Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Ibarat mati hidup semula

Assalamualaikum

Maaf kerana lama menyepi.alhamdulillah saya dah pun selamat melahirkan AMIR ASHROF pada 10 Januari 2012 pada jam 4.08 pagi..walaupun hajat dihati nak bebi sama besday dengan ibu tidak kesampaian,tapi beza sari dengan besday ibu kire ok la..bercerita tentang pengalaman bersalin kali ni membuatkan saya rasa sedikit serik dan fobia kerana saya terpaksa bertarung di labor room hampir 6 jam tanpa sebarang bius pada mulanya.


semuanya bermula pada 9hb dimana pagi tu saya rasakan dah x berdaya utk berjalan.kerana sakit tuut dan skali skala perut rasa tak selesa.penyudahnya saya berjumpa dengan doc fatimah di klinik annur.sepatutnya next appoitment hari jumaat.masuk je bilik doc,doc cek heartbeat bebi n tanye last cek up ari tu brapa berat bebi.last saya cek up ialah sabtu dan berat bebi time tu dh 3.2kg.pastu mcm time yusuf dulu jugak,doc fatimah stimulate jalan.bebi x engaged lg time ni.lepas tu saya dibawa ke ward utk buat ctg.memandangkan contraction pun xde lg time tu saya dibenarkan pulang.tp start masuk kete saya dah rasa semacam.tp masih berlagak cool sbb kebetulan encik suami sibuk dgn keje die time tu.encik suami hantar saya pulang ke rumah n sambung keje dia balik.di rumah saya dah start kira kekerapan sakit.tp masih buleh gelak,main fb dan makan lg.penyudahnya lebey kurang pukul 3 lebih saya msg encik suami suruh pulang ke rumah.saya sempat mandi2 dulu sebelum ke hospital..kami tiba di hospital pakar annur lebih kurang pukul 4 ptg.jgn tatau,time sakit tu la saya baru terhegeh2 packing segala brg.sgtla x senonoh.


Sampai spital,nurse bawak saya ke labor room utk buat ctg n acara seluk menyeluk. Okeh..contraction regular..n lepas seluk rupenya dah bukak 3 cm..time ni sakit-sakit manja..so bleh gelak2 lg..saya siap mintak kebenaran nurse nak balik dulu buleh x?nurse kate kalo nak balik buleh tp sile la sign surat..kalo jd apa2 dorg x nak bertanggungjawab n siap ckp kalo doc fatimag pun die x bg balik sbb sakit dah regular..saya nak balik bukannya apa..sbb ader mender lg yg saya tak makan..emmm..redho jer la..mmg x der rezki saya...na tanak duduk la jugak situ..encik suami turun bawah pi register apa patut..planning asal nak duduk bilik sorg standard..tapi rancangan Allah lain pulak..bilik sumer full dan yg ade cuma bilik utk 4 org..bantai je la...so pindah la ke ward..dalam masa tu encik suami dah pesan kalo ader bilik kosong sila la bgtau..sementara nak tunggu contraction lg kerap..encik suami pi beli makanan kat bawah..saya siap order teh ipoh nuin lg tu..maka magrib tu bejemaah la kiteorg makan kat dalam ward..walaupun tgh sakit..mak buyung tetap berselera makan..bukan apa..takut kang mlm kang nak push x der tenaga lak..lepas makan encik suami pulang ke rumah utk mandi n ambik brg sakit..tidurlah saya keseorangan dekat ward sementara tunggu encik suami dtg balik..

Lepas solat Isyak encik suami sampai di ward. Sempatla dia sambung ngaji sket lagi utk bebi..eishah n yusuf encik suami sempat khatamkan 30 juz..utk bebi yg ni x sempat..tu la..suke sangat main2..x lama tu saya rasa mmcm sakit tu dtg 5 minit 2x..haihhh..tak buleh jadik ni...tekan bell n nurse pun dtg..dorg terus pasang ctg..x lama tu doc fatimah dtg..rasanya dlm 9 lebih or kul 10 gitu..seluk lg skali..okeh..dah bukak 5cm..so bleh la turun labor room..sblm tu dorg suruh buang apa yg patut..dorg suruh saya naik wheel chair tapi saya x mo..mak buyung larat jalan lagiii time nii...

