Wednesday, July 3, 2013

Resepi Biskut Semperit

Assalamualaikum



Lamanya x update blog..sori sesangat..bukan x de cerita..tapi terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai tak sempat nak update blog...Memandangkan ramai yg bertanyakan dan minta resepi biskut semperit..saya tempekkan resepi biskut tu dalam blog ni untuk tujuan rujukan saya sendiri jugak..sori..saya buat semperit tu untuk makan sendiri jer..tak terima tempahan pun..so kalo nak makan..sila la buat sendiri ye.. :)

Bahan-bahan:

300gram butter
160 gram gula aising
100 gram tepung jagung
160 gram tepung kastard
240 gram tepung gandum
2 biji telur (ambil kuning sahaja)

Cara-cara:

1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang.
2.  Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung di atas, gaul dan uli hingga sebati.
4. Terap atas loyang yang sudah disapukan dengan mentega.
5. Taburkan coklat rice atau letakkan potongan ceri sebagai hiasan.
6. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.


Sekian resepi untuk hari ni..berjumpa di lain entry..tataaaaaa

No comments:

Post a Comment