Assalamualaikum
Aku adalah salah seorang dari peminjam PTPTN..aku bukan dtg dr keluarga yg senang...so bg aku PTPTN mmg sgt-sgt banyak membantu walaupun kadang aku rasa nak marah dengan interest dia tu ha...tapi bila dah tukar ke ujrah dan aku buat potongan gaji...alhamdulillah...aku rasa ok sgt la...hari ni bukak email aku ternampak email dr ptptn...dorg ada la email..mintak kita bg cadangan..mcm-mcm cadangan la ko buleh tgk dlm tu..antaranya aku dah tepek kat bawah dan korang pun rasanya dah tau sbb isu ni dah masuk dlm paper dan kluor dalam tv.Konsep aku senang je...HUTANG ko mmg wajib bayo...yg aku heran..ko hutang kereta pandai pulak ko bayo..tapi hutang blajo ni ko x mo bayo..mana buleh cenggini weiii..
Kalo ko tak bayo...implikasi nye ialah anak-anak kita..maksud aku..budak-budak akan dtg la..dana dah x de kan..so siap sedia je la ko pinjam bank kalo x de duit nak masukkan anak kat universiti...ko kena tau ye..bukan sket-sket duit ko perlukan utk daftar masuk anak ke universiti...daftar pun dah ribu riban..belum lagi makan minum...pekakas keperluan belajar anak..tu semua ko kena pk..
Disebabkan ramai beno peminjam tegar..maka ptptn pun bukak la cadangan kat org awam..especially peminjam la..mcm nak dgr luahan apa masalah ko sebenarnya yg sampai takmo bayar pinjaman kan...tapi tuuu laaaa...kalau ikutkan..ko toksah tanya pun x pe..lagi byk kepala...byk cadangan..lagi ko pening kepala...dah la ko tu slalu sgt buat keputusan U-TURN kan..ehhhhh 😷😷😷😷😷 kalau tanya aku...sekatan ke luar negara tu dah cun sgt dahhh..at least dorg ni ada la usaha nak bayo kan..kang x bayo x bleh nak melancong pulekss..yg heran melancong buleh..nak bayau hutang x buleh..konfius lak aku..bhahahhaa..kot ko kate gaji ko tu x sampai 2k lagi...mana dtg pulek duit ko nak pi melancong tuuu...bagusla ko setle kan dulu hutang...hidup pun aman damai kan..jom tgk antara cadangan-cadangan yg diberikan dlm kertas konsultasi rakyat.
Penangguhan Bayaran Balik Bagi Peminjam Berpendapatan RM2,000 Ke Bawah
Kalau ikutkan memula mmg dorang ada bgtau dulu..gaji sekian-sekian baru mula baya or baya berapa ntah..aku pun dah lupa..sbb banyok beno U-TURN nye...😝😝😝😝😝..aku pun pening..
Menangguhkan Pembayaran Balik Bagi Peminjam Berpendapatan Bawah RM4,000
Nak tunggu gaji banyok ni jawabnye ko dah nak pencen pun masih la bayau hutang kot...haihhh
Menggantikan Sistem Bayaran Balik Sedia Ada Kepada Skim Bayaran Balik Berasaskan Pendapatan Untuk Peminjam Baharu – Income Based Repayment (IBR)
Yg ni la yg aku rasa ramai org ngamuk ari tu sampaikan dorang U-TURN balik..bhahaha..sabo je la aku..yg ni aku mmg x setuju laa..aku dah lama baya potong gaji ikut perjanjian yg dah dipersetujui..tetibe sebab yg degei x mo baya punya pasal..kiteorg terjebak sama...ape kes...ko buat je la peraturan tu dekat yg degei lgsg x bayo tu kan..bhahaha
Potongan Gaji Mandatori
Aku rasa cara ni la paling berkesan skali..mcm kami yg duk sektor kerajaan ni...ko jgn main-main la...ptptn siap bg surat utk berbincang bayar balik wei....dia siap bg tarikh...n dia mai kat organisasi ko tu..mana lagi mau larikkkk...sila la bayo potong gaji bulan-bulan lepas tu..yg kije private ko jgn tanya aku..sbb aku tatau dorg buat mcm kami ni ke idok..