Masuk labor room bukak ler segala kain yg ko pakai..pastu duk dendiam dalam selimut sbb kejap lg doc nak pecahkan air ketuban...dah pecah air ketuban doc kater doc nk saya rasa sakit 2 minit skali..time ni ok lg..nurse tanye nk ei x?saya geleng tanak..sbb sakit pun x kuat sgt..encik suami setia menemani di sisi..mulut saya terkumat kamit baca segala doa yg saya tau..tak lupa jugak selawat..lama tu saya rasa sakit makin kuat..sakit sama mcm yusuf dulu..saya  dah x keruan..mulut makin laju baca segala ayat yg saya ingat..menjelang tgh malam saya dah x boleh tahan..nurse seluk dan bukaan baru 7 or 8cm..saya dah x ingat..ya Allah..lambatnya..time ni saya dah menggigil tahan sakit sambal peganghn tiang2 katil..encik suami dah x keruan..berkali dia suakan air ke mulut saya..lebih kurang pukul 2 doc turun dek kerana  saya dah x tahan menanggung rasa nak teran..alangkah kecewa bila saya dgr doc ckp no no no..x boleh lg..kepala bebi still tinggi..dugaan apakah ini YA ALLAH..sungguh saya betul2 x tahan dah time tu..doc fatimah bg saya satu bius dipeha kanan..tapi sayangnya bius tu langsung x dapat melegakan kesakitan saya..paling merisaukan bile doc ckp..doc bg masa 2 jam lg utk bebi turun dgn sendirinya..if not OPERATE..time doc cakap mcm tu yg saya terbayang..saya x sanggup nak tanggung sakit..bawah dah sakit..kalo operate..tambah lg satu sakit yg saya kena tanggung..cuku la skali saya masuk OT hospital annur time d&c dulu..serik..sungguh saya serik! Midwife yg sentiasa berada di sisi saya menjangkakan saya akan bersalin dalam 340..ya Allah..lamanya..sakitnya hanyatuhan yg tau..setiap kali rasa nak teran dtg..saya teran jer sbb midwife tu pun suruh je saya teran supaya bebi makin turun ke bawah..bayangkan saya teran bukan bebi yg keluar..tp cuma kepala bebi je yg turun sedikit demi sedikit..encik suami kata time ni saya nampak mcm org nak mati..setiap kali sakitt dtg saya keta bibir..muke saya pucat..bibir saya kering dan saya x berdaya nak minum sehinggakan encik suami terpaksa titikkan air di bibir saya menggunakan straw..setiap kali contraction datang..midwife akan seluk dan suruh saya teran..setiap kali tu jugakla saya nampak glove midwife dipenuhi darah..

Akhirnya midwife panggil jugak doc turun..rasanya time tu kepala bebi sudah sampai ke permukaan..doc fatimah suruh saya teran seperti biasa..berkali saya teran..sambil memerhatikan heart beat bebi..sampai satu saat doc ckp..nampak x heartbeat bebi dah makin slow..time tu saya rasa dah drop dlm 80++...sedaya upaya saya teran sehingga saya dpt rasakan seperti kepala bebi dah keluar dan teran yg seterusnya keluarlah bebi ashrof dari perut saya..Ya allah..leganyaaaaaaaaaaaa..doc letak bebi atas dada saya sambil menyedut kahak bebi doc tanye bebi boy ke gurl?saya jwb boy dan saya dgr doc bg arahan pd nurse..bg ubat tidur terus..lepas tu..GELAP...mmg saya x sedar apa2..



Sedar-sedar saya masih di dalam labor room..bezanya td bilik ni cerah..skrg gelap dan saya keseorangan..x lama tu saya dengar bunyi tapak kaki..encik suami rupenya..saya tanya bebi mana??nurseri katanya..saya tanye lagi bebi baer kg?sebab seingat saya doc fatimah ade ckp yg rasanya bebi ni besar..encik suami jawab..3.6kg..mak aiii..patut la time meneran td seteul rasa mender kuar n seksanya nak keluarkan..encik suami berkali kali saya thanx kat saya n ckp saya kuat..kalo x der encik suami...x der kuatnya saya..lembik ada le..x lama tu nurse pindahkan saya ke ward..sakitnya rasa bdn ni...mcm remuk2..inilah pengalaman yg paling saya x dpt lupakan..serik sgt rasa kali ni..mungkin kerana terpaksa menanggung sakit yg lama..haihhhh..tatau le kot serik-serik pasni tubik la sorg bebi...kakakaka...okla..xtau nak tulis apa dah..till next update..babaiiii





Wednesday, January 4, 2012

9 perkara perlu dilakukan suami semasa isteri mengandung

Assalamualaikum

Sambil surfing terjumpa pasal ni..sharing is caring..


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Ia kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang diluar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar didalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri kemana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka kemana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Sumber: SINI


Sakit-sakit manja...

Assalamualaikum

Alhamdulillah..usia kandungan hampir mencecah 38 minggu..ohh..semalam saya masih di ofis..menyelesaikan kerja-kerja penting sblm cuti bersalin..saya akan mula bercuti awal seminggu iaitu pada 11/1/2012..tghari smlm time tgh syok buat SKT..tetiba perut rasa sakit ala-ala nak bery..beby kejap ngeras kejap ok..okeh..time tu saya lg cuak..bukan cuak pk sbb bebi nak kuar..tp pk sbb kije x siap lagi..adoii aiii...sakit berlanjutan hingga ke mlm td..sampai x buleh nak tido lena..siap mimpi nak bersalin bagai..bangun pg td still ade rasa jugak..tapi malas nak kira..agak2 kalo dah sakit sgt2 serba x kena tu baru la kite zassssssssssssssss pi klinik..skrg masa tgh buat entry ni pun skali skala terasa bebi mengeras..tapi buat derk je dulu..hari ni nak makan eskrim baskin robin puas2 kat rumah..kot nanti ader yg kempunan menangis tgk peti ais..hahaha..okla..x tau nak update apa..kang kalo dah betul2 sakit nak bersalin saya update lagi ok??babaii

Tuesday, November 22, 2011

I'm not FAT..I'm just PREGNANT

Assalamualaikum

Alhamdulillah..usia kandungan bakal mencecah 8 bulan Jumaat ni..selera makan still sama mcm dulu..semua benda saya pulun..pagi ni..time tgh siap2 nak ke ofis tetiba rasa nak nangis..seluar maternity yg sblm ni saya pakai muat je..ari ni nak zip langsung x dapat..uwwaaaa..pening saya pk baju apa la yg nak pakai ke opis..hampir semua seluar maternity yg saya ada dah ketat..cemana ni?time YUSUF dulu elok je pakai sampai 9 bulan..penyudahnye mama saya selongkar almari dia..alhamdulillah..jumpa jugak selai jubah yg muat utk saya..tp rasanya masuk 9 bulan nanti konfem sangkut kat perut..esok x tau la nak pakai baju apa pulak..nak beli rasa sayang pulak sbb tinggal lg sebulan je pun..mama saya sibuk duk pot pet pot pet membebel..saya ni makan sedap la..makan ais byk la..adoiilaaa..tp rasanya bdn saya x naik pun..yg naik cuma perut n muka saja..x per la..weekend ni saya bakal mengadap doc Fatimah di Annur..dengaar je la apa yg doc nak ckp..harap2 semuanya ok..aminnnn...

