Assalamualaikum
(sumber: google.com)
Sebelum ni aku dah share satu IG yg banyak share tentang cara pengurusan harta kan..kalau ada yg terlepas...korang boleh baca dekat sini Wanita Perlu Tahu Selain daripada IG Nafisah Amran..aku juga ada follow FB sorang lawyer yg slalu share tentang ilmu harta pusaka..baru-baru ni dia ada share kan sifir asa urus pusaka...so aku tepek la sini utk rujukan aku..dan sambil tu korang pun boleh la rujuk skali....kalau korang follow FB lawyer ni..byk kes-kes yg dia share dlm tu...bukan kes rekaan ye...ini mmg betul-betul punya kejadian...kalau korang baca..mmg korang mmg takkan terfikir laa in reality benda-benda tu mmg betul-betul berlaku...tapi kalau korang nak tahu..itu la hakikatnya ye...jom tengok sifir asas urus pusaka...kalau nak follow lawyer tu..korang boleh klik link yg aku bg tu..sharing is caring kan...klaa..till next entry..
Sifir Asas Urus Pusaka Di Malaysia
***********************************
1) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke bawah —-> Amanah Raya Berhad.
2) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke atas —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
3) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai kurang RM2 juta —-> Unit Pusaka Kecil, Pejabat Tanah berhampiran.
4) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai melebihi RM2 juta —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
5) Pentadbiran harta pusaka berwasiat (non-muslim) —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
6) Permohonan Perintah Jualan terhadap Harta Pusaka —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
7) Permohonan pengesahan waris (Sijil Faraid) —-> Mahkamah Syariah.
8)Permohonan Pengesahan Wasiat & Hibah
—-> Mahkamah Tinggi Syariah.
9) Permohonan pengisytiharan harta sepencarian terhadap harta pusaka —-> Mahkamah Tinggi Syariah.
Nota :
Harta Tak Alih : Rumah/Bangunan/Tanah/Kebun
.
Harta Alih : Kereta, Wang Tunai, Akaun Bank, KWSP, ASB, tabung haji, barang kemas, saham dll
No comments:
Post a Comment