CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 3, 2012

Ibarat mati hidup semula

Assalamualaikum

Maaf kerana lama menyepi.alhamdulillah saya dah pun selamat melahirkan AMIR ASHROF pada 10 Januari 2012 pada jam 4.08 pagi..walaupun hajat dihati nak bebi sama besday dengan ibu tidak kesampaian,tapi beza sari dengan besday ibu kire ok la..bercerita tentang pengalaman bersalin kali ni membuatkan saya rasa sedikit serik dan fobia kerana saya terpaksa bertarung di labor room hampir 6 jam tanpa sebarang bius pada mulanya.


semuanya bermula pada 9hb dimana pagi tu saya rasakan dah x berdaya utk berjalan.kerana sakit tuut dan skali skala perut rasa tak selesa.penyudahnya saya berjumpa dengan doc fatimah di klinik annur.sepatutnya next appoitment hari jumaat.masuk je bilik doc,doc cek heartbeat bebi n tanye last cek up ari tu brapa berat bebi.last saya cek up ialah sabtu dan berat bebi time tu dh 3.2kg.pastu mcm time yusuf dulu jugak,doc fatimah stimulate jalan.bebi x engaged lg time ni.lepas tu saya dibawa ke ward utk buat ctg.memandangkan contraction pun xde lg time tu saya dibenarkan pulang.tp start masuk kete saya dah rasa semacam.tp masih berlagak cool sbb kebetulan encik suami sibuk dgn keje die time tu.encik suami hantar saya pulang ke rumah n sambung keje dia balik.di rumah saya dah start kira kekerapan sakit.tp masih buleh gelak,main fb dan makan lg.penyudahnya lebey kurang pukul 3 lebih saya msg encik suami suruh pulang ke rumah.saya sempat mandi2 dulu sebelum ke hospital..kami tiba di hospital pakar annur lebih kurang pukul 4 ptg.jgn tatau,time sakit tu la saya baru terhegeh2 packing segala brg.sgtla x senonoh.


Sampai spital,nurse bawak saya ke labor room utk buat ctg n acara seluk menyeluk. Okeh..contraction regular..n lepas seluk rupenya dah bukak 3 cm..time ni sakit-sakit manja..so bleh gelak2 lg..saya siap mintak kebenaran nurse nak balik dulu buleh x?nurse kate kalo nak balik buleh tp sile la sign surat..kalo jd apa2 dorg x nak bertanggungjawab n siap ckp kalo doc fatimag pun die x bg balik sbb sakit dah regular..saya nak balik bukannya apa..sbb ader mender lg yg saya tak makan..emmm..redho jer la..mmg x der rezki saya...na tanak duduk la jugak situ..encik suami turun bawah pi register apa patut..planning asal nak duduk bilik sorg standard..tapi rancangan Allah lain pulak..bilik sumer full dan yg ade cuma bilik utk 4 org..bantai je la...so pindah la ke ward..dalam masa tu encik suami dah pesan kalo ader bilik kosong sila la bgtau..sementara nak tunggu contraction lg kerap..encik suami pi beli makanan kat bawah..saya siap order teh ipoh nuin lg tu..maka magrib tu bejemaah la kiteorg makan kat dalam ward..walaupun tgh sakit..mak buyung tetap berselera makan..bukan apa..takut kang mlm kang nak push x der tenaga lak..lepas makan encik suami pulang ke rumah utk mandi n ambik brg sakit..tidurlah saya keseorangan dekat ward sementara tunggu encik suami dtg balik..

Lepas solat Isyak encik suami sampai di ward. Sempatla dia sambung ngaji sket lagi utk bebi..eishah n yusuf encik suami sempat khatamkan 30 juz..utk bebi yg ni x sempat..tu la..suke sangat main2..x lama tu saya rasa mmcm sakit tu dtg 5 minit 2x..haihhh..tak buleh jadik ni...tekan bell n nurse pun dtg..dorg terus pasang ctg..x lama tu doc fatimah dtg..rasanya dlm 9 lebih or kul 10 gitu..seluk lg skali..okeh..dah bukak 5cm..so bleh la turun labor room..sblm tu dorg suruh buang apa yg patut..dorg suruh saya naik wheel chair tapi saya x mo..mak buyung larat jalan lagiii time nii...