See..i told u..i'm not FAT..i'm just PREGNANT


Wednesday, October 5, 2011

MGTT

Assalamualaikum

Ini entry lama yg saya peram sampai kepam dan x publish2..cerita pasal MGTT..MGTT tu menatang aper? MGTT tu ujian cabaran glukos ye kawan-kawan..Time test tu..tgh mlm kul 12 korang dah kena puasa..pastu esoknye tu kul 8 pagi dah tercongok kat spital..sblm dorg bagi minum air gula..die akan ambik dulu bacaan darah korang tu..ala..tembak sket je kat jari tu...lepas tu baru la dorg bg minum air gula..dah setle minum sila la puasa slama 2 jam..2 jam pastu mai balik spital..dorg tembak skali lg kat jari utk dapatkan bacaan lepas minum air gula..hikhikhik..paham x?x paham sudah..sblm minum air gula..bacaan darah saya 3.9..rendahnye nurse kata..lepas minum air gula jadik 4.4..normal yer kengkawan..alhamdulillah...setle je sumer..saya terus arahkan encik suami pi kfc..order set breakfast satu siap ngan cheezy wedges..heaven!mcm org kebulur haku makan..siap makan pulun nasik dagang mok buat pulak..ya ampun..menyandar kekenyangan diriku ini..kehkehkehkeh...x per la..time ni je makan byk..bdn x naik pun...maintain je..hukhukhuk...okla..sambung citer tertanggung lain lak di next entry..babai sume..

Tuesday, September 20, 2011

Check up lagi..

Assalamualaikum

Bila bercerita bab nak g cek up..saya mmg la sgt pemalas..2 3 ari sblm cek up saya dah zikir malas nak gi kat encik suami..kali ni paling malas bukan apa..sbb mengenangkan sakitnye nak kena inject kancing gigi..tp bg la banyak mana alasan pun..mmg kena ngadap jugak..kul 9 saya dan encik suami hegeh2 ke azzahrah..anak-anak saya tinggalkan di rumah mak ngah dorg..senang sket..ramai la jugak org..hampir sejam setengah saya terpaksa tunggu..menunggu sambil hanya minum air kotak coklat dutch lady sekotak sgt la menyeksakan..sbbnye perut saya dah mula menyanyi dek kerana lapa..akhirnya tiba jugak giliran saya..ohh ye..memandangkan bulan ni berat naik 3.5kg..maka saya telah diarahkan utk buat mgtt test..minum air gula!yucksssssssssssssss...itu cerita sabtu akan dtg..malas nak pk..setle sembang dgn doc..doc scan plak nak tgk baby cemana progress..berat bebi dah pun 509gm..which is good..doc yg kater laa...pastu mulut saya gatai duk tanya doc gender baby..memandangkan baby sgt bizi toing sana sini..maka sedikit susah utk skodeng tuttt bebi..encik suami yg gatai mulut terus kata..Bebi boy kan doc??pastu dier terus blah duk kat kerusi..yg doc pun ngan senyum lebo mengiyakan..a'a..Bebi BOY..tu haaa bird dier..emmm...mmg betul la jangkaan saya..seawal saya mengandung 3 bulan saya dah dpt rasakan kat dalam ni boboi...skali betul..saya x kesah pun memandangkan saya dah ada sepasang anak..huhuhu...apa pun saya bersyukur dgn setiap yg Allah kurniakan..lepas setle dgn doc..pii tahan tgn utk di inject kat emergency plak..sgt la sakit..mcm lebam pulak rasa..setle sumer terus cabut rumah angah..die dah mengelabah sbb saya blom siapkan triffle dia sedangkan kul 3 dah nak open...huhuhu...tu je la citer ari sabtu..sabtu yg memenatkan sbb mlm jugak baru la kiteorg balik rumah...haihhhhhhhh lagiiiiiiiiiiiiiiiii...

