Tuesday, November 30, 2010

WAJAH

sumber dari google


Ada riak resah di sebalik wajahnya..


saya tahu hatinya tak keruan..


tapi demi org tersayang dia terpaksa..


terpaksa sembunyikan segala kerisauan yang bersarang di hatinya..


terpaksa tersenyum depan orang tersayang walaupun hakikatnya dalam hati dia pasti mahu menangis semahunya..


bersabarlah wahai sang isteri..


sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya


dan sesungguhnya ujian yang diturunkan kerana DIA tahu dirimu mampu melaluinya dengan tabah...





Eren 'Kangen Band' - Takkan Pisah


TAKKAN PISAH


Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Bila nanti orang tuamu tak meridhoi
Dengan apa yang kurasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitupun orang tuaku

Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah sayangku
Janjimu janjiku untukku

Takkan ada yang bisa pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan kupastikan
Ku kan memeluk mencium di surga
Jangan kau pergi tinggalkan Aku
Bawa aku kemana kau mau
Janji ku padamu Jiwa dan ragaku
Mati ku pun mau

Monday, November 29, 2010

Ketentuan..

Saya PASRAH..


Tahun ini banyak yang saya pelajari..


semuanya tentang kehidupan..


Dan yang pastinya..


berita yang saya perolehi hari ini..


adalah ketentuan dariNYA..


dan saya percaya..


apa yang TUHAN dah aturkan untuk kita..


itulah yang terbaik buat kita..


dan yang pastinya..


ada hikmah di sebalik semua yang berlaku..


saya PASRAH...aku pasrah padamu YA ALLAH..


Berikanlah penawar buat mengubati kesakitan dia ya Allah..


Berikanlah lebih masa untukku berbakti kepadanya..


berikanlah padaku lebih masa untuk membahagiakannya Ya Allah..


Sesungguhnya aku kini pasrah Ya Allah..





Muhasabah Cinta



MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini..
Berat ujian dariMu..
Kupasrahkan semua padaMu..
Tuhan... Baru ku sedar..
Indah nikmat.. sehat itu..
Tak pandai aku bersyukur..
Kini kuharapkan cintaMu..
Kata-kata cinta terucap indah..
Mengalun berzikir di kidung doaku..
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku..
Butir-butir cinta air mataku..
Teringat semua yang Kau beri untukku..
Ampuni khilaf dan salah selama ini..
Ya ilahi....Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku..
Lindungiku dari putus asa..
Jika ku harus mati..
Pertemukan aku denganMu..

Friday, November 26, 2010

Rompakan di Seksyen 6 Bukit Mahkota..

jeng jeng jenggggggg...(gambar dr pokcik google)


Pagi semalam...seawal pukul 6.30 pagi kami dah keluar rumah menuju ke Bangi..Lepas tutup pintu pagar..muka suami nampak pelik..rupanya selang beberapa buah rumah kami tu ramai org duk berkumpul..siap dengan polis bagai..mesti ada kes ni..so pulang daripada kerja semalam..suami duduk la di luar..bagi anak-anak main..sebelum magrib suami dan anak-anak dah masuk rumah..time tu saya tgh sibuk bersilat di dapur..time tgh sibuk tu la suami ajak bergosip..rupanya ada rumah kena pecah pg semalam..pagi-pagi buta okeh..kul 3 pagi waktu kejadian..tukang pecah rumah adalah terdiri daripada 3 orang warga I***S*A..dan kejadian tu berlaku sepantas 10 minit..perompak menggunakan tong gas utk pecah masuk ke rumah mangsa..dan barang yg dirompak ialah duit cash..brg kemas serta handphone..haihhhhhhh...x kesah la nak ambik apa pun..janji jangan apa-apakan org sudah la..alhamdulillah..semua selamat..dan part paling bestnya ialah..polis sampai 25 minit selepas kejadian..haihhhhhhh..no komen la bab ni..sbb saya sendiri pernah berdepan dengan situasi yg sama di mana time saya report pasal kecurian yg berlaku kat kereta en suami..depa suruh haku hangkut kete tu pi balai..apa kes??agak2 hang nak suruh aku duk atas apa??kusi kete pun ilang wehhh..cemana nak pandu kete?sengaiiii betuiiii...ehhh..x boleh komen panjang...selepas drpd mendengar cerita suami..mula la perasaan takut tu mari..penyudahnya malam td suami ku terpaksa menunggu saya memasak di dapur di samping menjadi peneman saya tatkala saya nak naik atas or turun bawah...dalam bilik mandi jer tak payah berteman..kang jd citer lain pulak..opssssssssss....apa-apa pun..sebagai langkah berjaga-jaga..kena la buat apa yg patut..at least ada la usaha utk mengelak daripada kejadian tu berlaku lagi..dan harap-harap pak polisi kerap la meronda di kawasan perumahan kami sbb MOKCIK TAKUTT WEHHH...





