Friday, October 24, 2014

Sofiyya Khadeeja..Anak Syurga..

Assalamualaikum


video

Melihat pada video klip ini membuatkan naluri keibuan saya tersentuh..tersentuh kerana saya punya anak yg sama baya dengan sofiyya..tersentuh kerana saya kongsi saat kegembiraan mengandung bersama-sama dengan mama sofiyya..tersentuh kerana saya bersalin hanya selang seminggu dengan mama sofiyya..dan juga kerana saya dan mama sofiyya juga adalah ibu-ibu yg terpilih utk anak2 yg diuji..bezanya anak saya amir ashrof diuji dr segi penglihatannya..manakala sofiyya diuji dengan sistem saraf badannya..saya masih ingat..betapa gembiranya kami menerima kehadiran cahayamata baru..apatah lagi adik ipar saya..hasratnya untuk memiliki anak perempuan tercapai dengan lahirnya sofiyya khaddeja..lengkap sebuah keluarga..punya suami yg penyayang serta sepasang anak yg comel...tapi saya tak pernah sangka saat kegembiraan itu diragut dengan penyakit yg tak pernah kami dgr..apatah lagi utk menyebutnya..sofiyya sering kejang..dan boleh dikatakan hospital menjadi rumah kedua buat adik ipar saya..bermacam2 ujian yang dilakukan bagi mengenal pasti penyakit sofiyya..namun semuanya menemui jalan buntu..sedari bayi sofiyya terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat sehinggalah akhirnya hasil dr ujian darah..keputusannya..sofiyya menghidap penyakit dravet syndrom..saat mengetahui perkhabaran itu..saya sebolehnya menolak..mungkin ada kesilapan..tapi mana mungkin seorang doc boleh declare pesakitnya menghidap sesuatu penyakit sembarangan..lagi pula..banyak sudah ujian yg dilakukan untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit sofiyya..tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan mama sofiyya..kegembiraannya diragut tanpa rela..punah harapannya untuk melihat satu-satunya anak perempuannya membesar seperti kanak-kanak yg lain..

Sofiyya sayang...kamu sememangnya anak yg kuat..kuat berjuang bertarung nyawa untuk membesar seperti kanak-kanak lain..kuat berjuang demi membahagiakan mama dan papa kamu..kamu mesti terus sihat sayang..mama kamu takkan pernah biarkan kamu menanggung kesakitan itu seorang diri..mama kamu akan sentiasa berada di sisi kamu walau apa pun yg terjadi..mama kamu sama seperti kamu sofiyya...semangat juangnya tinggi demi melihat kamu sembuh seperti sediakala..semoga    Tuhan sentiasa memelihara kamu sofiyya..dan moga-moga satu hari nanti akan ada penawar buat kamu untuk sembuh dan pulih seperti sediakala....amin yaa roobbbb...

Friday, October 17, 2014

Creamy Mushroom Soup

Assalamualaikum 


Hurmm...resepi ni saya try 2 minggu lepas x silap..sebelum ni kalo nk mkn soup ala pizza hut ni sokmo la beli yg instant dalam tin tu haa..sampai la satu hari tu kakak sepejabat bawak satu tupperware beso mushroom soup...haaa..ko makan la sampai kembung..kikiki..tapi yg pastinya mmg sodap..ye laa..adik ye chef kat hotel..haruslah sedak wehh..tanpa membuang masa..apo lagi..mintak resepi..tapi biasa laa..org pandai masak ni biasanya kalo mtk resepi ye bukan bg sukatan pun..pakai campak2 je..jom tgk apa bahan2 untuk buat soup ni...sukatan pandai2 sendiri la erk..sbb saya pun pakai campak2 jugak..hahaha

Bahan-bahan:
Bawang besar potong dadu
Cendawan shitake potong kecik2
Batang seleri potong halus
1 kotak whip cream
Chicken powder
Tepung gandum beberapa sudu 
Serbuk thyme
Bay leaves
Butter

Cara-cara:
- tumis bawang besar,cendawan dan batang saleri.kemudian masukkan air dan chicken powder.chicken powder ni pandai2 laa letak baper sudu ye..ikut sedap tekak korg..biar sampai semua brg masak.
- dalam kuali berasingan, cairkan butter.kemudian masukkan beberapa sudu tepung gandum.kacau hingga bergentrl kemudian tuangkan ke dalam periuk bahan yang ditumis td..agak2 nampak dah masak sket..masukkan semua bahan td dlm blender..blend sampai halus.
- masukkan dalam periuk balik. Api slowkan..masukkan whip cream, bay leave dan thyme.agak2 kalau rasa kurang creamy..korg buleh tambahkan dengan susu cair.sila ekjas sendiri ikut tekak masing-masing...

okeh dah siapp..selamat mencuba..

Thursday, October 16, 2014

Daging masak merah ala gerai

Assalamualaikum


Mentang-mentang la raya korban...makanya stok daging pun melambak..hari-hari ko pulun masik daging sampaikan dah ketandusan idea nak masak ape dgn daging ni...penyudahnya...terpaksa mintak tolong abg google..makanya terhasil la daging masak merah ala gerai...kelas nama ko jahhh..tapi mmg sedakk. X rugi mencuba..jom kita tgk apa resepi yg diperlukan utk buat menu ni.

Bahan-bahan:

1/2 kg daging dipotong nipis dan direbus
1biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau
1cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2  sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup sebagai hiasan

Cara-cara:
- tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau.
- masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato..sekiranya nampak terlalu kerinf boleh tambahkan air.
- masukkan sedikit garam dan kemudian masukkan daging.
- masukkan cili capsicum hijau dan taburkan daun sup dan daun bawang...siap sedia utk dimakan.