Thursday, September 15, 2011

5 month already

Assalamualaikum

Alhamdulillah usia kandungan sudahpun masuk 5 bulan..syukur sgt2 saya dpt berpuasa dengan jayanya pd ramadhan lepas walaupun tinggal satu hari..hajat di hati nak puasa 6 bersama dengan encik suami seperti tahun-tahun sudah..tapi x kesampaian memandangkaan keadaan kesihatan yg tidak mingizinkan..habis puasa perut rasa mcm heartburn..sangatla tidak selesa..2 3 hari ni kepala terasa pening..skali skala terasa seperti mahu pitam..saya gagahkan jugak dan teruskan bekerja seperti biasa..masuk hari selasa..saya dah tak tahan..tengahari time lunch hour saya keluar ke klinik..ingatkan perut heartburn seperti sblm ni..rupanya tidak..tekanan darah rendag sgt la pulak..patutla rasa sgt tidak bermaya dan nak pitam..sib baik dpt time slip..buleh la berehat di rumah..tp dah sampai rumah mmg x jd ar nak rehat sbb budak kecik 2 org tu ader..penyudahnya saya sediakan juadah berbuka untuk suami + siap buatkan kastard jagung utk encik suami..dalam2 nak pitam tu beres la jugak sumer tu..selesai bg anak2 makan dan mandi..saya solat magrib dan terus idurkan anak-anak dengan harapan saya dpt setlekan keje rumah yg terbengkalai..sambil lipat kain saya run washing machine..penyudahnye x sempat nak lipat baju budak2 saya dah terbaring rasa nak pitam..penyudahnye tertido..bangun pun dah hampir pukul 12 mlm..haihhhhhhhhhhh...lari target..nak tanak saya panjat tangga..naik ke bilik tidur utk sambung tido..tinggi la pulak rasa tangga rumah ni..punye la x larat sampai tahap rasa nak merangkak..kesian kat diri sendiri..huhuhu..hajat ihati nak sediakan foods utk sahur encik suami dan nak jemur kain skali..tapi dek kerana kepenatan dan pening..hajat x kesampaian..kul 6.30 baru bangunnnnnnn....haihhhhhhhhhhhhhhh...kesian encik suami x bersahur..pagi ni saya still lg rasa pening nak pitam..cepatla ilang sumer ni..harap2 lepas ni tekanan darah pun ok n back to normal..aminnnnnnnnnnnn...

Thursday, August 4, 2011

Cerita Ramadhan

Assalamualaikum

Sedar x sedar dah 4 hari berpuasa..alhamdulillah masih puasa penuh dan masih mampu bertahan..hoyehhh!!!Hari pertama ramadhan saya penuh dengan dugaan di mana encik yusuf tetiba demam..demam panas ler apa lagi..pagi tu saya bawak yusuf ke klinik..konfem..tonsil merah..so 2 malam tu saya cuma tido 3 jam saja..sangat penat...dengan puasa..dengan tak cukup tido..dengan nak jaga budak lasak tu lagi...haihhhhhhhh..pengsan..2 hari cutiku hangus begitu saje..redho je la..ase hikmah semua ni..hihihih..Semalam buat pertama kalinya saya berjaya menjejakkan kaki ke baza ramadhan..itu pun gara2 tarik muncung patbelas sbb x dapat roti john sri putra..maka encik suami dengan baik hatinye telah mengajak isteri mengadanya pi bazar ramadhan..hasrat nak minum air tebu dan makan popia s. ali sudah pun tercapai semalam..ohhh..heavennyer air tebu!hari ni masih duk pk..mau berbuka apa..by the way..saya sudah pun melepasi trimester yg pertama..alhamdulillah..usia kandungan saya genap 4 bulan hari ni..selera makan pun makin menjadi2..alahan semua sudah x der..cuma heartburn saja yg masih x ilang2..doakan saya berjaya puasa full tahun ni erk?selamat berpuasa...babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Thursday, July 14, 2011

Khabar...

Assalamualaikum

Ada yg bertanya-tanya..mabuk lagi kah?jawapannya..YES..kepala masih lagi pusing-pusing walaupun selera makan sudah okeh..paling buat saya lagi lembik..minggu ni kena gastrik..puasa pun belum lg udah dapat gastrik..haihhh..perut rasa tegang membuatkan saya rasa tak selesa..tambah lagi dengan cik selsema dan batuk..demam je takde..kalo tak..cukup pakej..haihh..ujian ujiannn..dah lama x menulis kat sini..semenjak kepala pusing ni..mood nak menulis slalu terbantut walaupun sebenarnya banyak jer mender yg nak diceritakan..nantila...bile kepala ni dah mula ok..saya menulis lagi...babaiii..

Monday, July 4, 2011

Sabtu..

Assalamualaikum

Saya tatau nak bg tajuk ape kat entry ni..so bantai je SABTU..sabtu lepas pepagi saya dah kena gi GA BBB..hari report card..byk ler input yg saya dpt dr teacher mengenai eishah..ok eishah..pasni kite work hard lagi ok babeh??dah setle skul eishah..terus lari g azzahrah..dalam hati dah doa bagai..jangan la ramai org..kalo tak mau tuan tanah kedaung muntah2 kat situ..alhamdulillah..mudah semuanya..register..terus nurse panggil cek darah sumer..urine test..x lama tu terus jumpa doc..alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...rasanya org lain sumer pi shopping raya kot..tu pasal spital lengang..haihh..memandaii jerr...time masuk jumpe doc tu..doc tanya dulu serba sedikit pasal pregnancy sblm ni..saya sendiri pun tak ingat biler saya gugur..penyudahnya saya tanya encik suami..tapi dier pun x ingat..haihh...2x5 je ngan haku...last2 kiter bantai jer la bang...setle sumer tu..doc suruh baring..scan perut..sgt xcited biler doc kater bebi sudah gerak2..mmg nampak pun toing toing dier buat aksi dlm perut..ngeeeeeeeeee...tetiba xcited..setle jumpe doc..ambik darah..ye la..1st time cek up sini..haruslah ambik darah bagai..pastu terus pi kaunter ubat n bayo..pastu pi lari manjaku jap beli hadiah utk teacher eishah yg baru bersalin smlm..singgah annur jap melawat teacher eishah sambil tgk bebi..ngeeeeeeee..pastu gi mana erk petang tu??oo..balik bukit mahkota terus sbb abg iparku ader di sana..sian dier x berjalan-jalan lagi..so projek petang ini ialah kirai duit di Nilai 3..memula kiteorg tunjuk jalan ke Nilai 3..pastu tinggalkan je dorg kat sana sopping la sampai ptg..sementara tu patah balik bangi sbb kebetulan member depan rumah kawin..haruslah pegi..memandangkan perut sudah kenyang..saya cume makan semulut dua..pastu tolong mama bungkus lauk pengantin yg lebey tu..haihh..penat..pastu cabut balik bukit mahkota sbb abg ipar sudah setle shopping..ambik dorg kat sana n patah balik ke bangi sbb mlm tu dorg tido umah adik ipar pulak..ngeeeeeeee...pastu buat apa erk?oohh..pastu kiteorg balik rumah...dan mlm tu yg pastinya kkiteorg satu famili tido awal...dan isyak ntah pukul baper pagi...penatt...sekian cerita sabtu lepas..cerita ahas sambung pasni pulak...babai..