Thursday, November 25, 2010

Eishah Speaking..Yusuf Jawab...

Saya yg blurrr

Mokcik Kepochi

Situasi 1

Time ni si Yusuf duk jauh sket la dari eishah..berikut adalah cara-cara cemana nak panggil YUSUF..

Eishah:Yusuf...come here..yusuf...yusuf..come..come..
Yusuf: (dari jauh pusing sambil jawab..Aaaa???)

Situasi 2: Saya dan suami time ni baru balik kerja..

Saya + Suami: Bla bla bla pot pet pot pet...
Eishah: Hey..What are u doing???
Saya: Haihh..x reti nak ckp slow sket kaa??
Eishah: WHATTT??
Saya: (dlm hati..ader jugak aku bg sedas kat budak ni kang)

Situasi 3..

Eishah n Yusuf main bersama dalam rumah..sorg naik scooter sorg naik wagon buruk..
Eishah: Yusuf..wait for me..
Yusuf: Aaaa??

Tu adalah antara dialog speaking eishah yang saya ingat..banyak lg dialog dia..tapi saya dah lupa..sampaikan en suami ckp..haiihhhh...anak abg ni skrg ni ckp asyik speaking saja...saya akui..saya bg dia tgk cerita kartun kat channel cartoon network tu ada jugak la faedahnya..hasil dari tgk kartun tu la dia pandai speaking sket-sket...tapi sori la eishah..ibu dah tipu eishah kunun channel kartun ibu dah potong..padahal x potong pun..bukan apa..sbb saya dh bosan tgk dia ngadap kartun dari pg sampai petang..si yusuf pulak..asal ckp dengan dia ke..tanya ke..jawapan nye mestilahh aaa???aaa???adoiii..makan dalam aku..hahaha..sabar jer laaaaaaaaaaaaaaa...


Monday, November 22, 2010

Cuti..

Saya nak cuti...
saya betul-betul perlukan cuti..
cuti dari kerja pejabat..
cuti dari kerja rumah..
cuti dari semua kesibukkan yang ada..
dan paling penting saya perlu buang semua keserabutan yang ada dala kepala otak ni..
en suami..sile cuti dan bawak isterimu ini berdating..
sekian..terima kasih..

Saturday, November 20, 2010

Bilik sesuai rangsang minda anak kecil

Mood berangan..

PELBAGAI konsep digunakan ibu bapa untuk menampilkan kelainan bilik si kecil bagi membolehkan mereka menikmati keselesaan ketika berehat, bermain, belajar atau tidur.

Bilik si kecil yang bergaya ringkas dilengkapi sebuah katil bujang, meja belajar, kerusi serta rak terbuka bagi menempatkan himpunan barang permainan lebih bermanfaat.Biasanya, bilik tidur kanak-kanak disatukan dengan ruang bermain bagi memudahkan mereka berinteraksi.


Kebijaksanaan membentuk ruang yang sesuai penting bagi merangsang keupayaan minda anak menjalani kehidupan lebih bermakna.Pilih warna yang sesuai bagi bilik kanak-kanak untuk keselesaan dan sudut pembelajaran sempurna. Bukan semua warna ceria sesuai untuk kanak-kanak. Merah umpamanya membuatkan kanak-kanak cepat lapar dan warna kuning ada kebarangkalian kanak-kanak menghidap penyakit kuning.