Masuk labor room bukak ler segala kain yg ko pakai..pastu duk dendiam dalam selimut sbb kejap lg doc nak pecahkan air ketuban...dah pecah air ketuban doc kater doc nk saya rasa sakit 2 minit skali..time ni ok lg..nurse tanye nk ei x?saya geleng tanak..sbb sakit pun x kuat sgt..encik suami setia menemani di sisi..mulut saya terkumat kamit baca segala doa yg saya tau..tak lupa jugak selawat..lama tu saya rasa sakit makin kuat..sakit sama mcm yusuf dulu..saya  dah x keruan..mulut makin laju baca segala ayat yg saya ingat..menjelang tgh malam saya dah x boleh tahan..nurse seluk dan bukaan baru 7 or 8cm..saya dah x ingat..ya Allah..lambatnya..time ni saya dah menggigil tahan sakit sambal peganghn tiang2 katil..encik suami dah x keruan..berkali dia suakan air ke mulut saya..lebih kurang pukul 2 doc turun dek kerana  saya dah x tahan menanggung rasa nak teran..alangkah kecewa bila saya dgr doc ckp no no no..x boleh lg..kepala bebi still tinggi..dugaan apakah ini YA ALLAH..sungguh saya betul2 x tahan dah time tu..doc fatimah bg saya satu bius dipeha kanan..tapi sayangnya bius tu langsung x dapat melegakan kesakitan saya..paling merisaukan bile doc ckp..doc bg masa 2 jam lg utk bebi turun dgn sendirinya..if not OPERATE..time doc cakap mcm tu yg saya terbayang..saya x sanggup nak tanggung sakit..bawah dah sakit..kalo operate..tambah lg satu sakit yg saya kena tanggung..cuku la skali saya masuk OT hospital annur time d&c dulu..serik..sungguh saya serik! Midwife yg sentiasa berada di sisi saya menjangkakan saya akan bersalin dalam 340..ya Allah..lamanya..sakitnya hanyatuhan yg tau..setiap kali rasa nak teran dtg..saya teran jer sbb midwife tu pun suruh je saya teran supaya bebi makin turun ke bawah..bayangkan saya teran bukan bebi yg keluar..tp cuma kepala bebi je yg turun sedikit demi sedikit..encik suami kata time ni saya nampak mcm org nak mati..setiap kali sakitt dtg saya keta bibir..muke saya pucat..bibir saya kering dan saya x berdaya nak minum sehinggakan encik suami terpaksa titikkan air di bibir saya menggunakan straw..setiap kali contraction datang..midwife akan seluk dan suruh saya teran..setiap kali tu jugakla saya nampak glove midwife dipenuhi darah..

Akhirnya midwife panggil jugak doc turun..rasanya time tu kepala bebi sudah sampai ke permukaan..doc fatimah suruh saya teran seperti biasa..berkali saya teran..sambil memerhatikan heart beat bebi..sampai satu saat doc ckp..nampak x heartbeat bebi dah makin slow..time tu saya rasa dah drop dlm 80++...sedaya upaya saya teran sehingga saya dpt rasakan seperti kepala bebi dah keluar dan teran yg seterusnya keluarlah bebi ashrof dari perut saya..Ya allah..leganyaaaaaaaaaaaa..doc letak bebi atas dada saya sambil menyedut kahak bebi doc tanye bebi boy ke gurl?saya jwb boy dan saya dgr doc bg arahan pd nurse..bg ubat tidur terus..lepas tu..GELAP...mmg saya x sedar apa2..