Monday, June 27, 2011

Mini Popia..

Assalamualaikum

Sebelum sambung tulis entry ni..nak mintak ampun bebanyak..lately ni tajuk entry sumer makanan..redho jer la..itu pun dah kire bagus sbb saya x tempek skali gambar makanan..kalo x...harus la dengan korang skali telan air liur..ptg smlm pi warta beli pizza...biasa la...ngidam je lebey..makan secotek jer..mana encik suami x hangin..lepas tu ternampak mini popia..dan dan tu terbayang mini popia kak kemmm..adoiiiiiiiiiiiiiiii (lap air liurrr)..encik suami beli la jugak mini popia tu setabung..tp mcm biasa la..kat sini mana mau carik yg inti ngan kulit sedap..harap mahai jer lebey...penyudahnye pagi td mai opis terus YM kak kem walaupun die x online lagik..nak tanak...haruslah kak kem x buleh nak menolak kerana skrg ni sumer mender yg saya ngidam ibarat satu ugutan buat org sekeliling saya...kesian kesian kesian!ampun kak kem...sbb nyusahkan akak..tp skali skala nak manje x salah kan??ngeeeeeeeeeeeeeeeee..peace...

Wednesday, June 22, 2011

Mengidam..

Assalamualaikum

Semenjak berbadan dua ni..mulut ni mcm2 yang nak makan..sblm ni saya mengidam nak makan bubur lambuk hasil tgn mok..adoii...payahnyer nak dapat..mau nye tak..mok dah ler duk ganu...penyudahnye minggu lepas dek kerana nak tunaikan hasrat tekak saya yg mengada ni..mok mai kl dgn ayahsu..paling syiok..siap bawak segala sayur yg nak letak dlm bubur lambuk..ngeeeeee...tak lupe jugak encik roti kramat pun adoo jugekk...(lap-lap air liur)hari kedua tu mok terus masakkan bubur lambuk utk saya...satu periuk beso okehh...hari tu saja 4 mangkuk saya bedal...sangat tidak senonoh..ehh..yg peliknya encik suami makan lagi bermangkuk-mangkuk dr saya..ni sapa yg ngidam ni bangg oiii??ngeeeeeeeeeeeee...hajat nak makan bubur lambuk sudah pun dipenuhi..smlm umah mama ade pasar malam..tekak mula la ngade2 lagi...mau makan bubur n nasik impit kuah kacang..over tau!nasib saya baik sbb kebetulan along saya kol tanya nak kirim apa sbb die nak pi paso malam..mulut saya laju je order itu ini..penyudahnye magrib tu abg ipar saya sampai di rumah mama dengan makanan yg penuh di tgn...paling tak tahan meleleh air liur bile ternampak plastik sate haji samuri...ngeeeeeeeee...(lap-lap air liur lagi)..sket punye banyak abg ipar saya beli..so hajat mlm td pun dapat la jugak..pagi ni tiba-tiba teringat biskut raya..ohh biskut raya...sedapnye engko...especially biskut ala-ala famous amos tu..nak buat dah tentu la tuan tanah kedaung x larat..nak beli dah tentu la yg fresh nan ado sbbnye poser pun blom lagi..nampak gayanye telan air liur je la..agak-agak ader sesapa yg nak tulun buat or bg kat saya tak?ngeeeeeeeeeeeeeeeeee...mengade!

Tuesday, June 21, 2011

Alahan yang mungkin semakin beransur hilang...

Assalamualaikum

Alhamdulillah..itu je yg kuar dr mulut saya..setakat ni sudah 2 hari saya rasa kurang mabuk..pening masih ada sket2..itu pun kira okla kan..nampak la jugak perubahannye..pg td menu nasik lemak..takut2 jugak saya senduk nasik lemak tu bila mengenangkan kot tekak x buleh nak telan..habis la jugak saya makan walapun x licin pinggan tu..itu pun makan dengan tahap kelajuan siput yer kawan-kawan..sgt slow...x per..bia lambat asalkan semua makanan tu selamat tersimpan dlm perut...ngeeeeeeeeeee.....tapi saya kecewa tahap...tahap apa erk?tatau nak describe..yg pastinya kecewa bile tgk air pagi td ialah air necafe n air teh susu..bukannya KOPI idaman kalbu..no choice..saya telan jugak air teh susu sbb teh tu panas..kalo sejuk..haruslah lepas tu keluar laju mcm air paip..haihh...kecewa kecewa kecewa...tapi x per la..yg penting hari ni saya tak muntah walaupun x makan ubat tahan muntah..(clap clap clap kat diri sendiri)..apa pun saya mengharapkan alahan saya akan beransur-ansur ilang..so that semua kerja-kerja opis yg menimbun ni dapat saya settle kan mengikut waktu yg ditetapkan..uuuwaaaaaaaaaaaa...satu troli tesis sudah mariiiiiiiiii...kalau saya kurang update belog tu..paham-paham je la yg tuan tanah kedaung sdg bizi tahap gaban...ngeeeeeeeeeeeeee...