Warna ceria membuatkan kanak-kanak hiperaktif dan biasanya rona merah jambu dan biru muda sesuai untuk bilik mereka. Untuk bilik tidur bersama ruang bermain, ukurannya perlu cukup luas dan lengkapkan dengan rak atau almari.Rak terbuka sesuai untuk anak berumur lima tahun ke atas kerana mereka pandai menyusun atur barangan.

Jika anak masih kecil dan berusia kurang tiga tahun, sediakan bakul untuk memudahkan mereka memasukkan barang permainan selepas bermain. Pastikan tiada benda tajam di bilik dan pilih perabot jenis tidak berbucu tajam atau keras.


Katil yang mempunyai pengadang sesuai dengan usia kanak-kanak juga sering menjadi pilihan ibu bapa termasuk menampilkan konsep mengikut kecenderungan anak mereka. Bagi kanak-kanak yang meminati kartun, tempatkan almari pakaian, meja bermotif kartun bersebelahan katil, lampu terendak dan penggunaan kertas dinding bermotifkan kartun

(sumber dari HIASANREKAINDAH) dan semua gambar dr google.



Friday, November 19, 2010

Laminate Flooring

Sekarang ni saya dan en suami tengah gatal nak letak laminate flooring satu umah...memandangkan budget adalah sangat terhad..makanya kami terpaksa memilih antara dua..sama ada nak buat atas dulu..or bawah dulu..kena la buat slow-slow dan satu-satu..mokcik bukannya org kaya..bg saya..paling penting buat tingkat atas n tangga dulu..bukan apa..mokcik dah naik bebulu bijik mata tgk lantai parquet tu..ntah zaman bila la weii duk pakai parquet lagi...skrg org tak pakai dah...umah baru semua letak tile la weii...araprop jer dok ketinggalan zaman duk pakai parquet..mmg araprekkk betuiilaaa...ada masa saya sempat la surfing dalam tenet jenis2 laminate flooring ni..kat bawah ni antara warna-warna idaman kalbu..warna dipilih dengan harapan..ruang akan nampak lebih luas..kalo pilih kaler gelap..bertambah kecik la nampak umah mokcik yg mmg dah sedia kecik tu...hahahaha


Sumatra Teak Cap ROBINA


Teak Allover Cap ROBINA

Empire Oak Cap ROBINA jugak..

Kepada en suami..sile la cari quotation utk tingkat atas..n kalau ada duit lebih...sile la laburkan utk umah kite tu erk?sekian terima kasih..


Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidil Adha 2010

Laksa Terengganu (sumber dr google)

Pagi semalam saya bangun awal mcm nak gi kerja..dengan harapan..pak abu a.k.a YUSUF masih lena tidur..tapi musnah harapan sbb time saya bangun tu dia pun bangun skali..konon nak teman ibu la tu..tapi padahall...tolong buat sepah ada la..memula kuarkan ikan dr freezer..sib baik la bahan-bahan nak buat laksa ganuu cukup n dpt beli smlm..kalau tak..ada yang makan meggi di pagi raya..sementara tunggu ikan defrost..saya rendam laksa sambil buat apa-apa yang patut..semua kerja beres dalam pukul 8.30 gitu..ini percubaan pertama saya buat laksa gannu..sebelum ni saya cuma pandai makan sajer..hahaha...rupa-rupanya..x der la leceh benar nak masak laksa ganu ni..campak2 saje..adik ipar saya mai awal dengan harapan nak tulun masak..tapi apakan daya..kerja semua dah beres..hahaha..apa pun..disebabkan dia mai awal saya dpt mandi..kalo x sampai sudah la x mandi sbb x de sapa nak tolong tgk YUSUF sbb en suami awal-awal dah gi solat raya..lebih kurang pukul 9 gitu en suami pulang..so kami makan la dulu sementara tunggu abg ipar mai..gitu la raya di sini..itu pun nasib baik ada adik ipar n abg ipar..kalau x..terkulat-kulat la saya dengan suami tatau nak buat apa..menu raya haji semlm ialah laksa ganu..ketupat palas, rendang ayam n daging..kuah lodeh, agar-agar cendol dan kek buah..start dr ketupat palas sampai kek buah tu semua jiran yg bg..yang kami sediakan cuma laksa ganu n cocktail ice-cream vanilla dengan buah anggur sajer..hahaha..apa pun sgt la enjoy dpt berkumpul dengan adik bradik..tahun depan x yah la balik jugak...raya sini udah la kalau takat coti sehari jer..hahahaha..raya haji korang cemana pulak??sile la cerita..



