Tuesday, July 23, 2013

Iftar 14 Ramadhan

Assalamualaikum 

14 hari berpuasa..saya dah buntu nak masak apa..penyudahnya balik rumah buat bakso..ada PA dari seberang..tp dia pun x pandai buat bakso..so sila la google ye..Yang pasti..ada kicap ABC nge sambal cili..mmg terus menjadik la bakso ni..nyummehhhh

 Bakso

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam(saya gunakan kiub ayam)
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa
 Cara-cara:

KUAH
Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air, masukkan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam n perasa.

BEBOLA 
Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.
Rendam mee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang mee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola.Sedap dihidangkan dengan sambal cili dan kicap ABC.

Sumber dari SINI




 

No comments:

Post a Comment