Coffee

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak dan tiga menjak suke makan biskut cracker ni..saya mule mengidam kopi..bukan kopi yg mahai2 mcm kopi s or starbuck tu..tapi kopi kampung tu ha...adoiiiiiiiiiiiii..heavennyer kalo dapat kopi panas cicah dengan biskut cracker...wallaaaaweeiiiiiii...(sambil lap2 air liur)..dr ari tu duk bunyi nak beli kopi cap hang tuah...sampai ke la ni x beli2 lagi...agak2 ader saper2 yg nak tulun belikan or nak bg hadiah x?ngeeeeeeee...nak dijadikan cerita..smlm ade audit di opis..so makanan utk juru audit sumer disediakan..ohh heaven!!!time lalu kat ruang makan tu hati saya dah berteka teki..menu pagi ni mesti nasik goreng ngan ayam goreng ni..ngeeeeeee..skali betul la pulak..mujur nasik goreng x byk minyak..so tekak masih mampu menelan..paling heaven skali ialah bila saya nampak air yg dihidangkan pg itu ialah AIR KOPI!...adoiiiiiiiii..meleleh air liur nii...apa lagi...3 cawan saya bedal...ngeeeeeeeeeee....setelah hajat nak minum air kopi tercapai..saya msg encik suami..

saya: ari ni ayg minum 3 cawan kopi..heavennn..puas ati!
encik suami: itamlaaaaaaa anak akuu!!!!

ngeeeeeeeeeekkk!!!!!!!!!

harap2 pagi ni ade la lagi kopi...

Wednesday, June 15, 2011

Sesak..Lemas..Loya dan sebagainya..

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak berbadan dua ni..semua yg nampak kat mata ni serba tak kena n tak menepati citarasa tekak..tgk ayam lugaaa...org lain loya buleh jugak nak telan kunyah asam..saya ni tgk asam pun dah kembang tekak..nak kaata suke manis pun x jugak..yg pastinya..dalam sehari tu kalo muntah walaupun skali..konfem saya lembik mcm agar-agar..pregnant kali ni dua-dua alahan time pregnant eishah n yusuf ada..time eishah dulu saya tak buleh makan karipap n nasik lemak..skrg sama jugak..tgk sambal haku dah surrender..time yusuf dulu saya suke minum air laici..yg ini time pregnant skrg pun saya mmg suke minum air laici..ngeeeeeeeee...makanan fast food mcm mekdi..ya ammmmpunnnnnnnnnnnnnnnn..kembang leher biler membayangkan menu mekdi..harap-harapnya x der la geng bas sekolah ajak saya ke mekdi jumaat ni..paling laju tekak ni buleh telan skrg ialah biskut cream cracker..bagus baby...seleramu mmg menjimatkan duit ibu...ngeeeee...2 ari lepas ofismate saya bagi krim cracker sebungkus..dalam hati ni tetiba rasa gembira giller...rasa mcm nak sujud syukur..sebelum ni jgn harap ler ko nak pandang biskut cream cracker tu..skrg..kemain lagi kebulurkan biskut cream cracker tu..haihhh..hari ni saya terpaksa ke Palm Garden..daah nama pun urusetia..haruslah menunjukkan muka walapun ko tak contribute mana..dengan muke seposen saya gagahkan jugak la kaki ni g sana walapun tekak ni dah rasa semacam..pii tandas nak muntah pun x lawas..mau nyer tak..tandas penuh dek org..dah la saya ni kdg2 muntah angin je yg keluar..silap-silap org kiri kanan ingatkan saya memerut pulak dlm tandas tu..malu seyyhhhhhhhh!!!!tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH..separuh hari dah dpt pulang ke opisss...alangkah leganyaaaaaaaaaa...walapun terpaksa menahan rasa loya sepanjang perjalanan nak pulang ke opis..tapi saya berjaya jugak tahan makanan2 tu drpd keluar dr perut ni haaa..yiehaaa...rugi wehhhh..makan kat hotel sedap2 pastu balik sini nak kena kuarkan pulak..rugi rugi rugiii..not good...okla..saya mau sambung kerja..kerja banyak menunggu ni..ada masa saya update lagi...babaiiiii...

Saturday, May 28, 2011

6 week

Assalamualaikum

Ada apa dengan 6 minggu?Ini sambungan entry di atas..pulang dr Kelantan..saya ajak encik suami ke farmasi..dah dapat apa yg diperlukan..kami terus pulang ke rumah mama..mlm tu saya tidur di rumah mama kerana kepenatan..time mandi saya keluarkan brg yg saya beli di farmasi tadi..ambik urine sket n titikkan atas alat tersebut..tanpa melihat apa 'result'nye..saya terus mandi..dah sudah mandi baru saya belek alat tu balik..okeh..2 line..that's mean..positive..tatau nak kata gembira ke tidak..ikutkan dah tentu la saya gembira sbb kalau ikut planning saya mmg nak gap anak 3 tahun..tapinya encik suami sudah bersediakah?kerana sebelum ini dia nampak keberatan..bukan takmo tambah baby..tapi x sanggup melihat saya terpaksa menanggung alahan yg teruk..keluar dr bilik mandi saya segera msg encik suami..