Wednesday, November 17, 2010

Family...

Seronoknya menjadi kanak-kanak..yang mereka tau cuma bermainnnn..x payah pk pasal masalah..Gambar-gambar ni dirakam oleh Uncle saya yang kebetulan datang dari Terengganu..Gambar-gambar ni juga dirakamkan disekitar Putrajaya..Cantik..itu perkataan pertama yang kelaur dari mulut saya tatkala melihat gambar-gambar ni..I wish I have that SLR camera too..hubby..can i have one during my coming birthday..plishhhhhhhhh.....

Eishah..saya tatau di mana..apa pun yang pastinya gambar ini yang menjadi wallpaper komputer office saya buat masa ini..tentu cantik kalau saya besarkan gambar ni..
Eishah dan Adam..walapun jarang berjumpa..tapi mereka rapat..Adam lahir sehari lebih awal daripada Eishah..

Cheekyyyyy face..anak dara saya seorang yang pemalu..tapi banyak mulut..adam pulak..manja..saya suke dengar setiap patah perkataan yang kelaur dr mulut dia..nadanya manja..


My uncle..with his only son..wish ateh will have a new baby soon...aminnnnnnnn...

My aunty..merangkap kakak ipar..later i'll story about our KELUARGA 69..Kak tie..thanx for looking after mok and thanx for everything...

Apa pun..dalam ramai-ramai uncles n aunties that i have..Ateh is the best..sporting..caring..bla bla blaaaaa....

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..(dari amir,erni, eishah n yusuf)


Selamat Hari Raya buat semua teman bloggers yang beragama Islam..Raya Aidil Adha saya kali ni sedikit berbeza..kerana mama dan aboh tiada di sini..Mama dan aboh terpaksa pulang ke Terengganu Isnin baru ni kerana mok x sehat..Tambah sunyi..kakak-kakak saya beraya di rumah mentua masing-masing..tinggal la kami anak beranak..Saya dan suami masih belum berbincang menu apa yang nak kami sediakan di pagi raya..nanti la saya update semula entry ni..apa pun..skali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha...


Tuesday, November 16, 2010

Ibu..

Saya..bersama mama dan aboh..

Betul la kata orang...sorang ibu boleh jaga sampai 9 orang anak..tapi 9 orang anak belum tentu lagi dapat menjaga sorang ibu..nauzubillah...saya tak mahu menjadi anak seperti itu..ataupun tergolong dalam golongan itu..dulu..saya selalu terfikir..kalau saya yg mati dulu..mesti mama dan aboh sedih yang amat sangat..iyer la..sapa yang x sedih kalau anak meninggal..tapi kalau mama dan aboh yang meninggal dulu..saya pulak yang sedih gile-gile..mcm mana ni..haiiihhh..tapi itulah dia kenyataan..setiap yang hidup pasti akan mati kerana kita semua di muka bumi ni hanya pinjaman dan semuanya bersifat sementara..apa pun tahun ni banyak mengajar saya erti sebuah ikatan kekeluargaan..kasih sayang dan pengorbanan..bagi saya..selagi mana saya masih bernafas di muka bumi ni..dan selagi mana org tua saya masih ada..saya akan terus berbakti utk kedua-duanya..saya tak faham dengan sesetengah orang..ibubapa sakit pun x diendahkan..perlukah kita tunggu sampai orang tua kita dah tak berupaya utk bangun..ataupun nak tunggu sampai org tua kita dah tak der baru ingat nak berbakti pd mereka??saya tak mahu bazirkan sesaat pun daripada masa-masa tu.. bila aboh mula x sehat tahun ni pun hati saya dah x keruan..ini kan pulak kalo terjadi sesuatu yang lebih buruk..wang ringgit mungkin kita boleh cari..tapii hilang ibu dan bapa??kat mana nak cari pengganti??x kan ada yang boleh menggantikan tempat kedua-dua org tua kita..satu lagi yang saya pegang sampai sekarang..kalau saya buat mama dan aboh menangis..satu hari nanti saya juga akan menangis akibat drpd perbuatan anak saya sendiri..tatkala itu saya sendiri akan rasa bagaimana sedihnya hati seorang ibu dan ayah atas perbuatan anaknya itu..Saya menulis entry ini untuk peringatan kepada diri saya sendiri..maaf kalau ada yang terasa..buat P**C*K dan M*K**K saya yang berada di Terengganu..hargailah setiap saat yang ada untuk berbakti kepada mok..luangkan lebih masa bersama mok..sementara mok masih ada..jangan bila dah x der nanti baru nak menyesal..(just my 10 cent opinion..)