Sedar-sedar saya masih di dalam labor room..bezanya td bilik ni cerah..skrg gelap dan saya keseorangan..x lama tu saya dengar bunyi tapak kaki..encik suami rupenya..saya tanya bebi mana??nurseri katanya..saya tanye lagi bebi baer kg?sebab seingat saya doc fatimah ade ckp yg rasanya bebi ni besar..encik suami jawab..3.6kg..mak aiii..patut la time meneran td seteul rasa mender kuar n seksanya nak keluarkan..encik suami berkali kali saya thanx kat saya n ckp saya kuat..kalo x der encik suami...x der kuatnya saya..lembik ada le..x lama tu nurse pindahkan saya ke ward..sakitnya rasa bdn ni...mcm remuk2..inilah pengalaman yg paling saya x dpt lupakan..serik sgt rasa kali ni..mungkin kerana terpaksa menanggung sakit yg lama..haihhhh..tatau le kot serik-serik pasni tubik la sorg bebi...kakakaka...okla..xtau nak tulis apa dah..till next update..babaiiii





Wednesday, January 4, 2012

9 perkara perlu dilakukan suami semasa isteri mengandung

Assalamualaikum

Sambil surfing terjumpa pasal ni..sharing is caring..


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Ia kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang diluar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar didalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri kemana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka kemana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Sumber: SINI


Sakit-sakit manja...

Assalamualaikum

Alhamdulillah..usia kandungan hampir mencecah 38 minggu..ohh..semalam saya masih di ofis..menyelesaikan kerja-kerja penting sblm cuti bersalin..saya akan mula bercuti awal seminggu iaitu pada 11/1/2012..tghari smlm time tgh syok buat SKT..tetiba perut rasa sakit ala-ala nak bery..beby kejap ngeras kejap ok..okeh..time tu saya lg cuak..bukan cuak pk sbb bebi nak kuar..tp pk sbb kije x siap lagi..adoii aiii...sakit berlanjutan hingga ke mlm td..sampai x buleh nak tido lena..siap mimpi nak bersalin bagai..bangun pg td still ade rasa jugak..tapi malas nak kira..agak2 kalo dah sakit sgt2 serba x kena tu baru la kite zassssssssssssssss pi klinik..skrg masa tgh buat entry ni pun skali skala terasa bebi mengeras..tapi buat derk je dulu..hari ni nak makan eskrim baskin robin puas2 kat rumah..kot nanti ader yg kempunan menangis tgk peti ais..hahaha..okla..x tau nak update apa..kang kalo dah betul2 sakit nak bersalin saya update lagi ok??babaii

