Tuesday, May 28, 2019

Drama Curi-Curi Cinta - Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson

Assalamualaikum

Drama Curi-Curi Cinta

Sumber: Google

Aku pun tatau cemana aku boleh terjebak dgn cerita ni...slalunya aku layan online je la...nak tgk live mmg slalu x sempat..sbb dekat rumah banyak keje aku nak kena setlekan..masa memula tgk iklan..aku rasa cite ni best..tambah lagi dr novelist yg top jugak kan...jom baca sinopsis cite ni..

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Rasanya cite ni dah nak abis dah..aku x boleh blah betul la tgk layanan dia kat mak dan abg dia..tapi tu la...dlm dunia ni kdg benda ni betul-betul berlaku..ada je anak yg buat mak ayah gitu..nauzubilllahh..jgn lakita semua tergolong dlm golongan tu..mmg x bau syurga jawabnya..haa..ost drama ni best tau...aku suka lagu wany hasrita ni...korang dengar sendiri laa erk...mana tau kot ko pun suka kan..bhahahhaa..kalau korang nak tgk cite ni online..korang boleh klik dekat link bawah video clip tu ye..


Terlalu Memuja - Wany Hasrita

Nak tgk full episod drama CURI-CURI CINTA
👇
👇
👇
👇

Curi-Curi Cinta

No comments:

Post a Comment