Melaksanakan Penguatkuasaan Sepenuhnya
PTPTN berhak untuk mengambil tindakan berikut mengenai peminjam yang culas:
a. Pengisytiharan Muflis: Peminjam hutang boleh diisytiharkan muflis. Dalam keadaan ini, jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN ditentukan berdasarkan kemampuan peminjam dan akan diuruskan oleh Jabatan Insolvensi.
b. Writ Penyitaan dan Penjualan: Langkah ini melibatkan penyitaan dan penjualan harta pemecah hutang yang dikenal pasti. Tindakan ini diambil bagi mendapatkan wang yang tertunggak yang perlu dilunaskan peminjam.
c. Garnish: Wang yang dimiliki peminjam dalam akaun bank akan diperintahkan untuk digunakan sebagai bayaran balik pinjaman
d. Saman Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor Summon)
Penguatkuasaan Yang Lebih Tegas Terhadap Mereka Yang Tidak Membayar Balik Dalam Tempoh Yang Lama
Haaa..sile laa buat..buat balik sekatan ke luar negara tu balik..at least dorg ni ada la jugak usaha nak bayo kan...ni takde kena apa-apa tindakan..mmg lemak berkrim laa meke..Antara Langkah-langkah penguatkuasaan baharu yang dipertimbangkan untuk diperkenalkan:
1) Sekatan untuk pembaharuan passport
2) Sekatan untuk pembaharuan lesen memandu
3) Sekatan untuk pembaharuan dan pendaftaran lesen perniagaan
4) Sekatan untuk pembaharuan cukai jalan
5) Senarai peminjam culas dipamerkan kepada umum
6) Sekatan untuk kelulusan pinjaman PTPTN kepada ahli keluarga terdekat peminjam yang culas
Melaksanakan Sistem Penjamin
Lepas ni semua org takmo jd penjamin dah..bhahahaa..ko yg pinjam..org lain lak kena tanggung masalah ko...hishhhhh
Pemansuhan Pengecualian Bayaran Balik Graduan Kelas Pertama Atau Digantikan Dengan Pengecualian Separa
Yang ini pun mcm kesian jugak la....kira dulu-dulu budak mcm ada motivasi jugak laaa kan berusaha nak dpt 1st class..no nak mansuh..tatau le nak kata apo lagikkk
Mengurangkan Jumlah Pinjaman, Dan Secara Beransur-ansur Menamatkan Pinjaman Kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Dan Kursus Yang Berprestasi Rendah
Yang ni..mcm aku ckp tadi laa...siap sedia laa bergadai n buat loan bank utk anak sambung belajar di masa akan dtg..
Menaikkan Caj Ujrah 1% Kepada Peminjam Baharu
Bab nak naikkan caj ujrah ni aku x setuju la...mcm not fair pulak kat kami-kami yg dah lama bayar dengan caj ujrah ni...disebabkan yg x bayo buat pasal..kami skali pulak terheret sama...haihhhhh..aku rasa bila tukar ke ujrah ni laa nampak pergerakkkan hutang belajar aku tu..kalau x dulu...harrrooooommmm..
Kesimpulannya...hutang tetap hutang..wajib kena langsaikan...aku pun gaji bukan besor mana..tapi mikir sbb hutang kan..mmg le kena bayo..dlm dunia ni pun x de yg free..ko nak berak pun ko kena baya rm0.50..ko baya sket-sket..lama-lama kang insyaAllah habis...dr duk merempan nak preee....at least hutang tu gerak jugak n makin sket...tu pandangan aku je la..kot kalo korang ada cadangan bernas..ko buleh la cadangkan dekat ptptn ye..jap aku tepek link..
No comments:
Post a Comment