Friday, May 31, 2019

Resepi puding roti simple

Assalamualaikum

Bulan puasa ni..encik suami punya ngidam lain maciam...mmg x boleh bawak bincang betul la...ari tu dia request aku buat puding roti pulak...gigih la aku bersilat weii buat mender ni..haihhhh...jom tgk bahan apa yg korang perlukan utk buat puding roti ni..

Bahan-bahan:

Sebuku roti (aku pakai roti butterscotch) - sila koyak-koyakkan roti ni siap2 ye
Kismis (kismis kotak kecit pun ok..sbb x pakai byk kan)
3 cawan Fresh Milk
2 sudu Butter 
4 sudu gula
esen vanilla (ko sukat pakai penutup esen vanilla tu..humban satu penutup...bhahaha)
2 biji telur

Cara-cara:

Susu, butter, gula, telur dan esen vanilla tu gaulkan sebati pakai whisker..
Rendam roti yg dah dicarik-carik tadi
Masukkan dalam bekas or loyang
Tabur Kismis
Bakar dalam oven dgn suhu 180c selama lebih kurang sejam


Hasil puding roti aku...garing sket kat bahagian atas..


Kuah kastard

Bahan-bahan:

2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
3/4 cawan air
sedikit jagung dlm tin

Cara-cara:

Skalikan semua barang di atas dalam periuk...masak pakai api kecik ye..kang ada hangus pulak..Nampak dah pekat likat tu boleh laaa tutup api..korang kena sentiasa kacau..kalau x kang dia berketul..huhuhu..dah siap..

Nak lagi sedap..korang humban la semua dalam peti..makan sejuk-sejuk kan sedap...lagi sedap lepas dah letak kuah kastard tu..korang tenggekkan skali eskrim vanilla atas tu..perghhhhhhhhhhhhh lagi sedak weii..kla..selamat mencuba..till next entry..tata

No comments:

Post a Comment