Monday, November 15, 2010

Busy Me..

oopppsss..keadaan saya masih terkawal..belum sampai tahap mcm ni...hahaha (sumber dr google)

Saya tahu kebelakangan ni saya jarang menulis..bukan tanak..tapi saya tak berpeluang..pendek kata x de masa nak menulis..cerita mmg banyak..sepanjang minggu ni saya sebok..sebok dengan kerja pejabat dan di rumah juga sebok..tambah sebok sebab anak-anak demam..haiihhh...weekend lepas kami hanya banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anak2 yang demam selsema..alhamdulillah..hari ni eishah dah nampak sehat..cuma masih sama seperti yusuf..masih batuk-batuk lagi..tentang kerja pejabat..saya sgt berharap minggu ni saya dapat selesaikan semua kerja-kerja ni sebab mata saya dah naik sakit tgk buku yg bersepah di atas meja..x cukup atas meja..dalam bilik dan depan pintu pun ader..silap2 ada yg kena timpa ngan buku...opsss..terlepas sudah bercerita tentang pejabat..bab kerja pejabat mmg x boleh cerita lebih..kang ader yg menunggu masa untuk mencarass saya..opppsss..okla..ada masa saya akan buat entry lain..saya tau saya masih berhutang entry tentang AULAD GENIUS..ramai yg nak tau..insyaAllah..next entry saya akan tulis berkaitan dengan info Aulad Genius yg saya dpt baru2 ni..




Saturday, November 13, 2010

Kencing Malam...

sori ibu sbb terkucil atas tilam mlm td..hehehe


Ini cerita pasal anak dara saya..sape lagi kalo bukan Eishah..Baru ni on d way pulang ke Bukit Mahkota..dalam kete lagi dia dah tidoo..semuanya gara-gara tak tido siang..so dia mengantuk sgt la tu..sampai rumah suami terus angkat eishah masuk dalam bilik dan baringkan atas tilam..nak jadi cerita..budak-budak ni masih lagi tido atas toto sebab time nenek saya dtg ari tu kiteorg dah angkut tilam berat tu kat bilik satu lagi..lepas setle kerja rumah..saya angkut yusuf naik ke bilik..hajat di hati nak golek2 la atas tilam ngan yusuf..seronok plak saya duk himpit2 eishah..rasa panas sket badan sbb hari hujan..skali x lama tu..tetiba rasa basah..saya pun pelik..air amender la pulak ni..teruskan landing lagi..tapi lg rasa pelik..pesal sampai baju saya pun basah ni..terus saya toleh kat tempat eishah tidoo..alaaaaaaahaiiiiiiiiiiii....dah lencun basah...minah ni kencing atas toto la pulak..sambil tergaru2 badan akibat gatai kena air kencing saya jerit panggil suami di bawah..sesudah pk punya pk cemana nak buat..kami sepakat kejutkan jugak eishah walaupun dah tau lepas ni dia akan melalak kaw kaw punye..hihiih...suami susun ayat baiikkk punya..kak long...jom kite kencing dulu..sambil angkut eishah pi bilik air..sampai bilik air dia mamai lagi..tp time nak bukak baju..dia dah start nak melalak..mungkin sbb dia baru sedar baju dia basah giller..time tu..saya doa banyak2 tabahkanla ati aku ni..kalau x ada aku tangan-tangankan budak ni gara-gara demam..sepanjang bersihkan dia..dia duk bantai lalak..saya sabar jer..penyudahnya lepas dah siap pakai baju semua..saya suruh dia tidoo..x lama tu dia tido dalam tangisan..kejut tido pagi esok saya tanya dia..pesal nangis semalam??dia buat muke blur jer..tapi saya tau..dia sebenarnya nangis sebab malu dia terkucil atas tilam..hahaha..bagi saya..saya sket pun x marah kat eishah..setakat ni dia baru 3x terkucil atas tilam..standard la..budak tu pun masih minum susu..takat kencing atas toto x der hal..bleh jer basuh..hahahaha..ala..bukannyer korang x pernah ada pengalaman pun kencing atas tilam..saya pun pernah...opsssssssssssss...terlepas sudahhhh...hahahaha...apa pun...semua tu kenangan saya sepanjang membesarkan eishah dan saya takkan lupa kenangan tu sampai bila-bila..