Friday, December 16, 2011

Persekolahan & Persahabatan

Assalamualaikum

Bercerita tentang persahabatan..rasanya saya x pernah ada tuah atau org panggil LUCK dalam persahabatan..tatau la..mungkin itu hanya perasaan saya..atau pun sebenarnya mmg kenyataan..rasanya seumur hidup saya..x pernah lagi saya punya seorang sahabat baik atau sejati..bermula dengan sekolah rendah..mungkin kerana saya jenis yg pendiam..bercakap bila perlu..atau saya hanya ramah bila bercakap dengan org yg hanya saya kenali..tapi rasanya di rumah atau dikalangan adik beradik..saya dikategorikan dalam golongan yg banyak bercakap dan peramah..cuma dengan org tua saya sedikit kaku..mungkin kerana tak biasa..atau terlalu berhati-hati bila bercakap kerana takut menyinggung hati dan perasaan org tua..saat kritikal rasanya ketika bersekolah di Terengganu..hanya kerana saya seorang budak KL yg bersekolah di Terengganu..saya dilayan seperti ALIEN..pertama kali menjejakkan kaki di sana..saya ketakutan akibat sering diperhatikan rakan sebaya dan senior..pernah skali saya di ekori di kawasan sekolah..sangka saya mungkin dorang nak buli saya..rupanya..dik..akak nak jadikan adik angkat buleh?adoii...pitam dgn soklan tu..x cukup dengan di sekolah..di asrama pun sama..soalan sama jugak yg senior2 ajukan sampaikan kadang2 saya terpaksa berpura-pura tidur gara-gara nak selamatkan diri punya pasal..dikalangan rakan sebaya..saya kadang-kadang x paham kenapa ramai yg x menyukai saya..sumer yg ada pada saya semua x kena..saya dikatakan memilih kawan..berkawan hanya dengan yg cantik-cantik saje..kalau saya ni cantik ke..artis ke..x per la jugak nak pilih2 wehh..ini??sila la cermin diri sendiri sebelum nak ngaku diri cantik..stress guwe..dan korang jgn tatau..kat sekolah ni jugak la dlm kelas haku pernah kena raba...binawe betuiii..cettttttttttttttt!!!!!!!!!!
Saya di Terengganu hanya setahun setengah..pertengahan form 2..saya berpindah di Sek Men Bandar Baru Bangi..ohhhh..di sini cabarannya lagi maha hebat..pertama kali saya menjejakkan kaki di situ..dorang pandang saya mcm ALIEN..x cukup dengan itu..boleh dikatakan hari-hari akan ada segerombolan geng budak2 pompuan ala2 gengster mai kelas duk tanya..yg mana satu ERNI SURAYA..adeeiii..kecut perut ni toksah kata la..x cukup ngan segerombolan geng perempuan..paling saya stress bila boleh dikatakan setiap hari akan ada posmen mai kat saya..erni..ptg ni si polan si polan nak jumpa bawah pokok..adoiiiiiiiiiiiiii...satu pun x pernah saya layan..agak2 nak kena rejam batu ngan aboh sila la layan..ayah saya seorang yg tegas..jgn kata keluar rumah..nak bercakap telefon pun x dapek..nak gi mana2 berhantar berjemput dan seumur hidup saya..saya x pernah naik bas atau keluar bersama teman2 sampai la masuk UiTM..akibat daripada suara-suara sumbang campur lg dengan anak jiran tetangga yg memandai bg no phone umah kat budak2 jantan..saya dimarahi oleh aboh..uwwaaaaaa..saya x salah..sbb saya x kenal pun batang idung org yg call saya..x cukup dgn tu ada jugak suara2 sumbang yg memerli..g skolah jgn nak ngorat..blaja...ape kes la dgn dorg ni..haku pun x tau..adeeii...stressssss...naik form 4..lagi laaaaaa stress tahap gaban..sampaikan kakak saya yg time tu form 5 pun kena tempias skali..tahap kegatalan budak2 lelaki sgt la hebat..sampaikan saya gi kelas kakak saya pun org tgk mcm nampak artis lalu..siap tanya..adik erna ke?yg jadik mangsa tentu la kakak saya..yg ni nak berkenalan..yg itu nak berkenalan..ngan siap bg surat cinta cintun..tp sumer surat saya x layan..bukak pun x..penyudahnye yg tukang baca kaka saya la time tu..kakakaka....itu zaman sekolah menengah..
Zaman universiti..sama jugak..saya x pernah punya kawan baik..banyak yg saya pendam ketika duduk di rumah sewa..maaf..saya x boleh nak ceritakan di sini..apa pun sumer tu saya akan simpan dalam hati sebagai kenangan..tapi semestinya pengalaman tu cukup memeritkan dan menyedarkan saya..baik x yah ada kawan baik..kawan je dgn sumer org..so hati kiter x kan sakit n org lain pun x sakit hati ngan kita..
Zaman Master rasanya paling indah kerana saya dikelilingi golongan veteran..rasa mcm anak dgn mak pun ado..dorang sangat caring..x pernah menyakitkan hati..mungkin kerana mereka lebih matang dr saya..tambah seronok bila saya punya teman satu kepala..CIK NON...rindu sangat sama kamu..dia la teman saya selama 2 semester..walapun banyak suara sumbang di tempat kerja yg saya dengar tentang saya ketika berkawan dgn dia..hello...x kenal maka x cinta...tolong kenal dulu saya..baru la korang bleh judge saya ni org mcm mana...adoiii..dan sekarang..saya di sini..masih sama..saya tidak punya teman rapat malah saya berkawan dengan sumer org..itu lebih mudah..

Teman Tapi MESRA

Tu je la cerita zaman sekolah dan tentang persahabatan dalam hidup saya..idea dah kering..kang kalo ada idea saya akan update lg new entry..babaiiii..