Selamat mencuba..

Wednesday, October 15, 2014

Spaghetti Bolognese Versi Cik Erni

Assalamualaikum


Lately ni sgt la buntu..buntu ape?buntu tatau nak makan apa utk breakfast..dah tatau nak beli apa kat kafe..hatoii..disebabkan buntu tatau nak makan apa..tetiba tinggggggg!!!!!!dapat idea...bawak bekal lollllll.....pk punya pk penyudahnya decide buat spaghetti bolognese je laa..bawak banyok sket..buleh makan ramai- ramai nanti..kali ni nak try resepi tanpa menggunakan sos bolognese yg dah siap tu..jom kite tgk apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
Spaghetti 
Daging cincang
1 labu bawang holland dicincang halus
Beberapa ulas bawang putih dicincang halus
2 tin kecil tomato puri
2 cawan air ataupun guna tin tomato puri tu
200 ml susu 
4 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot dipotong dadu
2 batang celery dipotong dadu
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 kiub stok daging lembu
Italian mixed herbs
Olive oil
Garam
Gula
Butter
Keju parmesan digunakan ketika dihidang

Cara-cara:

-rebus spaghetti 
- panaskan olive oil dan masukkan butter.kemudian masukkan bawang putih dan besar hingga layu.
- masukkan daging cincang hingga keperangan
- masukkan semua sayuran hingga sayur lembut.
- masukkan susu
- masukkan tomato puri dan tomato yg telah dipotong dadu. Gunakan tin tomato puri utk sukat 2 tin air dan kacau sos hingga sebati.
- masukkan italian mixed herbs, kiub, gula dan garam.biarkan mendidih.lagi lama kita renihkan sos..lagi sedap dan pekat sos tersebut.
- setelah nampak pekat..boleh tutup api.tuangkan ke atas spaghetti dan taburkan dengan parmesan cheese.

P/S: sebenarnya saya ada tambah susu cair nak bg sos spaghetti ni lemak berkrim..kakaka..suke hati aku je..kalo korg nak try..try la..tanak pun x pe..

Selamat mencuba

Tuesday, October 14, 2014

Puding Roti Cheese Oreo

Assalamualaikum

Raya haji baru ni try test resepi baru..ni semua mek deena punya pasal..di pejabat baru ni dia bawak satu tupperware mender alah ni..ya ampun sedak..lemak weii sbb ado ciss bagai..dek kerana tak puas makan..gigih saya paksa dia carik balik mana die godek resepi ni..hasilnya..tadaa....jom kite tgk resepi dan cara-cara nak buat puding ni.

Bahan-bahan:

5 keping roti sandwich (carik-carik)
300 ml susu cair
2 biji telur ayam
1/2 st essen vanilla
115 gm gula pasir (saya letak 100 gm..itu pun masih manis..pandai la korg ekjas)
50 gm butter dicairkan
50 gm keju parut / potong dadu
Kismis dan coklat cip (takde..so saya guna sekut oreo)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

-panaskan kukusan dan griskan acuan dengan sedikit butter.
- pukul telur,gula,susu cair,essen vanilla dan sedikit pewarna kuning hingga rata.gunakan whisk je..takyah gune mixer..hahaha
- masukkan roti..rendam sebentar.masukkan butter yg telah dicairkan tadi dengan separuh keju.gaul rata..
- masukkan adunan ke dalam acuan..taburkan lebihan ciss tadi di atas..dan akhir skali..taburkan biskut oreo.kukuskan selama 20 minit.

Selamat mencuba...


Thursday, October 9, 2014

Resepi Aglio Olio versi Cik Erni

Assalamualaikum

Rasanya tahun ni asik la tepek gambo makanan..tak makan kat restoren..tepek resepi yg amik dr google..itu je la..entry pasal anak2 ke..pasal diri sendiri ke..byk yg pending..tersimpan rapi dalam draft..ok..nak cerita pasal salah satu makanan feveret encik suami..asal gi wadi hana je encik suami asik la order  aglio olio ni..memandangkan i sayang u kan bang..gigihla bini mu ini mencarik resepi dr abg google..bukan senang nak carik resepi yg sedap weh..ok..kat bawah ni saya share resepi yg telah saya ubahsuai mengikut tekak encik suami..mihmihmih?.

Bahan-bahan:
Spaghetti 
Minyak olive
Bawang putih (cincang)
Terung potong kecil or dadu
Chili flakes
Chili powder
Chicken stock
Fresh parsley potong halus
Coarse blackpepper
Susu cair
Garam
Sotong 
Udang

Cara-cara:
- panaskan olive oil dlm kuali.tumis bawang putih.masukkan terung.jgn goreng sampai terlalu masak pulak.
- Masukkan chicken stock,chili flakes, chili powder,coarse blackpepper dan fresh parsley.
- Masukkan sotong dan udang.tumis sampai udang dan sotong masak..agak nampak kering masukkan air.saya tak guna air.saya guna susu cair.
- Lepas tu masukkan spaghetti. Tambah garam jika perlu.kalau nak tambah mix italian herbs pun boleh jugak.
- masa hidang nanti bolehla taburkan baki fresh parsley atas spaghetti sebagai hiasan.


Tadaaaaaaa...hasilnye seperti di bawah..terbaik...makan la ko sampai muntat...hihuhi..selamat mencuba.

 http://photos-a.ak.instagram.com/hphotos-ak-xfa1/10693406_1479808545637792_279873333_n.jpg