Thursday, November 11, 2010

Takziah..

Lewat petang ini saya mendapat perkhabaran tentang pemergian ayahanda tercinta nieza..terkejut..sedih..tak terkata..awal tahun ni saya banyak berkongsi dengan nieza..nieza yang lebih banyak pengalaman dari saya tentang perkara itu..saya kagum dengan semangat nieza..dia sentiasa berfikiran positif..walaupun insan yang paling dia sayang menderita kanser usus..nieza..takziah buat nieza sekeluarga..tabahkan hati..relakan dia pergi..kerana itu yang terbaik buat dia dari terus menanggang kesakitan....erni turut bersedih mendengar perkhabaran ni..semoga nieza terus tabah..dan semoga roh arwah abah nieza sentiasa dicucuri rahmat..aminnn...

Ayat-ayat power lepas kawin...

Sebelum Tido: (yg ni x pernah terjadi kot sbb kiteorg ni jenis letak paler kat bantal terus pengsan..sedar-sedar pagi esok jer la)

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet: (yg ni kebiasaannya saya yg kena mandi dulu..ataupun kiteorang lalilatalitamplommm...ok..abg mandi doluu...hahaha..x pun nak adil saksama..mandi skali..opsssssss)

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS: (yg ni..setakat ni msg sumer panjang2 lagi la..maklum la..kiteorg kan PJJ..pasangan jarak jauh dah lama..so bab msg..x jd cenggini lagi)

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process: (yg ni..x pernah kot dia ckp camni kat saya..tapi kalo saya tanya..kdg2 sajer dia nak sakat..dia kata x sayang punnn..hampehh)

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja: (yg ni..tatau la..sbbnyer dah nama pun kiteorg balik skali..)

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun): (takat ni setiap tahun saya dpt hadiah..dr duit dia sendiri..hehe..tengkiu laling..tahun depan sile bagi lagi..)

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon: (x pernah lagi jd mcm ni kat saya..hihih)

6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan: (yg ini pun belum pernah lagi kot..one day kalo jd cenggini..harus saya baling lauk tu kat muke dia atau saya sumbat terus lauk tu dlm mulut dia supaya dia diam terus..syukur sket wehh.ingat senang ka bini nk masak)

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan: (yg ni x pernah..cuma dia slalu pesan kat saya..ingatla per yg dia pesan slama ni kat saya..so mender2 camtu takkan berulang lagi..)

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru: (suamiku sangat la memahami..kalo saya tak beli..dia sendiri akan belikan utk saya..dia pun kaki shopping maa..so x der masalah..)

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday: (suami saya seorang kaki jalan..so masalah camni x timbul..)

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV: (bab tv mmg x bleh blah..nak2 lagi time ada football match..harusla tuan punye belog melopong x bleh tgk citer peberet dan diperambat naik tido awal oleh suami terchenta..)

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

Sumber: dicedok dr Facebook sapa ntah..

Saturday, November 6, 2010

Update Our Casa..

Dah lama rasanya saya tak update tentang rumah kami..skrg ni camni la rumah kiteorg..jangan tanya pasal sofa yang sangat menyakitkan hati saya..hahahaha

Sekarang ni dekat ruang tamu ini je la yang ada..camner memula masuk dulu..camtu la skrg ni..x de pertambahan apa-apa..dan saya pun x bercadang nak tambah apa-apa melainkan nak tempek satu lagi gambar famili dengan berpakaian kasual..itu pun jika ada masa la nak pi studio ambik gambo...