Thursday, December 15, 2011

Resepi nasi goreng kerabu

Assalamualaikum

ahad ptg baru ni secara spontan buat laksa ganu.maklum.le adik ipar saya mengidam.kang ader plak yg meleleh air liur.naya jer.memandangkan saki baki ulam laksa byk lg..so pg tu tetiba muncul idea..ting!!buat nasik goreng kerabu.tapi ini bukan resepi yg saya ambik dr internet.tp resepi syok sendiri.huhuhu..tp menjadi la.antara bahan2yg diperlukan utk buat nasik goreng ini ialah:

nasi yg sudah siap dimasak
kacang panjang
timun
daun kesum
bunga kantan
daun limau purut
serai
cili padi
bawang putih yg dititik
bawang besar yg dikisar
sos tiram
garam n gula
1 biji telur

cara2nya:

mula mula potong.halus timun,daun kesum,bunga kantan,daun limau purut,serai dan cili padi.
bawang besar dikisar dabbwg putih dititik.
panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan bawang kisar hingga naik bau.
masukkan sedikit sos tiram,garam dan gula.
kemudian pecahkan sebijik telur.
masukkan nasik.gaul rata.
last skali masukkan ulam ulam td.agak kurang rasa masin.ke hapa..pandai pandai la ekjas dgn kicap manis dan masin.

selamat mencuba.



Sumber gambo dr pokcik google


Friday, December 9, 2011

Lawatan ke Petroleum Resource Center (PRC)

Assalamualaikum

Selasa lepas pejabat saya menganjurkan satu lawatan ke Petroleum Resource Center..Atas arahan Puan Bos..haruslah saya pegi walaupun kaki ni sket punye malas nak berjalan membawak perut yg makin beso ni..haiihhh..rombongan bergerak kul 8.30..sampai sana dekat2 kul 9..dah ada yg menunggu pun..tetative program bertuka last minit..pihak PRC bawak kami pi melawat SKY BRIDGE dulu..memula mmg la saya kecut perut jugak..naik lift telinga dah berdengung..sampai tingkat 42..ya ampun..haku gayat..so tgk bawah sket2 je..time nak lalu SKY BRIDGE..doa banyak2 dlm hati..jgn la haku pitam..kalo nak pitam pun biarla sempat nak bgtau dorg haku nak pitam..so senang org nak sambut..kakaka..duk kat sky bridge x lama pun..ambik gambo apa patut..pastu terus zassssss...turun tingkat 4..melawat resource center dorang pulak..memula jejak kaki..menganga kejap mulut..tp memandangkan staf dia kata jgn toleh kiri kanan..so ikut je la..rupenya nak suruh makan dulu..kami dijamu dengan sandwich n buah anggur..dah kenyang perut...dengar taklimat dulu..adeii..canggihnye dorang punye board..smart board gitu..ketuk pakai jari utk ke next slide..ko ado??setle dengar taklimat baru la kami di bawa ronda-ronda tgk resource center dorang..yg ni lagi la haku menganga x berhenti2..kagum seyhhhh..sgt cantik...ceria..ade kafe pulak tu..ko adoo??setakat gerai si abas mcm kat library kiteorg tu..x payoh ler..emm..dorg budget banyak..buleh la nak deko ala2 eric leong..mcm library kiteorg tu jgn kate nak deko..nak mintak perabot lemari bagai pun berkurun la ko kena tunggu..haiihh..pasrah jer la...apa pun..pi sana byk pengalaman dan ilmu yg saya dpt..cuma x dpt nak buat di tempat sendiri memandangkan budget ciput..kakaka..memandangkan masa ada lagi 1 jam..budak2 ni ajak ronda SURIA KLCC..ya ampun..jgn la ko ajak haku berjalan..jalan carik makan buleh la..memandangkan lunch hour..sumer tempat penuh..yg tak penuh mana cuma SECRET RECIPE..itu pun servis lemmmbb tahap siput sedut..dpt jer makanan..makan laju2..pastu terus zasss....bas sudah menunggu..sampai opis..lemah smgt tengok tempat sendiri..ye la..tempat sendiri paham-paham sendiri la cemana rope parasnye..kahkahkahkah..disebabkan perut masih lapo n kat SECRET RECIPE makan ntah hapa-hapa..nasik goreng si ABAS jugak yg haku carik..haihhhhhhhhhhhhhh..tu je la citer pasal lawatan..citer lain saya sambung next entry pulak..between..selamat bercoti kawan2..sila jgn jeles dgn org2 yg keje dekat selangor sbb ari isnin kiteorg coti..ko ade??hahahahah


