidak bermaya..cukup pedih...tapi di saat-saat inilah perlunya kebergantungan kita pada Tuhan..kerana padanya satu-satunya tempat kita bermohon..dan jangan sekali-kali kita putuskan hubungan dengan kedua orang tua walaupun kita berada jauh daripada mereka..Kak Laili..ucapan takziah buat akak sekeluarga..semoga roh arwah dicucuri rahmat..amin..Al-Fatihah untuk Arwah Prof Dr. Muda @ Ismail..




No comments:

Post a Comment