saya: dah cek..2 line..
encik suami: 2 line tu maksudnye apa erk? x ingat la..
saya: 2 line tu positive lerr
encik suami..alhamdulillah la..rezeki..

itulah serba sedikit sms yg saya ingat..padahal selambak lg sms lepas tu..ngeeeeeeeeee...esoknye hari selasa tu saya masuk lewat ke pejabat..sblm ke pejabat saya singgah ke klinik..cadangnya nak mintak ubat tahan muntah..kali ni saya x berapa nak muntah..tapi kepala ni pening berpusing2..doc kata kandungan dah genap 6 weeks n due on 19 jan 2011..alhamdulillah..tapinya doc tak dpt nak bg ubat utk pening kepala saya ni..sbbnye x der ubat..kalo sakit kepala buleh la nak telan panadol..emm..apa-apa saje laaaa...keluar dr klinik saya dan encik suami singgah brekfast di Mcd..licin saya makan..alhamdulillah kenyang!selesai makan terus ke pejabat..bersambung di entry akan datang..ada masa saya update..babai

Saturday, June 13, 2009

Yusuf Rif'at Ahmad Marzuki


Alhamdulillah..akhirnya baby ku lahir jugak..ku n hubby sebulat suara bersetuju menamakan baby YUSUF RIF'AT..walaupun sepanjang pregnant ari tu banyak dugaan dan cabaran yg ku kena lalui..kuar masuk spital..masuk air..sakit tutttt..tp biler first time nampak baby ari tu..rasa terharu sgt..ilang segala rasa sakit..baby Yusuf lahir tepat kul 8.15..disambut oleh gynae ku..DOC FATIMAH..dan diazankan oleh hubby kali ni..hihihi..berat baby 3.25kg..disebabkan time berada dlm labor room tu ku demam..baby pun turut demam skali..sian baby...tp time naik ward tu baby dah x demam lg..tp ibu baby still demam lg..2 ari ku terpaksa abiskan masa di spital sbb doc nak monitor baby sbb baby demam skali time bersalin ari tu..alhamdulillah..ari rabu kul 10 tu ku dah bleh discharge..ari ni..sabtu..ku ader appointment utk cek up baby..syukur alhamdulillah..kuning baby x tinggi..biasa jer dan x perlu warded..gamba time baby kuar dr perut ader..cumanya gamba tu ku x upload dlm laptop lg..nanti dah upload ku tempek kat sini..sementara tunggu ku tempek tu..korang2 tgk jer la gamba ni dulu..ni jer la gambo baby yg ader pun..

Thursday, June 11, 2009

Kelahiran Yang dinanti-nantikan..

Akhirnya saat itu tiba jua..rupanya baby nak kuar ari isnin jugak..hihihihi..awal 2 ari jer..situasi kali ni berbeza sket..saat awal menahan sakit ku ditemani kakak ku erna...a million thanx to her..jasamu ku kenang sampai biler2..sampai ker labor room dier teman haku..dlm kul 1 nurse mai seluk nak tgk jalan sbb ku rasa sakit ku kerap dlm 3 minit skali..adoii la...time tu nurse kater baru bukak 5 cm..saba jer la...tunggu punya tunggu...x lama tu mai sorg lg nurse..masuk ubat suruh ku buang sgala isi perut yg ader..abis membuang..dorg terus bawak ku turun pi labor room..oo..berbalik pd hubby..sepatutnya flight hb sampai mlm ni..tp biler dpt tau ku dah warded..hb beli tiket utk balik secepat mungkin ke kl..paling cepat pun flight kul 250..ku redha jer la...kalo ader rezki bleh la hb sambut baby..kalo x der alamatnyer ku sensorg lg la bersalin..huhuhu..dlm kul 345..kakak ku dah sebok kol hb tanya dah sampai mana..hb kater paling lambat pun kull 5..time tu doc fatimah dah mai nak pecah air ketuban..masa tu sakit sgt...tp ku masih bertahan...kakak ku terus kuar time tu..takut nak tgk katernyer...x lama tu..hb pun sampai..ya Allah...rasa mcm nk menitik air mata ni..sempat jugak hb temankan ku akhirnyer...disebabkan nak bg jalan bukak cepat..pas pecah air ketuban doc drip ku..induce la tuu..masa tu sakit rasa bertambah kuat..sakit kali ni berbeza ngan masa ku bersalinkan eishah..sakit kali ni byk menekan ke bawah kat tuttt..doc kater slama ni ku sakit kat situ sbb kdudukan kepala baby senget sket..sbb tu la sakit sgt biler nak jalan...biler sakit dtg...terketa2 tgn ni duk pegang besi katil..jgn kater besi katil..abis ngan tgn hb tu skali haku rasa nak gigit..baju hb pun dah siap ku tarik2 lg..last2...terkuar jugak dr mulut ku ni..abg..ayg nak amik epidural..x thn sgt..berpuluh kali hb tanya nekad ke tak..ku nekad nak amik jugak sbb mmg ku dah x leh tahan lg..last2 mai la doc bius..kena la duk mcm udang tu haaa time dier masukkan epidural..dah masuk tu kaki kiri rasa kebas..tp kaki kanan x rasa kebas plak..dah ler tu..contraction pun rasa lg..YA ALLAH..sakit nyer...doc suruh bg masa dlm 5 minit utk ubat tu bertindak..lama2 contraction rasa kurang dr mula2..tp rasa lg ler..cuma ku bleh thn lg..pastu rasa mcm nak tertido jer..x lama tu..doc pakar bius mai lg..time tu pas magrib..dier tanya rasa lg x contraction..ku kater kurang dlm 70%..pastu dier suruh angkat kaki kiri..mmg ler x leh sbb kebas...kaki kanan relax jer haku angkat..sbb x kebas mana..kuikuikui..ku ckp kat doc..dakper la doc...at least biler rasa contraction sket ni membantu saya nak push nanti..kang x rasa langsung payah jugak..pas doc pakar bius kuar..bidan mai plak..selukkk lg..tp relax la..sbb x rasa per pun..muntut ngan tuttt kan kebas..skali dorang kater..ehhh...dah bleh bersalin ni..dah bukak 10cm..mak aii...berderau rasa darah ni..tetiba tgn shaking..takut tatau biler nak pushhh sbb amik epidural..pastu ngan slow motion dorang prepare per yg patut..risau plak haku nengok sbb takut kang skali baby kuar camner?x lama doc fatimah pun mai..dier tgk..dier kater..emm..kepala baby dah nampak dah ni..hb pun per lg..nak tgk bleh x doc??ngan slamber dier duk blakang doc fatimah tu..pastu doc kater..ni kalo erni batuk skali pun dah kuar dah ni...adoii aii..buat ku gabra jer..bile doc tanya ader rasa contraction x?kebetulan mmg haku rasa nak berak..haku pun per lagi...amik nafas panjang2..dan dengan skali nafas dan skali push...baby yusuf pun kuar lerrr....terkedu hb..dier kater..cepatnyer?x sampai 3 minit..ingatkan org push lama..hampeh..aper pun ku bersyukur ku dah selamat bersalin..dan tuhan permudahkan ku semasa bersalin...oo..luper nk bgtau..haku demam masa kat labor room..time bersalin tu..so baby pun turut demam masa kat labor room..kla...nak makan dulu..perut sudah lapa...kang ku sambung lg...