Pandangan dr tepi..haiihh..sebok betul la budak kecit tu duk main naik turun tangga...kat luar tu pulak suami saya tengah mengemas dan mencuci bahagian luar..bukan apa..depan rumah tu dah mcm rupa rumah kena tinggal..nampak sangat yg kami ni teramat la RAJIN...hahaha

Ini pulak dapur kering...in future saya plan nak letak kipas siling..x ler panas time makan..buat sementara waktu terpaksa guna kipas meja tu haa...menyemak jer kat kitchen kabinet..oo..lagi satu..saya plan nak letak tile kecit2 kaler itam n merah dekat tile kitchen kabinet tu..itu pun kalo ada budget lebih..yaaangg...plisss..allocate budget utk dapo ayg..plissshhhhhhhhh...


Ini pandangan dr tepi..dapur basah saya tatau nak ambik gambo cemana..sebabnya sempit sgt..oo..satu lagi saya plan nak letak sinki yg cun utk basuh tangan..dekat kepala paip yg ader tu la..korang ada nampak x kepala paip tu..kalo n nampak alamatnye esok luse nak gol la tu kot...hahahaha

Cuba teka di manakan kepala paip tersebut..nampakkkkk??x nampak jugak kerr???okla..saya bgtau..sebelah kiri..berdekatan dengan kipas tu haaaa..hihihihi..


Ini pulak kami nak jadikan famili area..suppose kat sini en suami nak buat partition n create satu famili area kat sini..tatau la menjadi ke tak..itu pun kena tunggu ada budget..

Ini store kami..amacam?ok x?luar jer nampak cantik..dalamnya bersepah..ya ammmmpunnnnnnnnnnnnn....anyway..tengkiu to FNH Enterprise yang sudi buat segala mak nenek dalam rumah kami dengan harga yang berpatutan..pasni buleh buat lagi..sesapa yg nak kontek number FNH Enterprise bleh tingal msg kat saya..nanti saya bg ok??



Friday, November 5, 2010

Budak Lasak..

Lamanya x citer pasal yusuf...budak kecik ni skrg sudah panjang akal..kalau saya nak mandikan dia..dia lari keliling bilik..penat nak kejar...kalau saya marah..cepat2 dia gi kat tepi dinding..siap tutup muke lagi..takut la tu kunun..haihhh..itu belum lagi kalo bukak jer pintu rumah..laju jer dia masuk..bukak laci dan campak segala barang yg ada dalam laci...sangat suke mengemas hokeh!dan ketika itu x semena-mena saya akan bertuka menjadi TARZAN..YUSUFFF!!!NOO!!!!

Ini namanya stunt di dalam bilik tido...bertempat di atas dressing table..sambil pegang buku dia buleh lagi pk apa nak buat seterusnya..nasib baik ayah dia yang ambik gambar ni dan saya time ni tengah mandi..kalau tak sure akan dengar tarzan menjerit...

Ok..time ni buku sudah pun di baling atas lantai...agak-agak apa la yang dia nak buat lagi tu...haiihhhhhh..

Lol..nak bukak minyak gamat ka??kalau saya ada ni harus saya piat-piat telinga si yusuf nii..biasanya kalo saya piat dia akan menjerit aaa...aaaaa...jerit manja gitu..skrg ni tiap pg sebelum hantar yusuf..kalau saya ckp..yusuf..ibu hantar rumah mama zah erk?dia akan jawab..emmm..kalau saya tanya..yusuff...buat apa tuuu??dia akan jawab..haa???saya tanya lagii..dia akan jawab haaa??? jugakk..adoiiii...last2 bia la saya yg jawab sendiri soalan yang saya tanya kat dia tadi..skrg ni rasanya berat dia 10kg..makin berat sbb sumer benda dia sapu bersih..hatta batu putih dekat tanah sekangkang kera saya tu pun dia cuba gigit..sib baik tak lut...hihihih..okla..tak tau nak cerita apa lagi pasal yusuf..apa pun..tengkiu yusuf..yusuf benar-benar menghiburkan ibu walapun skali skala ibu terpaksa jadi tarzan..