 Ini gambar sblm lalu kat sky bridge..tingkat 42 ye kengkawan..ngeriiii
 Yg ini dlm resource center dorg..sgt la tenang jiwa tengok..
 Ini saya tak ingat kat mana..sky bridge ke eh?
 haaa..yg ni mmg konfem dekat sky bridge
 sky bridge lagik...
 Ni rasanya nak amik gambo berlatarbelakangkan kl tower la konon..tp x nampak le pulak..haihhh
 Yg ni dekat pintu masuk resource center dorang..
 Nampak x kat blakang tu??itu la dia sky bridge
 Ni time makan..dlm resource center..haihhh..tembamnye haku..nyampasss
 Dlm resource center..cantikkan wallpaper dorang??ceria!
 Hah..nampak pun gambo berlatarbelakangkan kl tower
dekat wallpaper cantik lagik..

Itu je gambo yg ado..sori la x ikut susunan..kira halal la...


 

Thursday, December 8, 2011

Resepi Kebab Daging

Assalamualaikum

Ntah apa mimpi..lately ni suke beno makan sandwich ala-ala kebab..especially yg ala-ala arabian food..nak dijadikan cerita..disebabkan perut ngidam nak makan mender alah tu..saya kerah encik suami pi beli daging cincang/kisar cap RAMLY tu..ngan roti pita..kesian encik suami..satu bukit mahkota dia pusing..satu bandar seri putra dia pusing..haram nak jumpa roti pita..daging dah ada..roti pulak x der..adoii aii..penyudahnya baru ni pi TESCO..jumpa roti tu..rembat le satu..memandangkan ISNIN tu tido rumah mama..so saya angkut bahan2 pi rumah mama..skali tgk2 x jd tido umah mama sbb kelas encik suami kansel..angkutla balik bahan2 pi Bukit Mahkota..konon nak buat la malam tu..tp x larat..penyudahnyer esok tu angkut bahan2 pi rumah mama balik sbb mlm tu encik suami ada kelas..so konfemla tido umah mama..semalam pulang dr pejabat..saya terus tukar baju n bersilat di dapur..puas saya cube godek cari resepi yg agak2 sodap..tp haram x jumpa..penyudahnya..hentam saje la labuuuuuuuuuuuuuuu..antara bahan2 yg saya gunakan untuk buat inti kebab tu ialah:

Roti pita
Bawang kisar
Cili giling
daging kisar brand abg RAMLY
tomato dicincang dadu
cili benggala di grill n cincang dadu
sos blackpapper
blackpapper
Timun dihiris halus
Kobis dihiris halus
Salad
Mayonis
Rempah kari daging
Garam & Gula

Cara-cara:

Mula-mula tumiskan satu sudu bawang kisar n cili giling..masukkan sedikit bawang yg di potong dadu..tumis hingga naik bau.
Daging kisar di gaul dengan rempah kari daging, bawang dipotong dadu, tomato dipotong dadu dan sedikit sos blackpapper
Masukkan daging kisar yg digaul tadi ke dalam bahan tumis.
Gaul hingga daging kisar kelihatan masak
Taburkan sedikit blackpapper,ikut tahap kepedasan yg anda suka dan jgn lupa masukkan sedikit garam dan gula.
Setelah daging kelihatan masak boleh lah angkat

Cara hidangan: (ini cara saya la)

Bakar roti pita dalam toaster sbb oven x do
letakkan sedikit mayonis dan sos cili dalam roti pita.
daging kisar yg dah dimasukkan td digaulkan dengan sos cili,mayonis, kubis cincang, bawang dadu, tomato dan cili benggala..
Masukkan inti daging kisar ke dalam roti pita dan atas skali bolehla letak sos cili n mayonis skali lg..


Selamat Mencuba.

Gambar dr pokcik GOOGLE