40 weeks check up..

patutnya ari rabu baru masuk 40 weeks..tp my gynae kater nak jumpa ari isnin..nak tanak gi la jugak walaupun malas dah rasa nak g cek up..ari ni pi cek up sensorg sbb nyer hb still ader kat trg lagi..sampai mlm kang sbb tiket dier mlm..pas bg buku appointment ku terus kuar pi makan..order roti telur ngan ambik sandwish 2 keping..tp makan pun x abis..sumer gara2 start kul 4 pg smlm lg perut ni rasa x selesa..ngeras gitu...tp skali skala..adoii aii...ari ni dpt turn no 2..masuk2 jer bgtau doc fatimah ari ni ku dah rasa x selesa..doc kater x per..baring dulu dan doc akan cek sama ada laluan dah buker ker blom..sblm tu doc pegang ler perut ku ni..doc kater ari tu doc estimate 3.3kg..ni nampak beso ni...so doc kater doc nak kuarkan ari ni la kalo bleh sbb takut lg lama dlm perut lg membesar bagai johan plak baby ni..doc kater kalo x bukak jln doc masukkan tablet la..masuk table maknanya induce ler tu..adooi aii...skali doc seluk..doc kater dah lembut..dah bukak dlm 3 cm...yiehhaaaaa...pastu doc suruh ku tunggu luar..tunggu nurse bawak masuk ward..time ni rasa nak nangis sket sbb sensorg...mama x leh nk mai sbb bdk kecik 2 org tu ader kat umah..masuk ward dorg suruh tuko baju..pastu ku duk la termenung sensorg dlm ward tu..x lama tu ma aboh kak erna mai..kakak ku temankan ku sampai la hb sampai sini..setakat ni dulu citer pasal 40 weeks cek up..citer bersalin akan bersambung lepas ni..

Wednesday, June 3, 2009

39 weeks..

Ari ni dah masuk 39 weeks..ku masih x bersalin lg..agak2nyer baby ni nak ikut mcm kakak dier..lahir on time..hahaha..pg td g cek up..mcm biasa mai awal ingatkan nak pi opis pastu..mcm biasa nasib x menyebelahiku..doc mai kul 10..ku org ke 4 ari ni..mai klinik ari ni ngan perasaan berdebar2 sbb takut kena seluk lg...time ku dipanggil..ku cuba jalan kontrol la walaupun sakit tutttt..pastu doc tanya..eishah dulu lahir baper minggu...ku jawab lahir on time..so doc kater kiter tunggu sakit sendiri jer laa...doc suruh ku baring..nak scan baby..tgk berat baby baper..doc tgk perut..dier kater..besa ni..skali tgk2 berat baby udah 3.3kg..mak aii..bia betik..harap2nyer kat alat scan tu jer la tulis 3.3kg..mintak2 kuar x lebey la dr 3kg..huhuhu..skali doc kater..ehh..perut ngeras ni..dah baper kali mengeras dah ni..camni doc kena seluk laaa...adoii...nak tanak seluk laa..pii doc kater ok lg..x bukak lg..huhuhu...lega..lgpun ku x der la sakit sampai rasa nak nangis2..skali skala jer rasa..pastu cam biasa doc suruh buat ctg..pii la naik kat labour room wat ctg..pastu turun klinik balik..nurse kater..dah sakit sgt2 n kerap mai terus spital..ku pun balik ler ngan hati yg gumbira..cumanya..ari ni ku rasa lain sket la...perut mengeras rasa kerap sket..ntah2 dah nak bersalin tak?korang2 doakan la utk ku erk bia dipermudahkan ku bersalin nanti...aminnnnnnnnnnnn...